Monday, February 10, 2014

Memperkenalkan...

A177
Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa. (Al-Baqarah 2:177)


Alhamdulillah... entry awal2 dulu aku ada sebut nama2 roomate aku di Makkah.  Kali ni.. sebelum bertolak ke Arafah utk berwuquf... saya nak kenalkan mereka dgn lebih lagi... Bermula dari kiri..

Min (Jasmin) yg paling muda antara kami...37 tahun masa tu. Dia meninggalkan 3 anak pompuan di bawah jagaan keluarga di kampung. Min suri rumah sepenuh masa selepas berhenti kerja 3 thn lepas rasanya. Rasanya dia paling tak banyak cakap dalam bilik kami tu. Relax.. tenang je... selalunya dia peneman K.Has.

K.Has (Haslina) cikgu sekolah rendah.. Suaminya guru besar.. sekolah aku tak ingat. Anak pompuan 3 org..sorg di Mesir buat medic, sorag di UKM sorang di rumah. Aku rasa dia lah kaki kepoh sekali.. (maaf ya K.Has..). Kalau dia bersembang.. mak ai... macam tak dak full stop. Nak mencelah pun susah... Dan K.Has ni mudah risau pasai benda2 kecik... tapi.. kat bilik kami tu dia la yg paling rajin sapu sampah atau bulu2 carpet yg banyak tu...

K.Milah (Jamilah) dan suaminya pula Jamil. Biar betul! Ini nurse pencen lama dah.. Mula2 kami sembang panggil kak milah kak milah.. bila tanya umur berapa.. 65! huiiii.. makcik ni... Awet muda youuu. Tenaga ngalahkan org muda. Ada anak pompuan 2 org... pompuan lagi... banyak benor anak pompuan. Kami satu bilik suka benar ngusik K.Milah.. kesian kat dia...usik2 sayang..

K.Leha (Siti Zaleha) cikgu GiatMARA.. letrik2 ni bagi kat dia la... Agak kelam kabut juga. Pun jadi bahan usikan kami. Ada 5 anak lekai n pompuan. Selalunya K.Leha suka bergerak sorang2.. mudah.. cepat dan pantas. Dia la paling rajin ke Haram. Solat jumaat di Haram tak penah miss sampai yg jumaat terakhir abis satu bilik diangkutnya solat Jumaat. Paling aku respek.. tiap kali dia pi solat akan ada bugkuih kurma sekg dua utk diagih2 pada jemaah yg ada keliling dia... Murah rezeki dia.. Banyak pahala tu...Buah2 kami yg banyak kat bilik pun diangkutjuga bila tak dak yg nak makan... Alhamdulillah. Sama2 share pahala.

K.Aziah (Aziah) cikgu sekolah menengah. Anak lelaki ada 2 org. ooo.. anak sulung dia sama sekolah rendah ngan anak sulung aku la... Orangnya biasa2 saja.. nak kata cakap banyak dah ada pemenang.. nak kata kalut memang tak... selalunya aku bersama2 dia. Dia peneman aku aku peneman dia pada masa2 tertentu. Kami yg selalu ke sana sini cari maklumat bersama sampai ustaz pun dah cam muka.

Aku? Cerita aku tak perlu.. kenali aku seadanya dari blog ini sudah memadai. ALhamdulillah.

NASIHAT AKU: Buat bakal2 jemaah Haji/umrah.. belilah sekg dua kurma dan bawa ke masjid. Suka mereka bila dapat, sebab lama beriktikaf lam masjid.. lapar... Ini salah satu cara mudah nak dapat paha sadaqah. Sesekali.. bawa biskut2 kecil atau gula2.. aku hadiahkan pada anak2 yg menangis bila mak ayah solat... anak2 yg nakal2... diam mereka bila org luar mendekati bawa hadiah.




