Friday, November 19, 2010

Terkenang semasa dulu

Semalam, raya korban hari kedua di Bukit Besar. Aku sempat jengah rumah ni. Teringat aku masa sekolah menengah. Tok Mah (mak abah aku) duk sini sorang2. Bila cuti sekolah hingga masuk PPP/UiTM aku selalu gak mai sini temankan tok. Di tingkat atas tu la aku tidog. Bila tok tak larat naik tangga dia tidog di bawah ni. Dulu tak macam ni rumah ni. La ni dah elok sikit. Aku pun tak tau sapa yg duk sini la ni. Aku rasa ni rumah wakaf kut.

Amet/Amir (adik aku) mesti ingat kalau tengok rumah ni. Dia blajag di SMA NAHDZAH dulu. Org2 sini ramai kenal dia. Di sinilah kut dia jumpa isteri dia. Jangan marah Amet.
Aku mungkin org cam sebab nak serupa abah. Tapi aku yg tak kenal org. Tok Mah meninggal masa aku di mana ya... di USA kut sebab aku tak ingat pun yg aku ziarah jenazah dia, 15 thn lalu.
Rumah tempat aku lahir lupa pulak aku nak pi tengok. Sebahagiannya masih ada lagi. Rumah di sini rapat2. Kalau gaduh lam rumah tu confirm org sebelah boleh dengar. Sound clear. Sini lah yg Kg Bukit Besar (betui ka nama tu?) yg mana bukit besar yg ada di belakang kg dah gondol. Dah tak ada bukit yg besar tu akibat arus kemajuan dan pemodenan.

No comments:

Post a Comment