Thursday, November 11, 2010

Mr Mama

Pernah nonton Mr.Mama? Sekarang dah Mr.Mama 3 di TV3 hari Rabu jam 10mlm. Cerita pasal si Badrul (Arash Mohammad) menjadi suri(sura?)rumah. Dia dah kahwin dgn majikannya (dulu dia jadi org gaji).


Sedang menonton aku bersuara.
"Nak tak kalau abah camtu?"
Anak2, "Nakkk.
Angah, "Best la..tiap2 hari bole breakfast."
Yah, "Suruh la abah menjahit. Macam mak Syafiqah. hehehe."
"Abis tu ibu kena pi keja la? Abah duk Rumah?"

Masing2 diam tak kata apa..senyum sengih je...
Apa la yang anak2 faham tentang kehidupan berumahtangga ni gamaknya?

Wednesday, November 10, 2010

IC n I see

IC kakak dah siap bulan lepas. Nasib baik dia ingatkan cukup2 sebulan utk ambil IC yang dah siap. Aku dah lupa masa tu. Seronok benar bila dapat IC. 980914-02-????

"IC ni nak buat apa ibu?"
La...tak tahu rupanya...kena la pulak menerangkan pentingnya IC.
Hari ni pulak:
"Ibu, tolong fotostat IC ni."
"Nak buat apa?"
"Dah ada yg fotostat kakak tak payah la bawa yang ori p mana2."
Pulak...

SEMALAM

Aku baru tiba dari S.Alam jam 9mlm. Suami pulak sedang bersiap utk ke KL bas 11.30 mlm. Selepas dia keluar bilik tiba2 Angah datang kat aku.

"ibu..ibu..awat angah tengok abah macam org muda ja."
"Muda macam mana?"
"Tu..cuba Ibu tengok..macam org muda ja."
"Hmmm..macam biasa je ibu tengok..."

Suami bert-shirt hitam dan tracksuit. Berkaca mata (selalu contact lense). I see...Kenapa agaknya angah tiba2 macam risau ja abah berlagak muda...agaknya risau utk pihak ibu kut...

Buku 2

Kembali dengan buku2 yang telah dikhatam sejak dua menjak ini selepas tamatnya Buku .


Kisah benar Ust.Rahman (Singaporean) yang dulunya jahil bab agama. Hidup susah ketika kecil. Dibesarkan ibu yang berusaha keras membesarkan anak2nya. Memang benarlah..hidayah Allah datang tanpa diduga.
"Sesungguhnya bersama kesusahan ada kesenangan."-Ust. Abd. Rahman.




Ini adalah kesinambungan AKU TERIMA NIKAHNYA. Bagi yang merasakan buku ini agak 'berat' utk dibaca aku rasa tak abis dibacanya. Suami masih belum khatam. Tersadai di almari solek sudah dua bulan lebih. Mungkin 'berat' kut.


Dan kelangsungan dari yg atas, inilah hasilnya. "Andai CINTA ingin dibawa ke syurga, kenapa dibiarkan cinta itu ada noktah dan hujungnya?"
Hmmm...kenapa ya?




The latest read. By Ust Pahrol...menarik untuk dibaca. Bermula dari NOTA SEORANG ANAK, NOTA SEORANG SUAMI, NOTA SEORANG AYAH, NOTA SEORANG DA'I semuanya digabung ke dalam satu buku. Buat para lelaki yang berjawatan anak, suami, ayah dan da'i(yang tidak disedarinya), cuba2lah baca. Berguna sbg panduan dalam melayari kehidupan.

Thursday, November 4, 2010

Hasil

Ini dekat meja aku di opis. Rumah surat itu hasil aku belajar menjahit 2 thn lepas. patch work pertama aku. Boleh juga buat letak barang2 kecil kat opis tu.


Collar button banyaknya datang dari USA masa aku belajar di sana. Aku suka himpun sebab kecil dan comel. Ini barang kesayangan aku. Kalau jumpa collar button kat sini yg aku berkenan aku beli tapi tak banyak la.


Ini final projek kelaas elektif art di Uni. of Tucson USA. dapat A+. Besar art work ni sampai tak tau nak letak mana. So aku tampal di dinding opis aku. Mediumnya charcoal/arang. Setiap bahagian/gambar ada cerita yg tersendiri sebab tema projek ni "something that related to you". Inilah hasilnya utk alektif 6 bulan.

Tuesday, November 2, 2010

Luka

Inilah hasil dari aktiviti-aktiviti hujung minggu baru-baru ni. Kakak terjatuh semasa larian rentas desa sekolahnya pada hari Sabtu. Katanya ada orang brek mengejut di depan, lantas dia dan yg lain di belakang terjatuh.


Yah pula terjatuh semasa Fishing3 berlangsung. Larian teruja kerana kakak mendapat ikan, disagatnya jalan tar yang ada di situ. Akibatnya, hingga hari ni kakak dan Yah masih jalan terencot-encot.

"Itulah akibatnya kalau tak mendengar cakap ibu. Allah bagi balasan le tu..." hehehe




Monday, November 1, 2010

Fishing 3

Ahad 31 Okt 2010. Di tempat yg sama seperti semalam. Hari ni abah ikut. Breakfas rumah Pak Lang dekat rumah Tok Su juga. Pastu terus pi mancing. Sampai jam 2 petang baru berhenti. Seronok sebab banyak dapat. 30 ekor lebih walaupun kecil-kecil. Buat goreng atau pekasam best ni.
awal-awal pagi dah jatuh (tengok lutut berkapas) terus suruh tidog
lampam. kecik sangat. lepaskan aja
angah dengan puyu
tu bukan keli tapi temekung. kecik sgt tak boleh makan
puyu oh puyu


budak sakit termenung tak dapat pancing ikan


Hari ni 1 Nov mak sms lagi. Katanya mak ngah dapat puyu besar-besar di Pantai Perai. Jumaat ni pulak kalau tiada aral. Memancing lagi...

Fishing 2

Sabtu 30 Okt 2010. Sekali lagi kami memancing. Kali ni di Permatang Binjai, sebelah rumah Tok Su. Kami p petang sebab mak kata lepas asar ikan banyak. Suami dan MIL tak ikut. Hujan gerimis. Mula mancing hujan sudah renyai-renyai. Tengah memancing hujan makin lebat. Akhirnya kami memancing dalam hujan hingga Maghrib. Mak kata "Esok pagi kita mai lain. Tinggai bok ikan kat sini." Balik tu kami anak beranak pinjam baju family Makcik Ayu anak beranak.


mak tengah mancing
budak berpayung biru
hasil tangkapan


Angah tak pedulikan hujan

pandangan di depan sewaktu hujan
pinjam baju Makcik Ayu sebab baju dah kotor

puyu dalam 15 ekor utk hari ni