Friday, February 7, 2014

DuyufurRahman

 A037
"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur. (Ibrahim 14:37)

 4 Zulhijjah 1434H = 9/10/2013

"5 HARI LAGI". Masing2 ternanti2. Terasa lambat benar ia tiba. Maka isilah masa dengan ke Haram..solat. iktikaf. Baca Quran. Kalau uzur baca terjemahan Quran. isilah masa yg ada dengan sebaik2nya sementara kita menjadi tetamuNya..Para Duyufurrahman sekalian.. Mula2 dengar istilah ni aku pun tak biasa. lama2 ok sebab kat mana2 pun para jemaah atau para DuyufurRahman...


Rekabentuk dalaman MasjidilHaram... boleh google kalau nak tengok banyak lagi. Terpegun aku. Sesekali sambil berehat lepas solat atau lepas baca Quran..aku dok tenung siling masjid yg banyak lampu tu. tengok sana tengok sini.. kagum.


Di Safa.. deretan petugas yg mengambil upah menolak. hari ni depa mood apa ntah berbaris elok ja. Selalunya berkelompok..sembang. Aku interview cleaner warga indon yg bertugas di Safa. Dia kata ada 2 cara nak sewa wheelchair ni.

1. Nun dekat lif di hujung barisan ni ada wheelchair utk sewa tolak sendiri..SR30-50kut.. ingat2 lupa.
2. Barisan baju hijau ni.. sekali ngan upah tolak SR300 ke atas. Pandai2 la negotiate.

Tapi sepanjang aku dok di Safa time uzur, kalau upah depa ni kena hati2. Depa tolak je.. ntah cukup syarat ke idak tak tau la.. maksud aku sampai betul2 ke kat Safa atau cukup takat sentuh line saja ka.. unless kita tak tido masa kena tolak boleh la bagitau dia utk tolak sampai ke mana.

Satu cerita di Safa yg aku tak akan lupa sampai bila2.. Ni masa minggu pertama di sana. Bila satu pagi aku teman suami solat. Aku dok di Safa sebab uzur. Lama sgt di Safa aku pun ngantuk..time subuh masa tu. Suami tak keluar2 lagi.. tawaf ke apa ke ntah la.. last2 aku pun landing kat situ (bariing dan terlena terus sebab ngantuk sgt). Tiba2..jeng..jeng.. aku dgr macam org panggil.. cik..cik.. (bunyi cik utk cik puan atau cik utk makcik tak tau tau la). Bangun, aku tanya la kenapa? ish..ish.. camna aku nak story ni...

Ada 2 jemaah lelaki Malaysia n cleaner Indon ( yg aku interview lepas beberapa minggu tu la). Depa tanya. "Ok ke? cik sesat ka? tak tau nak balik ka? Kenapa dok sini" Sebabnya si Indon ni yg bagitau depa dia nampak aku tidog situ. Beg jemaah kita yg kuning aku post kat blog awal2 dulu mudah dikenali. Lagipun masa tu baru 1st week di sana. Maybe depa anggap kita masih tak cam jalan. Wallahualam.  

MANA ADA JEMAAH MALAYSIA YG LEPAK SAMPAI TERLENA KAT SITU. Kalau ada pun mestu berteman. Aku yg pertama kut sorang2...hehehe. Yg banyak India, Pakistan, Turki.. Indon sikit. Aku kata ok..saya ok.. tgh tunggu suami solat tak keluar2 lagi. Betul2 risau depa kalau aku termasuk golongan yg sesat tak tahu jalan pulang.... hehehe.. terima kasih pada jemaah berdua n cleaner tu sama sebab prihatin. Allahuakbar.. tak buat dah lepas tu.. bariing pun pastikan tak lena terus. Ada lagi cerita lain..ingat kalu aku story lain kali.. memang di Safa banyak kenangan betul.


Sehari dua sebelum wuquf.. inilah rupa bukit bila keluar di pintu Marwah. Penuh ngan kain2 ihram yg dijemur. Nunnnnn di puncak bukit ada jemaah2 yg panjat dok atas... kebanyakan mereka ini dari kawasan India, Bangladesh, Pakistan dan sewaktu dgnnya dan hampir serupa dengannya.. Mereka ini datang dgn perbelanjaan sendiri aku rasa.. mana2 tempat depa boleh tido..hampar kertas atau kain tidog ja. hatta di dataran yg panas sekali pun.. seba  tiap kali kita pi subuh ada ja yg tidog di dataran dan tepi2 jalan. Pada mereka itu hal remeh.. yg penting dapat solat tawaf dan mengerjakan haji. Wallahualam. Allahuakbar. Itu urusan mereka. Kita ada urusan kita. Cukup sekadar memerhati.



