Tuesday, December 18, 2012

Jalan2 Masuk Kampung: Selama-Bt.Kurau

Pertama kali aku ikut geng NGO Wargakilang utk aktiviti JJMS. Lihat link ini. Di sini boleh dpt maklumat mengenai keluarga yg dibantu. Sebelum ini selalu tertangguh kerana setiap kali depa buat JJMS, aku kena antar kakak balik asrama. Alhamdulillah akhirnya tercapai juga utk bawa keluarga melihat sendiri kehidupan masyarakat yg tidak sebertuah mereka. Harap2 dapat memberi sedikit kesedaran.
Berkumpul di Kulim HiTech utk mengagihkan barang2 sumbangan. Beratus2 kampit beras hasil sumbangan pelbagai pihak. Yang berbaju oren tu adalah geng Wargakilang yg sgt aktif dgn aktiviti2 ini.

Melalui lorong utk ke rumah pertama di Selama. Lihat anak lelaki ini memerhatikan dari dapur rumah. Barangkali terkejut kerana ramai org melalui rumahnya. Anak istimewa kata ibunya yg kebetulan ada di situ. Gambar kanan ini rumah pertama dikunjungi. Ibu tunggal dgn 6/8 anak dan juga menjaga anak2 saudaranya lagi.

Sukanya dia bila aku ambil gambar dia. Senyum besar ke arah kawan2nya.


Buat apa tu? Pakat dok ambil buah dari tuan rumah kedua. Buah pulasan yg sukar didapati sekarang. Anak2 aku tak pernah tengok. Depa kata awat tak panggil "moktan (rambutan) tajam"? Sebab bulunya lebih keras dari rambutan. Orang panggil pulasan sebab nak buka kena pulas kulitnya.

 

Mohawk style? Anak lelaki penerima yg berusia 15/17thn kalau tak salah aku.


Destinasi ke-3. Anak2 yatim piatu 6 beradik kematian ibu bapa akibat kemalangan. Yg sulung lelaki baru nak masuk Tkt2, adik2 semua perempuan. Bersama mereka Mak long yg juga menjaga 3 lagi cucu (bapa  ke hospital kerana sakit...). Rumah sumbangan Baitulmal(kalau tak silap) baru diduduki Selasa lepas. Itu saudara Monier, ketua rombongan.

Destinasi seterusnya melalui kebun manggis. Alahaiiiii...anak2 tak  kenal pokok manggis! "Macamana ibu boleh tau jenis pokok? Macam daun pelam ja." Itulah gunanya pemerhatian dan ketelitian juga pengetahuan.
Kaum lelaki berbaris utk 'passing' barang2 sumbangan buat 8 keluarga di sini. Semoga masing2 mendapat seba sedikit pahala. Barang2 diletakkan di sebuah rumah utk menjimatkan masa. Lihat anak2 yang teruja memerhati....orang ramai atau barang2 sumbangan?


Anak2 dah jemu dan penat. Tapi mari lihat ini. Rumah yang boleh dikatakan pondok. Menjadi tempat berlindung 5 beranak. luas di dlm utk ruang tidur/makan/dapur dsb sebesar bilik tidur saiz biasa. Bayangkan 5 beranak hidup semuanya dlm ruang yg sempit itu. Tandas? Situlah bilik air situlah tandas. Bersyukurlah anak2 dilahirkan serba sempurna dan lengkap.

Berhampiran, rumah ini ruang kehidupan 4 beranak. Dapur/tilam/almari pakaian segalanya di satu ruang.


Ini tuannya. Anak sulung 3thn dan yg ke-2 baru setahun. Katanya sebelum ini siapa pun tak pernah datang dan lihat keadaan mereka. Ke pusat zakat dan baitulmal sudah dibuat permohonan. Sehingga sekarang belum ada yg datang. Si abang lari bila gambarnya mahu diambil.


Masa di sini hujan agak lebat. Ahli2 rombongan berlindung dengan plastik biru putih. Ada yang basah lokoih (basah kuyup) tapi masih bersemangat.


Dalam jam 2.45 singgah di masjid ini utk rehat, solat jamak dan makan. Alhamdulillah..ayam goreng walau kecil, sayur sedikit dan nasi sudah memadai. Bersyukurlah kita masih dapat makan begini.
Selepas ini, perjalanan diteruskan ke 2-3 rumah lagi. Tapi kami terus pulang sebab si Emad ditinggalkan dgn pengasuh. Lain kali boleh bawa sebab dah tahu cara mereka susun perjalanan. Dan kata seorang sahabat, akhir sekali mereka mandi di Sg.Ara. Tuan rumah siap jamu pulut durian lagi. Bestnya tapi tak dapat ikut serta.
Aku harap next trip kalau berkesempatan, kami sekeluarga boleh ikut lagi. Insyaallah.

3 comments:

  1. Salam kenal di alam cyber. Pi JJMK takdan nak berkenalan...masing2 sibuk dengan askar masing2. Nice sharing.

    ReplyDelete
  2. next trip bagi tau bila, kalau kena date nk juga p.. ada barang banyak boleh dibagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tau bila baca link JJMK kat sebelah oleh Monier Mat Din

      Delete