Monday, November 29, 2010

Urut

Anda pernah mengurut? Di mana? SPS? Rumah urut (bukan yg duk keluar berita tu...ini rumah tukang urut sendiri). Panggil tukang urut datang rumah?
Kali ni saya cuba urutan guna mesin urut. Kalau belum pernah, cubalah sekali. Saya cuba utk 2 min = RM2. 15min = RM5. Best jugak. Cuma tak selesa bila org lalu lalang di situ. Maklumlah..di depan lalaun masuk Big Cinema Kulim Landmark. Buat dono je la.






Tuesday, November 23, 2010

Kini Berwajah Baru

Buletin Sri Bangsar: Kini Berwajah Baru. Buku dihadiahkan pada birthday Angah yang lepas bersama Buku 3. Buku ke-10 oleh Ain Maisarah. Angah bawa buku ni masa Sepanjang Jalan Dilalui.

Separuh buku aku baca masa pergi (dan bab akhir sekali). Separuh lagi masa balik Kedah. Sesekali baca buku anak2 seronok juga. Terasa macam time tunnel atau balik ke zaman sekolah dulu. Bezanya dulu tiada internet dan semua yang sewaktu dengannya. Untungnya anak2 sekarang.

Monday, November 22, 2010

Sepanjang jalan dilalui

Sabtu 20 Nov kami bertolak ke Bt. Pahat, nak hantar MIL balik ke sana. Tahun depan dia datang lagi. Laluan kami seperti selalu. Kali ni singgah S.Alam sek.17 kejap. Jumpa mak sedara suami. Then masuk Hway Elite dan PLUS. Exit Ayer Keroh dan guna jalan dalam ke Bt.Pahat (jln baru yg mungkin jadi highway).

Setiap kali lalu ke arah Bkt. Katil kami pasti melalui rumah ni. Rumah kecil, comel, kemas dan cantik. Rumah Tradisional Melayu Melaka (nampak signboard tu?). Baru kali ni berpeluang stop and snap satu foto. Itu pun sebab masa ni aku yg drive. Kemudian perjalanan diteruskan hingga tiba Bt.Pahat 7.30mlm hari tu. 8.30 aku dah tidog. Penat.

Esok pagi2 sudah bersiap2 utk balik Kedah. Suami keja Isnin. Singgah breakfast di Warung Pakcik Seth kat Bkt. Pasir (5 min dari rumah MIL). Warung kepunyaan ayah Nazirah (my x-student farmasi-call her mama). TQ Mama n En.Seth sebab belanja kami. Segan la pulak nak makan situ lain kali.

10.30am singgah di Botanical Garden & Kg Buku, Ayer Keroh. Anak2 nak juga singgah satu tempat bila balik Johor. So, kali ni, ini pilihan kami. Kg.Buku tak masuk. Tak sempat. Lain kali pula kita pi utk tengok2 buku dan beli buku, Insyaallah.

Senarai harga kenderaan yg nak dinaiki utk pusing garden tu. Kami ambil 4 seater. Silap tak ambil double seater. Setiap ride utk 30min saja. Lepas tu setiap kenderaan kena dicharge semula for next penyewa.

Ini double seater. Kalau amik ini, aku n suami bawa, Angah n kakak leh duk belakang dan Yah duk atas kakak. Umur boleh pandu 13thn ke atas.

4 seater kami yg putih tu. No27. Suami satu round, aku satu round. Cukup 30 min utk RM35. Tengok hutan je la. Boleh jalan kaki juga tapi penat la.

Ini utk one/double seater.

basikal elektrik pun ada. Kalau nak pecah peluh silakan.

Giliran kakak duk depan.

Takut juga tgk jambatan gantung ni. Tinggi dan sempit.

Akan melalui kwsn rekreasi ni. Ada replika binatang2 dalam cerita dongeng kanak2. Sinopsis cerita ada pada signboard tu (nampak tak kat belakang kancil?) Ini Sang kancil dgn Buaya la ni. Ada kura2 dgn arnab dan macam2 lagi.

Angah dlm cermin

Dari Melaka, kami singgah Kota Damansara rumah K.Lina sepupu suami. Dia jamu lunch dn kari kepala ikan, bawal emas kukus asam, ayam goreng dan salad. Alhmdulillah. Yah asyik makan je sebab sedappppppp dia kata.

Sampai Pmtg.Pauh 7.30mlm. Singgah kondo mandi n solat dan p makan kat restoren tepi shell depan sekolah Tok Kandu. Yah yg merajuk nasi ayam goreng kunyit dia tak dak, aleh2 abis gak sepinggan nasi ayam.
Balik Lunas dah 9.30mlm. Penat. Dan abis basuh kain satu longgok. Tengok citer seram Indon "Bangku Kosong" ngan anak til 12 mlm. Penat gila. Sok nak pi opis lak siapkan slide presentation. Adus...malasnyaaaaaaaaa.