Thursday, February 6, 2014

Menghitung hari

 A057
Dan mereka (yang kafir) berkata: "Kalau kami menyertaimu menurut petunjuk yang engkau bawa itu, nescaya kami dengan serta merta ditangkap dan diusir dari negeri kami (oleh golongan yang menentang)". Mengapa mereka (berkata demikian)? Bukankah kami telah melindungi mereka dan menjadikan (negeri Makkah) tempat tinggal mereka sebagai tanah suci yang aman, yang dibawa kepadanya hasil tanaman dari segala jenis, sebagai rezeki pemberian dari sisi Kami? (Benar, Kami telah menjadikan semuanya itu), tetapi kebanyakan mereka tidak memikirkan perkara itu untuk mengetahuinya (serta bersyukur). (Al-Qasas 28:57)

 3 Zulhijjah 1434H = 8/10/2013

Di mana2 ketika ini masing2 menghitung hari utk wuquf. Kalau turun ke ground floor , kat pejabat TH, kat lobi kat kaunseling mesti ada "6 HARI LAGI". Sebabnya wuquf itulah yg utama dalam haji.. tiada wuquf tak adalah haji... Aku sendiri tak tau nak bayang macamana yg dikatakan wuquf. Tunggu sajalah harinya nanti.


Ini pelan level2 di hotel penginapan kami. Setiap level level ada 3 section yg dinamakan blok. Aku punya bilik di BlokC 1181. Sebelah kami 1180 bilik suami n the geng. Betul2 kat yg tulis Arab tu tempat meja utk mengambil makanan tghari n mlm. Memang dekat ngan bilik kami.

NOTA: Kalau nak topup kredit SR budak2 yg jaga food n cuci2 kat sini la yg buat. Bangla ada India ada. Topup kat depa untung lagi drpd kat kedai2. Depa amik untung tak la banyak sgt. Lagipun dekat bilik ja.. mudah suruh depa tolong. Nak tukar cadar nak vacuum bilik bagitau si tukang cuci. Dia free nanti dia mai buat.


Lokasi penempatan jemaah haji musim ni. Merata2. Ada maktab yg diletak di 3 kwsn berbeza. Kami maktab 91 semuanya di hotel yg sama. Alhamdulillah.


Kredit gambag K.Has. Dia sgt2 teruja dgn tembikai lonjong ni. Rezeki kami hari ni. K.Has belanja tembikai. Sebelah utk kami sebelah utk bilik sebelah. Nak kata manis.. macam tembikai Malaysia gak la. Cuma.. anggur sana memang manissss.... manis melecaih... K.Aziah belanja. Bilik kami memang meriah.. aku bersyukur sangat dapat roomate yg boleh tolak ansur.. 37, 40, 41, 46, 49 dan 65... tapi kepala otak lebih kurang sama ja.. boleh buat geng.. geng 1181!

Tuesday, February 4, 2014

Muzium

A007
Bagaimanakah dapat diakui adanya perjanjian (keamanan) di sisi Allah dan RasulNya bagi orang-orang musyrik (sedang mereka mencabulinya)? Kecuali orang-orang (musyrik) yang kamu telah mengikat perjanjian setia dengan mereka dekat Masjid Al-Haraam. Maka selagi mereka berlaku lurus terhadap kamu, hendaklah kamu berlaku lurus pula terhadap mereka; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa. (At-Taubah 9:7)
 
Ziarah hari ini berakhir di Muzium - Exhibition of Two Holy Mosque Architecture. Jgn main2 di sini.. peraturan kena jaga. Tiket dah diambil oleh mutawif. Ada giliran masuk oooo. Ingatkan main masuk macam muzium2 yg biasa kita masuk. Giliran bas kami 11.00am utk masuk.



