Tuesday, December 14, 2010

PTK hari ke2

Hari ni hari kedua berPTK. Dalam kalut2 aku masih mahu habiskan buku yg dibeli pada 11/12/2010. Alhamdulillah..selesai baca RBPT semalam 13/12/2010. Sebagai penenang sebelum membentang proposal esok. Buku ini lambaian rindu Ust.Hasrizal pada Jordan dan kwsn sewaktu dgnnya. Pengajian penuh dugaan di bumi Jordan. Yang aku pasti buku ini juga telah menggamit rindu aku pada debu2 pasir di gurun Arizona, bau-bauan kaktus di dataran Tucson yang aku telah tinggalkan beberapa musim yg lalu dan hembusan angin di musim sejuk tidak bersalji. Bumi yg telah menemukan aku dgn kekasih hati pujaan asmara (hahaha...) yang menjadi peneman hidup di kala ini.

Hari kedua PTK kami perlu bentangkan proposal. Ada yg very good, good, ok, not bad dan sila buat semula. Adoi mak....camne ni. Tension tok sah ceghita la. Ada yg rasa nak balik pun ya. Sabar..sabar..ini baru ujian kecil buat kita. Perjuangan masih belum selesai. Tamat pembentangan, waktu petang utk perbincangan kumpulan2 kecil utk slot wacana.

Kump. SMARTPARNERSHIP. Work smart friends.

Ini kumpulan hebat nih. Namanya apa ya?


Ini tok penghulu tengah bagi penerangan. hebat..hebat
Mana satu lagi kumpulan? Eh..eh..kumpulan aku la tu...tak de gambag la..lupa lak nak snap satu...esok masih ada Insyaallah.

1 laptop tak cukup. 2 pun cukup2 saja

dok belek jadual esok ke?

rujuk jangan tak rujuk

beg ptk, remote control aircorn dan "loceng maut"

buku hijau dan pink utk penilai menilai kami

ini garis panduan wacana

Monday, December 13, 2010

PTK

PTK=Penilaian tahap kecekapan. Cekap ke aku? Pekeliling dah keluag. Ini PTK terakhir. Lepas ni nak naik pangkat tak payah PTK. Ada yang suka ada yg ok2 saja ada yg tak suka. Hikmahnya hanya Allah yg tahu. Hari ni hari pertama berPTK. Dengag kata ada yg dah balik sebab ia tak diguna utk naik pangkat lagi. Ntahlah. Angin boleh bertiup bila2 masa saja...tak yah tunggu pokok bergoyang.

Ini sesi taklimat. Penghulu dilantik utk setiap kumpulan

Di sini aku bertemu Zarina. Sahabat yg terpisah sejak Dis 1990. Allahuakbar.

Kump.552 dan penghulu nunnnnn di depan

dan lagi..

dan lagi berjumlah 21 org

Salam perkenalan utk sahabat semua
Perjuangan kita baru bermula. Hari ni masih bersuka2. Esok lusa semuanya dah tentu siap sedia. Semoga berjaya hendaknya. Good Luck buat semua.

Hadiah

Ini majlis utk kakak dan rakan2 seperjuangan yang berjaya dlm UPSR 2010. Majlis anjuran UMNO (aku lupa kwsn mana), JPN dan PPD. 21 sek dari sbrg perai tengah dgn 300 lebih pelajar 5A. Satu peningkatan.

banner dlm dewan

kakak n friends

masih menunggu majlis bermula


SKPJ sekolah terbaik di sini. Jadi murid2nya naik pentas dulu. Aimuni, Anis dan Auni

masanya tiba

sorang RM50

Guru Besar SKPJ. Comel macam anak murid


Kereta

Semasa menghadiri CSSR 2010 baru2 ni, pada masa dan tempat yg sama terdapat Motor Show. Punya la ramai rakyat yg hadir. Naik serabut aku bila lauan keluar masuk langgar hang aku. Mana nak tengok jln mana nak jaga anak 3 org.Sabar je la. Anyway kami tak tengok pun pameran kat dalam tu sebab serabut tengok org ramai sgt. Lagipun aku belum daftar utk CSSR. Depan lobi masa daftar sempat la usha kereta2 yang diparkir kat sini. Aku sempat sembang ngan jaga situ. Tugas dia hanya jaga 3 buah kereta kat bawah ni. Sapa punya ya?


Anak2 sempat bagi pos

Ferrari dgn plat G1M808 (Gagasan 1 Malaysia) milik Datuk/Dato' Faizal ownwer Naza Italia.


Maseriti plat NF9 milik isterinya.

Mistubishi Evolution adik beradik dia, kata jaga tu.
Fuh! Cantik. Memang cantik dan penuh gaya. Mampu lihat saja la. Nak milik memang sah tak mampu punya. Nak pegang pun tak boleh sebab dah ada kertas diletakkan di situ "DO NOT TOUCH".




