Friday, September 11, 2015

Mencerap bulan

A283 
Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi hutang). Kemudian kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang (dengan tidak payah bersurat, saksi dan barang gadaian), maka hendaklah orang (yang berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang diamanahkan kepadanya, dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya. Dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (Al-Baqarah 2:283)

 22 Ogos 2015- Tahun ni JSKM buat lawatan akadmik tengok bulan pulak. Dok nampak dengan mata kasar saja. Apa kata kita teropong pulak.

 
 Balai Cerap Sheikh Tahir, Pantai Acheh, Balik Pulau. Berhampiran dengan Pusat Latihan Zakat (PULAZA).


Tetapi, petang tu hujan turut Masyallah..lebat gila. Bole ke nak teropong bulan ni? Sudikah bulan memunculkan diri di saat kita amat memerlukan. Macam tak jadi dah program ni. Minit2 terakhir.. kita teruskan juga dengan penuh harapan agar sang bulan keluar sekejap.


Awat muka dia keluag dua kali ni? Enterprem betoi. Nak sampai ke bilik ni pun.. mak ai.. tercungap2. 132 anak tangga kalau tak salah kiraan aku! Sampai atas kena cari oksigen extra baru bole mula gerak. Tinggiii.

 

Sambil dengar taklimat, ada pulak orang bakar ikan ngan ayam. Keluag masuk bilik taklimat sebab makanan ada. Roti, kuih, kek malah satay pun ada. kami minta sikit depa bagi banyak. Alhamdulillah. Rezeki.
 
A284 
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-Baqarah 2:284)
 

Itu kubah cerapan. Atas sekali. Nak naik sini tambah le dalam 10-15 anak tangga lagi. Malangnya teropong cerapan dalam ni tak berfungsi masa ni. Huhuhu. Frust.

 

 Tapi ada teropong ni. Nak tunggu bulan keluag tak muncul2. Akhirnya.. berkat kesabaran semua yang ada, bulan sudi menjengah. Alhamdulillah. Dapatlah kita tengok permukaan bulan yang berlopak2 tu. Subhanallah.. memang cantik.
 

Acara wajib setiap program. Bergambar beramai2 di dalam ruang pameran balai cerap. 


Pukul 11 lebih jugak la bergerak balik. Semua gembira sebab nampak bulan. Berjaya juga kita akhirnya dengan program ini. Tahun depan kita nak pi mana pulak?



No comments:

Post a Comment