Wednesday, June 19, 2013

Lawatan ilmu

Menguruskan lawatan ilmu murid tahun 6 memang memenatkan. Kalau cikgu2 tu minta aku jaga budak2 ni, memang surrender la jawabnya. Sebab tu la aku tak jadi cikgu sekolah. Hehehe


Ni pagi2 sebelum bertolak. Patutnya jam 7.30 dah jalan tapi baru nak bergambar. Tu pun ada yg ntah apa lagi la.


 Sebahagian dari murid lelaki. Frame aku kecik..tak boleh muat semua. Bas 4 bijik dok tunggu lama dah.



Kul 8 baru berbaris nak naik bas... bila nak sampai SMS Kepala Batas ni? Aku dah tak larat ni..



Dalam dewan SMS Kepala Batas. 172 murid tahun 6 semuanya. Nanti kakak2 n abang2 take over bawak ronda2.

Dok wat apa lagi tu? Tunggu dibahagi pada kumpulan2 kecik kut. Nak pi minum pagi then ronda2 sekitar sekolah. Kat luar dewan pulak ada sesuatu yg menarik perhatian aku.

Kreatifnya budak2 sekolah ni. Gelang dibuat dari butang2 baju... kat umah banyak butang2 tanggal yg aku himpun... malas la nak buat yg ni.

Ni puka grup satu lagi buat key chain, tanda nama dsbnya. Depa guna natang bulat2 kecik..disusun atas papannya dan diseterika. Mana depa cari menatang ni hah?

Ni pula jual anak2 patung, coklat bar, kad ucapan dan cenderahati. Yg warna hitam kat ujung tu aku rasa boleh buat. Dah tau mana nak cari benda ni..hehehe..budak tu dah bocorkan rahsia depa.

Seeeee... bunga dari kertas kaler2 ni..dibuat macam bunga telur tapi bubuh gula2.

Ini pula gula2 dalam pelbagai jenis bungkusan. Mesti adik2 tahun 6 teruja tengok barang2 ni nanti.

Di akhir lawatan, adik2 tahun 6 nampak teruja dan gembira. Bersemangat utk pulun UPSR nanti sebab nak masuk SMS ni. Semoga lawatan ini bermanfaat buat mereka.


No comments:

Post a Comment