Wednesday, January 2, 2013

Salam 2013

Alhamdulillah..Allah masih mengurniakan kehidupan yang dilingkungi nikmat kesihatan, rezeki, keluarga dan sebagainya untuk dinikmati pada hari ini. 2013 menggenapkan usia aku ke angak 40. Sudah 40 tahun Allah bagi nikmat yang pelbagai. Alhamdulillah.
 
2013- tinggallah aku suami isteri, Yah dan Emad. Angah mengikut jejak kakak ke Maktab Mahmud Alor Setar. Allahuakbar..tak ada pula foto Angah mendaftar ( maaf Angah ibu lupa) seperti kakak 3 tahun lepas. Mungkin terpengaruh dengan cuaca yang tidak menentu. Angah, kakak dan Awatif (sepupu mereka) ditempatkan sebilik dan katil bersebelahan! Alhamdulillah.
 
Angah sudah pasti teringatkan Emad...Emad amat rapat dengan Angah. Semua yang berkaitan dengan Emad boleh diharapkan pada Angah. Yah...bila Emad buat perangai dia pun buat juga. Masih boleh diharap sikit-sikit.
 
 
Katil yang dulunya dikongsi dengan Angah sekarang menjadi milik Yah. Lihatlah apa yang Yah buat. Sebesar katil queen itu disusun bantal-bantal untuk dia seorang tidur. Ibu tumpang la untuk semalam. Temankan Yah. Oooo.. sebenarnya Yah pun nak duduk asrama. Tunggu..3 tahun lagi...

2 comments:

  1. Assalamualaikum Mamaaina,

    Selamat th baru. Moga terus bahagia dalm sama2 kita dlm rahmat Allah.
    Org BP?
    MAkn kita meningkat umur, makinlah anak2 meninggalkan kita.Mama masih ada seorang yg di rumah- tunggu SPm..
    Wah jumpa UDD . bestnya.

    ReplyDelete
  2. Senanglah depa dapat 1 bilik, nak ziarah senang tak ganggu orang lain

    ReplyDelete