Tuesday, June 18, 2013

Intensif

Harian Metro, 18 Jun 2013: “Sekiranya tidak menerima apa-apa maklumat lanjut sehingga akhir Ramadan ini bermakna rayuan mereka untuk menunaikan fardhu haji bagi musim ini tidak berjaya,” katanya. TH berkata, langkah terbaru itu adalah susulan arahan terbaru Kerajaan Arab Saudi mengurangkan kuota jemaah haji semua negara sebanyak 20 peratus untuk musim haji 1434H. Ia berikutan terbatasnya ruang ibadah di Tanah Suci itu ketika ini kerana projek mega memperluaskan Masjidil Haram di Makkah sedang giat dijalankan untuk memberikan keselesaan kepada jutaan jemaah haji pada masa hadapan

“Untuk maklumat terkini, bakal jemaah disaran untuk melayari laman web TH di www.tabunghaji.com.my atau hubungi TH Contact Centre di talian 03–6207 1919,” katanya. Kelmarin, TH dilaporkan akan merombak semula senarai jemaah yang terpilih menunaikan haji tahun ini, berikutan arahan terbaru Kerajaan Arab Saudi mengurangkan kuota jemaah semua negara sebanyak 20 peratus.

Berdoa..banyakkan berdoa... Insyaallah

 Kursus intensif haji untuk bakal jemaah Padang Serai, Kulim dan kwsn sewaktu dengannya. Ust Shafie tu memang best la.. time org mengantuk..al maklumlah..petang waktu nak rehat... isi ceramahnya serta celoteh dia tetap menangkap...

 Kaabah utk tawaf... ramai yg tak sah tawaf tadi... istilam pun di sudut yg salah.... mungkin sebab praktikal...belum betul2..

 Cuba try test kain ihram...masih ada yang terkial2... pakat bantu-membantu... sat gi nak tawaf terlondeh pulak.

 Ini hari kedua. Ceramah kesihatan dan masalah wanita. Jangan tak tau..ada ujian ibadah haji juga. 25 soalan. gagal 39% ke bawah.

Khusyuk medengar ceramah.

No comments:

Post a Comment