Monday, November 26, 2012

Medan Trip

Mula cuti sekolah kami ke Medan pada Deepavali dan balik selepas 1 Muharram. Flight dari Penang cuma lebih kurang 30-40 minit saja. Tak sempat nak panas punggung. Mak dan abah tak dapat ikut sebab tak sihat. Burn lah 2 tiket yg aku dah beli utk depa. Kali ni adik bongsu dan anak isterinya ikut serta.

Hotel CITI International Sun Yat Sen di Jlan Sun Yat Sen Medan. Booking melalui Agoda.com. Macam pernah ku dengar nama ini. Oooo masa belajar sejarah dulu. Dah tak ingat. Bilik hotelnya luas tapi tandas n bilik air tiada pintu. Cuma digunakan tirai dan cermin kaca.

 
Ini dari jendela bilik selepas subuh. Bangunan saja2 sebab kota Medan memang banyak bangunan.
 

 
Si cilik Aulia...mulutnya macam murai. sepanjang di sana asyik nyanyi aja..hentinya cuma bila dia tidog. Rasanya penghibur kami Pak Erwin kut. Mlm pertama kami naik beca bermotor utk pi makan. Hahahaha hampir terbalik beca kami..maklumlah..almost lebih muatan kut.

 
Feveret kami...masakan padang. Restoren Garuda la tujuan kami. Sejak balik dr Jakarta rindu betul dgn masakan padang. Tapi tetap tak dpt lawan Nat Rabu jakarta. Superb..patutlah Tun mahathir pun penah makan di situ.
 
Hari kedua kami terus ke danau Toba. Tidak sah ke Medan kalau tidak ke sana. Perjalanan 10jam pi balik. Lenguh kaki gila. Nak ngurut pun tak sempat coz spa dah tutup. Singgah sebentar di Masjid As-Syuhada utk melepaskan hajat. Sepanjang jalan memang banyak masjid cuma saiznya kecil2 saja..muat utk 100 org jemaah aku agak.
 
Masa singgah rehat di warung ni kelihatan 3 anak2 bermain dan menangis. Sorg lagi mundur bila aku halakan kamera. Si baju kuning terus diam bila aku memerhatikannya sambil mengambil gambar.
 
 Naik bot pi balik 10K rupiah ~ RM3 sorang. Mak ai..slow gila bot ni...kalau dia speed aku rasa 5 minit dah sampai..ini 30 min utk pi saja.
 
 
 Itu feri angkut kenderaan. Pulau Toba biasa2 aja bagi aku. Cantiknya mungkin dalam gambar..Ya..ambil gambar pada waktu dan suasana yg sesuai pasti cantik. Lihatlah Google utk Danau Toba yg cantik menawan.
 
 
Shopping di Pulau Toba. Di sini penduduknya ramai org Batak. Aku baca kisah mereka masa sekolah rendah dulu. Kami cuma ronda2 di gerai2 ini saja..tidah ke muzium mereka (tak tahu pun ada...)

 
Jeti kami turun. Ada jadual perjalanan bot di papan notis. Setiap sejam bot bergerak. Hon akan berbunyi tanpa henti menandakan bot hampir bergerak.
 

Kami pulang dari sana jam 3.30ptg..Kata Pak Erwin sudah dah sempat ke mana2. Bahaya pulang lewat2 mlm kerana jlnnya bahaya... Ya..jln bengkang bengkok. Kiri kanan kedai b_b_ panggang cukup banyak...pemandu2nya pula bukan ada peraturan..asala bole lalu saja..
 
 
Hari kedua kami ke Brastagi. Jam 6 pagi kami dah keluar. Perjalanan 4jam pi balik. Macam naik ke Cameron Highlands jaaa... Sejuk dan nyaman. Di sana banyak buah2an..yg murah pisang kaki, salak, mangga dan markisa. Perlu ingat..salak dan mangga tak boleh naik flight! Pandai2lah nak melepaskan diri. Alhamdulillah kotak kami terlepas.
 
 
Menikmati jagung bakar di sini. Hati2 sebab ramai suku Batak..kena betul2 cari yg Muslim. Tak semestinya bertudung itu Muslim. Masa di sini aku nampak ada org jual anak2 anjing seusia 3-7bln. Utk dimakan!!!! Macam jual ayam saja.
 
Balik dari Brastagi, singgah solat di Masjid Raya. Di pintu masuk dah ramai pengemis menunggu.
 
 
Katanya dah 100 thn masjid ini. Tanpa ada sebarang pengubahsuaian. Kekal seperti asal.
 
 Seterusnya singgah sebentar di Istana Maimon. Tak sebesar istana2 yg biasa di lihat. Posing la kejap atas kerusi besar ni.
 
 Akhir sekali time to shop. Kami di bawa ke pusat/gudang kain dan telekung. Aku beli sepasang saja kain bersulam RM50 (di sini depa jual RM100 ke atas!). Kemudian ke Pasar Petisah. kata Erwin ini lebih baik dari Pasar Ikan. Tak banyak beli..Telekung utk Yah, baju utk Emad.. tak tahu aku nak beli apa..biasa saja bagi aku di sini. Baik sopping baju di Malaysia lagi best. Dan last sekali ke Durian House utk beli bika ambon dan lapis medan. Alhamdulillah Erwin bawa ke sini. tak sibuk. Harga pun ok la.
 
Malam tu balik hotel aku dan suami pergi urut di spa bawah hotel. Dlm RM40 utk 2 jam. Best n lega. Hilang kejap penat jln2. Esok sudah mau pulang. 4H3M cukuplah utk Medan. Dapat tengok tempat org... Tahun depan ada agenda lain pula...Insyaallah.. Permudahkanlah urusan kami Ya Allah utk menerima jemputanMu ke tanah penuh hikmah dan penuh Barakah..Amin.. 
 
 

No comments:

Post a Comment