Friday, November 19, 2010

Terkenang semasa dulu

Semalam, raya korban hari kedua di Bukit Besar. Aku sempat jengah rumah ni. Teringat aku masa sekolah menengah. Tok Mah (mak abah aku) duk sini sorang2. Bila cuti sekolah hingga masuk PPP/UiTM aku selalu gak mai sini temankan tok. Di tingkat atas tu la aku tidog. Bila tok tak larat naik tangga dia tidog di bawah ni. Dulu tak macam ni rumah ni. La ni dah elok sikit. Aku pun tak tau sapa yg duk sini la ni. Aku rasa ni rumah wakaf kut.

Amet/Amir (adik aku) mesti ingat kalau tengok rumah ni. Dia blajag di SMA NAHDZAH dulu. Org2 sini ramai kenal dia. Di sinilah kut dia jumpa isteri dia. Jangan marah Amet.
Aku mungkin org cam sebab nak serupa abah. Tapi aku yg tak kenal org. Tok Mah meninggal masa aku di mana ya... di USA kut sebab aku tak ingat pun yg aku ziarah jenazah dia, 15 thn lalu.
Rumah tempat aku lahir lupa pulak aku nak pi tengok. Sebahagiannya masih ada lagi. Rumah di sini rapat2. Kalau gaduh lam rumah tu confirm org sebelah boleh dengar. Sound clear. Sini lah yg Kg Bukit Besar (betui ka nama tu?) yg mana bukit besar yg ada di belakang kg dah gondol. Dah tak ada bukit yg besar tu akibat arus kemajuan dan pemodenan.

Aidil Adha 18/11/2010

Hari Raya haji kedua. Kami (suami tak ikut..keje daaa) ke Bukit Besar, Kota Sarang Semut. Tempat tumpah darah ku. Tempat aku dilahirkan dan dibesarkan sehingga umur 4 atau 5 thn. Sambutan korban hari ni 11 ekor lembu tumbang. Keluaga Al-Yunusi berkumpul dari serata Malaysia. Ini sebelah keluarga sebelah abah.

Khemah makan muslimin
Abah(kanan sekali berkopiah putih) jumpa sedara-mara dan kawan lama

K.Pidah, Ain, Auni, Angah berbaris ambil food

Makan lagi. Ayag asam. Daging rebus. Sup daging


SMA Nahdzah di dlm kawasan kg bukit besar


Ada yg berjaya hingga ke Mesir dan sewaktu dgnnya.


Periuk sup

Sup gear box. Aku tengok je la. Dah kenyang

Kepala lembu yg dah dilapah.

Solha kata : Mak Uda..kucing.

Mana dia?

Kata dia lagi : Eh..bukan la... Hantu.


Kepala lembu dikata hantu. Dia bagitau abah dia, tok dan yg lain dia tengok hantu.


Daging agihan
Tulang. Buat sup best ni. Tambah lemak badan

Selamat datang....

Sebelah pagi diadakan bacaan Yassin. Kemudian makan dan makan dan makan. Solat Zohor berjemaah di dewan. Paetang ada sukaneka utk kanak2 dan bergambar beramaia. Tak tahulah berapa ramai yg ada lam gambag. Kami join masa makan saja. Cuaca sgt panas. Aku kena balik nak servis keta. Katanya berita akan disiar dalam akhbar Sinar. Nanti aku cari.

Abah

Petang raya haji. Mak suruh aku kukog nyog (kukr kelapa). Aleh2 abah dah buat. Hehehe TQ abah. Tak bole la nak tunjuk ketereran aku kat sini.

Petang raya mak nak nyog. Nak buat apa lagi? Oooo rendang ayam. Esok Kak Pidah balik. Kuah kacang berdaging dah abis. Tinggal serondeng ayam. So mak nak wat rendang la pulak.

Banjir

Malam Aidil Adha 16/11/2010. Kampung aku bah. Tapi tak le bah besar. Masa aku sampai air dah naik. Gambar tak jelas. Al maklumlah.. malam.

Kat depan pintu

Sikit lagi air nak jejak pemijak ni

Hanyut di bawa bah
Alhamdulillah. Pagi raya air dah surut habis. Selalunya begitulah kalau bah di kg aku. Mlm air naik pagi air dah surut. Sat ada sat tak dak. Paling teruk bulan posa beberapa tahun lepas. Suami dan adik ipar tengah buka posa dgn mak dan abah. Makan bersila. Alih2 pinggan mereka terapung. Lepas tu baru depa sedar kg dah bah. Buka posa lam banjir le jawabnya.