Friday, December 10, 2010

Komuter

Semasa menghadiri konferen di KL baru2 ini, aku dan Epi pergi register naik komuter dari Batu 3. Anak2 ikut sama. Dah lama aku tak naik komuter. Nak beli tiket di mesin pun aku dah terkemut2. Alhamdulillah cuaca hari tu amat baik. Dlm komuter memang kena berdiri la sebab ramai tapi tak la padat sangat. Masih boleh bernafas. 45min dah sampai hentian Putra. Kawan aku yg drive sampai in 2 hours!



Anak2 berebut nak berdiri tepi tingkap.


Tak penah naik komuter rasanya

Perkara dilarang yg tak terlarang

Hari kedua aku ada pembentangan jam 5.30 ptg. Aku pi sorg2 naik komuter lagi. Sebab awal sempat la aku usha sekitar stesen Batu 3. OOOO..nampak dah. SSF ngan NGV station dekat saja dgn rumah aku tumpang bermalam. Senang la nak pi.


SSF n NGV bersebelahan


Utk wanita saja



Koc wanita yg dinaiki lelaki2 ini
Kali ni aku naik koc wanita. Kena berdiri dulu sebelum dapat duduk selepas stesen ke4. Tengok gambar atas. Lelaki tapi di koc wanita. Masa dia turun, eh..eh..macam pernah kulihat lelaki ini.
Rupa2nya bekas murid aku di Penang. Dah lama dah. Dia tegur aku. Ingat lagi rupanya. Di stesen seterusnya, pegawai bertugas masuk koc dan minta lelaki2 tak berkenaan tukar gerabak.

"Koc wanita saja. Yang lelaki sila ke gerabak lain" katanya.

"Itu mesti tak de keja tu" kata sorg penumpang pelan2 kat aku.

Dlm hati aku, betul la apa org tu buat. Memang keja dia. Yg lelaki2 lain tu tak reti2 ka koc tu utk wanita saja. Inilah dia bila larangan menjadi tidak terlarang lagi.
Sesak

Sampai di hentian Putra hujan lebat sgt. Tujuan aku Seri Pacific Hotel. Bagi yg biasa tahu la suasananya. Nak melintas dah tentu basah. Jalan jam. Tunggu punya tunggu hujan tak segheyat (reda) juga. Aku ghedah juga la. Masuk bilik konferen sejuk dgn aircorn dan baju yg basah. Akhirnya kering begitu saja. Balik dah lewat petang tapi Alhamdulillah dapat duduk sebab hentian Putra-Kelang adalah hentian yg awal.

Wednesday, December 8, 2010

Rakan lama

Sabtu baru2 ni aku dikunjungi rakan2 lama dari PPP. Cai (Shahrul Khuzaini), S.Norhusna, Halina dan K.Wan (Wan Salha). Aku masakan nasi dan lauk pauk utk mereka. Bila dah bertahun2 tak jumpa macam2lah cerita yang timbul. Riuh-rendah rumah dibuat kami berlima. Sayang mereka tak boleh lama. Lepas maghrib masing2 pulang atas urusan lain pula. Esoknya Cai, Husna n Halina ada agenda lain. Depa nak pi UUM jumpa seorang lagi kawan lama di sana. Kemudian ke Perlis jalan2 tengok tempat orang. Seronoknya kalau dapat join. Tapi aku kena ke KL la pula. Insyaallah. Lain kali kita jumpa lagi dan sambung cerita lagi. Aku doakan semoga sahabat2 di dalam peliharaan Allah sentiasa. Amin.

Cai dan K.wan tolong lipat baju. Untung betul ada org. gaji tak berbayar ni.

Sharifah yang masih maintain


Halina sedang menikmati hidangan dgn khusyuknya

Ayam masak santan. Dah nak habis daaa

Monday, November 29, 2010

Fishing4

Fishing lagi. Masih sempat walau dah petang. Ikut Mak lang (adik mak) yang dah gila memancing. Kali ni dia ajak ke Bkt Kechil, Sg. Pasir. Ikut jalan Giant Sg. Petani. Cantik kawasan sawah tu. Umpan kali ni cengkerik. Dapat 2 haruan dan 9 puyu. Aku punya cuma 2 ekor. Angah 2, Mak lang 2 dan selebihnya mak aku punya. Seronok fishing hujan la pulak. Minggu depan mak lang nak mai lagi. Aku tak dapat join..huhuhuhu.

Angah duk menung...nape la ikan tak makan.


Kakak dan Yah tension ta dapat sekor pun


sebahagian view


kat sini aku dapat 2 ekor puyu. nunnn mak aku