Tuesday, January 22, 2013

Betong, Thailand

Perjalanan sehari ke Betong yang meletihkan. Saja bawa anak2 ke luar negara kononnya... 2 jam perjalanan saja dari rumah. Tiba di sempadan, tunjukkan pasport atau pas sempadan (RM10 utk tempoh 6 bulan boleh masuk sempadan berkali-kali. satu pas maksimum 6 orang) dan geran kereta asal.


Di sebelah Thailand pula, dapatkan cop di imegresennya utk pas dan pasport. Setiap pasport RM2 dan border pass RM1. Duit apa ntah. Pergi ke kaunter dalam utk urusan insuran kereta RM??? lagi. Then selesaikan hal kereta jika drive sendiri RM3 untuk bayaran apa ntah lagi.

Betong Hot Spring. Nak mandi tak boleh. Emad mandi di tandas saja 3bhat. Makcik jaga tandas cakap siam kami tak paham.

Boleh masak telur.
Welcome to Piyamit Tunnel, tinggalan komunis. Nak masuk RM5.
Mak ai...kena panjat bukit ke? Tingginya..
Rehat sekejap. Letih
Penerangan aunti yang boleh cakap Melayu berslanga English
Emad pun masuk terowong yang sejuk macam pasang aircorn

Emad teruja tengok patung komunis tapi takut hendak dekati
Di sini banyak pokok kantan (rasanya lah)
Penat mendaki kita minum ayag nyiog dulu. RM3 sebiji
Seterusnya ke Winter flower garden

Alhamdulillah..masa ni ada bunga
Masa ni paling best...rasa nak cabut ja bunga-bunga tu
Bunga juga tapi bunga apa ya?
 
Bunga lagi


Akhirnya jam 2 lebih kami ke sini.



Lapar..lapar..lapar


Makanannya Alhamdulillah.. Sedappppppp. Angah kata sangat sedap hingga dia rasa nak makan lagi. Apa kata lain kali kita mai 'just to eat'. Perjalanan 2 jam dari rumah. 

Restoren bebeberapa langkah saja dari masjid ni. Jamak zohor dan asar di sini.

Sebelum balik kami singgah pekan Betong untuk beli souvenir. Tapi tak ada yang menarik. Belikan baju dan slipar Emad saja. Akhirnya baju kami dibeli di sempadan sebelah Malaysia juga! Oh ya. Sepanjang di sana boleh guna RM kalau tidak ada Bhat.

1 comment:

  1. Menarik, boleh 'day trip' macam ni pun oklah. Apa lagi, cuti hujung minggu yang panjang ni.... :D

    ReplyDelete