Thursday, November 11, 2010

Keputusan

Hari ni UPSR diumumkan. Di radio, tv, suratkhabar pasti ada saja cerita UPSR. Alhamdulillah...kakak mendapat 5A. Kelasnya seramai 39 org, 36 org mendapat 5A. Sekolah SKPJ 59 murid mendapat 5A. 17 murid 4A1B. Sekolah ke3 terbaik di Pulau Pinang. Tahniah utk murid2, guru2 dan ibu bapa juga. Kamera aku rosak skrin la pulak masa nak ambil gambar2 suka duka mereka. Terpaksa pinjam hp kawan (tq Ita). Hp aku..sah2 yg tak dak kamera.. Inilah antara gambar2nya.

anak2 yg berjaya dipanggil naik ke pentas bersama ibubapa

wajah2 ceria

tangisan gembira


kakak n friends

tahniah semua

tahniah

kakak..relax je..dah agak dah..

Ada tangisan gembira, tak tinggal tangisan duka. Ada seorang murid lelaki dari kelas ke-3. Berlari dlm tangisan naik ke pentas. Dicium tangan cikgu dan melutut memeluk kaki cikgu besar dan sorg lagi cikgu. Pasti dia tak sangka dia mendapat 5A. Cikgu2 dan ibubapa turut mengalirkan airmata melihat murid itu. Gambarnya aku ambil tapi tak menjadi la pulak.

Lepas keputusan, kakak bagitau satu lagi berita. Angah buat pertama kalinya dinaikkan ke kelas pertama (Intelek). Petang ni pasti Angah ceria. Yah pun naik ke kelas Intelek juga. Alamak...pasti masing2 menuntut hadiah ni... pikir jgn tak pikir..nak bagi hadiah apa...


Buku 3

Nia Rekasya: Dunia dan Kitab Ajaib. Aku belikan utk birthday Angah. Best pulak ceritanya. Jadi aku pun pulun baca dalam dua hari.

Harga RM12.80. Terbitan Julai 2010. 208 ms. Ceria Nia anak org kaya yg sangat sombong. Akhirnya ter"hantar" ke dunia ajaib bersama Aisyah, anak yatim yg cacat. Di sinilah semuanya bermula. Nia berubah sikap dari nakal, suka ejek org, sombong, cerewet, mengada2 kepada sikap positif. Sesuai utk anak2 dan juga ibu2 (atau sesiapa saja) yang suka membaca.

Makan-makan

Semalam, x-students farmasi ajak makan-makan. Depa mai 5 org dari S.alam. Baru abis final la ni. Biasa la kat tepi petronas Pauh Jaya tu..tempat feberet depa. Kat sana depa kata tak sedap... nak makan kat sini puas-puas.

Jannah nak nyelit jugak

dari kiri: jannah, faridah, yana, huda, dalila

ni la gheja depa


dalila makan tak abis

Mr Mama

Pernah nonton Mr.Mama? Sekarang dah Mr.Mama 3 di TV3 hari Rabu jam 10mlm. Cerita pasal si Badrul (Arash Mohammad) menjadi suri(sura?)rumah. Dia dah kahwin dgn majikannya (dulu dia jadi org gaji).


Sedang menonton aku bersuara.
"Nak tak kalau abah camtu?"
Anak2, "Nakkk.
Angah, "Best la..tiap2 hari bole breakfast."
Yah, "Suruh la abah menjahit. Macam mak Syafiqah. hehehe."
"Abis tu ibu kena pi keja la? Abah duk Rumah?"

Masing2 diam tak kata apa..senyum sengih je...
Apa la yang anak2 faham tentang kehidupan berumahtangga ni gamaknya?

Wednesday, November 10, 2010

IC n I see

IC kakak dah siap bulan lepas. Nasib baik dia ingatkan cukup2 sebulan utk ambil IC yang dah siap. Aku dah lupa masa tu. Seronok benar bila dapat IC. 980914-02-????

"IC ni nak buat apa ibu?"
La...tak tahu rupanya...kena la pulak menerangkan pentingnya IC.
Hari ni pulak:
"Ibu, tolong fotostat IC ni."
"Nak buat apa?"
"Dah ada yg fotostat kakak tak payah la bawa yang ori p mana2."
Pulak...

SEMALAM

Aku baru tiba dari S.Alam jam 9mlm. Suami pulak sedang bersiap utk ke KL bas 11.30 mlm. Selepas dia keluar bilik tiba2 Angah datang kat aku.

"ibu..ibu..awat angah tengok abah macam org muda ja."
"Muda macam mana?"
"Tu..cuba Ibu tengok..macam org muda ja."
"Hmmm..macam biasa je ibu tengok..."

Suami bert-shirt hitam dan tracksuit. Berkaca mata (selalu contact lense). I see...Kenapa agaknya angah tiba2 macam risau ja abah berlagak muda...agaknya risau utk pihak ibu kut...

Buku 2

Kembali dengan buku2 yang telah dikhatam sejak dua menjak ini selepas tamatnya Buku .


Kisah benar Ust.Rahman (Singaporean) yang dulunya jahil bab agama. Hidup susah ketika kecil. Dibesarkan ibu yang berusaha keras membesarkan anak2nya. Memang benarlah..hidayah Allah datang tanpa diduga.
"Sesungguhnya bersama kesusahan ada kesenangan."-Ust. Abd. Rahman.




Ini adalah kesinambungan AKU TERIMA NIKAHNYA. Bagi yang merasakan buku ini agak 'berat' utk dibaca aku rasa tak abis dibacanya. Suami masih belum khatam. Tersadai di almari solek sudah dua bulan lebih. Mungkin 'berat' kut.


Dan kelangsungan dari yg atas, inilah hasilnya. "Andai CINTA ingin dibawa ke syurga, kenapa dibiarkan cinta itu ada noktah dan hujungnya?"
Hmmm...kenapa ya?




The latest read. By Ust Pahrol...menarik untuk dibaca. Bermula dari NOTA SEORANG ANAK, NOTA SEORANG SUAMI, NOTA SEORANG AYAH, NOTA SEORANG DA'I semuanya digabung ke dalam satu buku. Buat para lelaki yang berjawatan anak, suami, ayah dan da'i(yang tidak disedarinya), cuba2lah baca. Berguna sbg panduan dalam melayari kehidupan.

Thursday, November 4, 2010

Hasil

Ini dekat meja aku di opis. Rumah surat itu hasil aku belajar menjahit 2 thn lepas. patch work pertama aku. Boleh juga buat letak barang2 kecil kat opis tu.


Collar button banyaknya datang dari USA masa aku belajar di sana. Aku suka himpun sebab kecil dan comel. Ini barang kesayangan aku. Kalau jumpa collar button kat sini yg aku berkenan aku beli tapi tak banyak la.


Ini final projek kelaas elektif art di Uni. of Tucson USA. dapat A+. Besar art work ni sampai tak tau nak letak mana. So aku tampal di dinding opis aku. Mediumnya charcoal/arang. Setiap bahagian/gambar ada cerita yg tersendiri sebab tema projek ni "something that related to you". Inilah hasilnya utk alektif 6 bulan.