Wednesday, December 5, 2012

Jom Ronda Alor Setar

Alang2 nak pi sekolah kakak Khamih lepas nak tengok keputusan periksa, apa kata kita ronda Alog Setag (klik sini ada macam2 maklumat tentang tempat2 ni) haghi ni? Parking gheta kat depan bangunan Persekutuan berhadapan Masjid Zahir.


Mula2 kita masuk Muzium DiRaja. Kecik ja muzium ni. Sejam dah abis ronda. Sebab kami ja yg ada masa tu apa lagi. Wat la macam ghumah sendighi. Sora (suara) Emad satu bangunan bole dengag.



Dah keluag.... Cepat Emad. Kita nak pi kat lain pulak.


Panaih lit2 masa ni. Baghu jam 10am. Masuk Balai Seni la sat. Seminit dua jalan sampai la. Kena aircorn sana pulak.


Mercu tanda depan Balai Seni. Nampak dak Menara Alog Setag? Kami dah naik dulu. Bole skip la haghi ni.


Seberang jalan mengadap muzium tadi ialah Masjid Zahir. Tak masuk pun. Next time.

 
Balai Besar. Tak bole masuk. Dulu bole. Ada barang2 di Raja. La dah tutup. Dikosongkan. Kat belakang tu Muzium DiRaja tadi.


Jom masuk Galeri Sultan Abdul Halim. Dekat dgn Balai Nobat. Nampak kecik tapi bila masuk dalam. Mai aiii. Luas..Penat ronda. Siap ada lif ke tingkat 1 lagi.Memang best kat sini. Banyak barang2 kepunyaan Sultan dan Sultanah (Yg diPertuan Agong) dipamer di dlm ni.


Ok. Dah abis kawasan ni. Jom pi makan dulu. Oppsss...ada Domino's la. Tapau je la. Makan lam gheta. Pastu kita pi Rumah Merdeka. 10 minit dari tempat tadi. Ini rumah Tunku Abdul Rahman bila dia balik Kedah masa tak bertugas atau time cuti. Kawasannya luas. Ghumahnya cantik. Reka bentuk menarik tertarik.


Dibelakang Rumah Merdeka ada sungai. Tunku selalu naik bot dia di sungai ni. Ambil angin atau memancing (salah satu hobi Tunku). Ok dah. Jom ke lain pulak. Tu dia Muzium Negeri. Macam penah mai ja. Tak payah masuk la sebab dah penah mai dulu. Muzium Padi pun penah pi dah.


Hah..yg ni confirm tak penah lagi. Memorial Tunku Abdul Rahman. Tak banyak barang tapi banyak maklumat. Daghi jauh nampak macam dok lam hutan ja bangunan ni. Malam2 tak seram ka pakcik jaga?


Pintu masuk memorial. Baghu tau..Tunku pernah berkahwin dgn Maryam (keturunan Cina) dan dapat 2 org anak. Bercerai. Kahwin pulak dgn .... (yak ingat nama macam org puteh). Cerai dan kahwin dgn Tun Sh Rodziah hingga akhir hayat. Tunku ada anak angkat nama Maryam. Tu ja yg aku ingat.


Depan memorial ada taman rekreasi. Bole la rehat2 dan berkelah dgn famili. Jom kita pi ghumah Tok Su. Hah? Tok Su mana pulak ibu?


Seberang jln depan taman tu ada dua buah rumah. Ini rumah Seri Banai yg dibawa dari Kubang Pasu. Kalau tak salah dah 100 thn lebih usianya. Di dalamnya luas dan nyaman.


Depa main congkak lak dlm ghumah. Si kecik pun tumpang sekaki. Macam la gheti main.


Depan ghumah tadi ada ghumah Tok Su. Ni la Ghumah Tok Su. Tak dak sapa2. Nama ghumah ni saja. Memang luas bila masuk dlm. Senibina ghumah dulu2 memang kemas dan cantik. Aku suka gak kalau dpt ghumah camni.

 
Dahhhh..nak menyapu pulak. Pantang nampak penyapu!

Sayangnya..semua bangunan yg kami pi tak bole amik gambag kat dlm. Makanya hanya gambag2 di luag bangunan ja la yg bole aku share kat sini. Jadi, utk sapa2 yg ghasa nak mai utagha, bole la ronda2 Alog Setag utk sehaghi. Mai la...

2 comments:

  1. Mama pun suka dgn tpt2 bersejarah mcm muzium.
    hehe panaih lit2, baru dgr!

    ReplyDelete
  2. Setiap kali singgah di Masjid Zahir, kami mesti beli buah delima di gerai sebelah masjid. Bihun sup dia juga 'not bad'. Gerai makan ditepi sungai.

    ReplyDelete