Sabtu 20 Nov kami bertolak ke Bt. Pahat, nak hantar MIL balik ke sana. Tahun depan dia datang lagi. Laluan kami seperti selalu. Kali ni singgah S.Alam sek.17 kejap. Jumpa mak sedara suami. Then masuk Hway Elite dan PLUS. Exit Ayer Keroh dan guna jalan dalam ke Bt.Pahat (jln baru yg mungkin jadi highway).
Setiap kali lalu ke arah Bkt. Katil kami pasti melalui rumah ni. Rumah kecil, comel, kemas dan cantik. Rumah Tradisional Melayu Melaka (nampak signboard tu?). Baru kali ni berpeluang stop and snap satu foto. Itu pun sebab masa ni aku yg drive. Kemudian perjalanan diteruskan hingga tiba Bt.Pahat 7.30mlm hari tu. 8.30 aku dah tidog. Penat.
Esok pagi2 sudah bersiap2 utk balik Kedah. Suami keja Isnin. Singgah breakfast di Warung Pakcik Seth kat Bkt. Pasir (5 min dari rumah MIL). Warung kepunyaan ayah Nazirah (my x-student farmasi-call her mama). TQ Mama n En.Seth sebab belanja kami. Segan la pulak nak makan situ lain kali.
10.30am singgah di Botanical Garden & Kg Buku, Ayer Keroh. Anak2 nak juga singgah satu tempat bila balik Johor. So, kali ni, ini pilihan kami. Kg.Buku tak masuk. Tak sempat. Lain kali pula kita pi utk tengok2 buku dan beli buku, Insyaallah.
Senarai harga kenderaan yg nak dinaiki utk pusing garden tu. Kami ambil 4 seater. Silap tak ambil double seater. Setiap ride utk 30min saja. Lepas tu setiap kenderaan kena dicharge semula for next penyewa.
Ini double seater. Kalau amik ini, aku n suami bawa, Angah n kakak leh duk belakang dan Yah duk atas kakak. Umur boleh pandu 13thn ke atas.
4 seater kami yg putih tu. No27. Suami satu round, aku satu round. Cukup 30 min utk RM35. Tengok hutan je la. Boleh jalan kaki juga tapi penat la.
Akan melalui kwsn rekreasi ni. Ada replika binatang2 dalam cerita dongeng kanak2. Sinopsis cerita ada pada signboard tu (nampak tak kat belakang kancil?) Ini Sang kancil dgn Buaya la ni. Ada kura2 dgn arnab dan macam2 lagi.
Dari Melaka, kami singgah Kota Damansara rumah K.Lina sepupu suami. Dia jamu lunch dn kari kepala ikan, bawal emas kukus asam, ayam goreng dan salad. Alhmdulillah. Yah asyik makan je sebab sedappppppp dia kata.
No comments:
Post a Comment