Thursday, October 8, 2015

Get together sana-sini

A285 
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali". (Al-Baqarah 2:285)

Lama betul aku tak jenguk rumah aku yang satu ni. Tetiba rasa suram saja nak jenguk. Sibuk sangatkah aku? Setakut jenguk2 di luar tak masuk pun ke dalam rumah ni. Hari ni masuklah sekejap. Isi apa-apa yang patut.


Hari raya Aildilfitri di Johor. Tahun ni balik Bt.Pahat. So.. apa lagi. Ellissss.. here I come. Sib baik hang tak raya kat N9. Bole la aku raya ngan hang Ellis. Pina... Thanks a lot for coming. Datang nun jauh dari Mersing untuk jumpa kami. Massicks tak ikut sebab on duty. Anyhow.. memang lama la kalau dah jumpa. Semua cerita keluag. Terima kasih Ellis..Pina.

                       

Hohoho.. yang ni acara wajib bila balik Johor. Rumah yg memang menjadi tempat makan-makan ni. Nazurah (mama)..x-student farmasi aku di PP. Parents buka warung makan. Tiap kali raya nasi beriyani memang wajib dah di rumah ni. So apa lagi.. Calling2.. here I come. Hehehe. Selit pi la walau dia bukan MRSMBP.


Dating yang pertama di Sg.Petani. Lama dah ni. Rasanya lepas raya posa kut. Makan2 kat gerai berderet di Taman Sejati kat Northern Lodge tu ha. Makannya kejap ja pun. Aku tak makan pun. Minum ja. Sembangnya lama. Eila bila balik SP memang rajin cari kawan2. Asal ada peluang ja berjumpalah. Kirah, terima kasih perencah tomyam hang bagi ritu. Baru buat bulan lepas. Hahaha.. punya lama simpan. Bila makan kat kedai, anak aku asyik minta tomyam ja. Haiii.. ingat ibu tak reti buat ke? Apa lagi.. perencah hang bagi la aku guna. 


Dah ujung2 raya baru dapat ke rumah Arpah. Tak kisah la hujung ka awai ka. Janji bole ziarah jumpa kawan2. Pah masak kuey teow sup. Sedap. Makan juga sikit walaupun kenyak melampau dah sebab ada rumah disinggah sebelum tu. Nak cari rumah senang.. Nak balik..keluar highway.. mak ai.. dah salah masuk ke utara nak ke Perlis. Alahai... U-Turn pulak jauhnya. Hmm.. alamatnya lambat le sampai umah. En.Somi sorang2 kat umah, tak nak ikut.

A286 
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (Al-Baqarah 2:286)


Ini gather2 tahap gaban ni. Bulan Ogos lepas di Shah Alam. Lama betul aku tak pi sana. Sekali pi nak le jumpa kawan2. Alhamdulillah, ramai yang sudi datang menyambut ketibaan aku..hahaha. Milah, very unexpected la. Aku ingat hang tak mai. Akhirnya jengoi jugak. Nono, pun aku tak sangka nak datang ngan Iman. Yan Kamal... ni yg tak jumpa sejak 1990 ni. Mate Ida n Mekna dah jumpa di Reunion. Zet, drebar aku kejap untuk 2 hari. TQVM Zet. Aisyah n Zul mai jauh sebab nak pikup barang last2 dudk sekali sampai lewat malam. Putri pun dah jumpa di Reunion. Dan Lindaaaaa, amboi2.. susah benar nak jumpa hang no. Lesen besag nampak malam ni?


Kek? Gather2 ada kek? Sapa lagi kalau tak chef kita yang power tu. Terima kasih Mate Ida bawa carrot kek yg yummy ni. Perut full betoi. Kawan2 belanja makan KFC, Pizza, Kek Moga murah rezeki korang.


Bila sebut belanjan2 ni, patut aku rasa macam ada yang hilang. Madee rupanya. Hihihi.. ada lam gambag tadi cuma kekaburan mata buat aku tak perasan. Sorry na Madee.


Malam kedua, Cek Mek Molek Eila pulak mai nun dari tempat gheja. Tunggu Zet balik gheja mai pikup kita pi makan2. Kat mana pulak aku tak tau la.Aku dah lapag ni.


Sek 7 dekat UNISEL. Nama kedai? Sorryyy.. aku tak tau. Tapi macam2 ada sampai aku tak tau nak order apa. Laksa johor macam best. Tak pa. Try mee kuah tulang dia la. Kacang pool pun aku punya ke? Hihihi. Sup ekor Zet order. Eila dengan sotong kangkung. dan satu lagi... tahu bakar. Bole pakat2 merasa serba sikit. Fulamak. Bak kata kawan UpinIpin si Jarjit...Mabeles..mabeles. Memang terangkat la makan kat sini. Len kali kena mai lagi ni. TQ Zet n Eila. Memang awsome la makan sini.


Akhir sekali.. Cik Marl pun choih sampai ke hotel UiTM.  Melepas le ko makan2 ngan kami Cik Marl oiii. Rogi rogi. Pekena sup ekor ngan Zet tadi. datang lepak2 sembang je la kita ya. Bilik pulak aku dok sorang2. Apa lagi, 2 malam Zet teman tido ngan aku. Malam ni, Eila tumpang sekaki pulak. Nak balik dah lewat Eila. Tido je ngan kami. Esok pagi2 buta balik umah mandi2 tukar baju. Cik Marl? Meh le join tido. Juai mahai la pulak. 


Ni pun bukan MRSMBP. Tapi nak selit jugak..hihihi. Raya haji tahun ni balik BP jugak. cari..cari jangan tak cari. Ellis raya di Putrajaya. Mama tadi raya di kampung dia. a-ha. Faridh. x-student aku jugak yang kena. Ni untung students merata Malaysia. raya posa tak jadi mai, raya haji aku mai jugak. Mak dia (Muda lagi ni, baru 55 kut) masak masakan jawa memang kaw-kaw punya sedap. balik dapat ayam fresh sekor (depa juai ayam segar- aku nak beli tapi dapat free), kerepek2 Parit Raja lagi. Tak lupa buah rockmelon yang pertama kali aku makan (dapat sebijik as buah tangan). Manisnya Subhanallah sampai aku tanya "Faridh..hang boh gula ka kat buah ni?" Rezeki, rezeki. Alhamdulillah. Terima kasih Faridh dan keluarga. 


Hari akhir di BP. Esok nak balik dah. Sempat lagi jumpa Ellis dan kawan dia, Mimi. Kat mana ni? Windmill BP. First time masuk. Makanan sedap. Harga reasonable la.. restoren tepi jalan setentang Aeon n McD BP tu je. TQ Ellis belanja makan2. Eh..budak kecik tu dah macam anak hang ulak Ellis.


Terbaru, dua minggu lepas 2 malam di Shah Alam. Malam pertama Zet teman makan di Plaza Massalam. Malam kedua dengan Eila di Laman Grill Chef Zubir S.Alam. Makanan sedap tapi mahal ya amat. Aku order salad saja pun RM16 dan teh o panas cawan RM7! Salad dia ok tapi agak kering. I would perfer salad SR yang sedap tu. Maaf chef. My personal choice ya.

Alhamdulillah. Terima kasih kawan-kawan sudi datang jumpa-jumpa dan sembang-sembang cerita dulu kala. KLMJ kata kampung2 kita dalam hp. Insyaallah umur panjang, dengan izinNya kita jumpa lagi. Moga ukhuwah ini terus berkekalan.

2 comments: