Wednesday, November 10, 2010

IC n I see

IC kakak dah siap bulan lepas. Nasib baik dia ingatkan cukup2 sebulan utk ambil IC yang dah siap. Aku dah lupa masa tu. Seronok benar bila dapat IC. 980914-02-????

"IC ni nak buat apa ibu?"
La...tak tahu rupanya...kena la pulak menerangkan pentingnya IC.
Hari ni pulak:
"Ibu, tolong fotostat IC ni."
"Nak buat apa?"
"Dah ada yg fotostat kakak tak payah la bawa yang ori p mana2."
Pulak...

SEMALAM

Aku baru tiba dari S.Alam jam 9mlm. Suami pulak sedang bersiap utk ke KL bas 11.30 mlm. Selepas dia keluar bilik tiba2 Angah datang kat aku.

"ibu..ibu..awat angah tengok abah macam org muda ja."
"Muda macam mana?"
"Tu..cuba Ibu tengok..macam org muda ja."
"Hmmm..macam biasa je ibu tengok..."

Suami bert-shirt hitam dan tracksuit. Berkaca mata (selalu contact lense). I see...Kenapa agaknya angah tiba2 macam risau ja abah berlagak muda...agaknya risau utk pihak ibu kut...

No comments:

Post a Comment