Satu bangunan terpacak tepi jalan mengadap banjaran gunung. Dah masuk ada giliran... masa utk melawat di dalam setiap kumpulan hanya 15 min... 15 min saja? Bole ke? Ini tak boleh la belek lama2 setiap barang yg ada.


Kamera.. no problem. Silakan. Ini model pembangunan Masjidil Haram yg akan datang. Bangunan yg sebelah kiri tu dah siap sikit.. berlampu2 dah sebelum kami balik Malaysia.. tahun ni may be boleh guna sebahagian darinya.


Model pembangunan Masjid Nabawi. Nak tambah kat mana lagi ya? Aku tak penah sampai lagi ke sini.. tak tahu mana yg ada mana nak ditambah.


Jam...Masjidil Haram kut.. tak tahu la.. tak buat nota pula di sini. Main snap je gambag sebab masa ada 15 minit saja. Huhuhu


Mesin tenun kelambu kaabah yg lama, aku agak la. Sebab muzium ni tentang masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Tolong betulkan kalau aku salah. Errr..  
Kenapa tak pi kilang kelambu Kaabah? Kata mutawif, sudah 3 tahun kut kilang tu ditutup utk org awam. Sebabnya.. salah org awam juga. Dah org bagi masuk melawat ada yg gatai tangan gatai mulut. 
1. Mereka meminta-minta sedikit kain ka.. benang ka... utk dibuat kenangan...
2. Kedatangan pelawat mengganggu kerja2 para pekerja dgn ada yg nak bergambar, ada yg nak tanya itu ini dsbnya.
Makanya.. kita la ni tak dak peluang nak melawat dah... huhuhu...


Pintu Kaabah.. apsal la aku tak wat nota atau amik penerangannya sekali masa ni? Teruja sgt la ni boleh tengok menda2 ni semua.


Yg ni aku pasti.. Telaga yg paling terkenal di dunia, tidak ada yg lebih femes darinya...telaga zamzam. Sayang.. sekarang telah ditutup laluannya. Kalau berada di dataran Kaabah.. perhatikan ada satu tanda bulat ditulis zamzam. Di bawahnya lah tetletaknya telaga zamzam.. Air zam2 hari ni rasanya tak sepayau dulu. Ada org suka rasa yg baru ni. Aku suka rasa yg dulu... kekurangan rasa itu disebabkan sekarang teknologi pembersihan menggunakan tembakan ion2 apa ntah utk membuang segala zarah2 yg tak diperlukan yg ada dlm air zam2 tu. Kalau minum air yg sejuk rasa macam air mineral ja.. memang tak best.


Gambar menunjukan kedalaman telaga serta penerangan2 tingkatnya.


Ini? Tak cerita pun mesti dah tahu.. Bukan Hajarul Aswad.. tapi besi yg dibuat utk melindunginya.. Hajarul aswad yg ada pada lubang sebesar muka tu adalah 7 ketul batu hitam yg diletak bersama. Boleh baca di sini http://al-fadhilustazmuhamadnajib.blogspot.com/2013/09/sejarah-hajar-aswad-di-curi.html


Ini... sat nak ingat.. oh ya.. pancuran emas. dari depan dan dari belakang.


Door to Ottoman pulpit in Prophet Mosque made at the order of Sultan Murad III 998H.


Boleh baca kut... anak tangga kaabah.



Akhir sekali, masa nak keluar setiap tetamu akan dapat hadiah ini drpd pihak muzium.. depa pandai cakap "terima kasih' kat kita... Kotak berisi kurma dan air zamzam. Selesailah ziarah kami... menghitung hari utk berwuquf pula.



A008
Bagaimana (boleh dikekalkan perjanjian kaum kafir musyrik itu) padahal kalau mereka dapat mengalahkan kamu, mereka tidak akan menghormati perhubungan kerabat terhadap kamu, dan tidak akan menghormati perjanjian setianya. Mereka menjadikan kamu bersenang hati hanya dengan mulut mereka, sedang hati mereka menolaknya; dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.(At-Taubah 9:8)

Monday, February 3, 2014

Miqat-Hudaibiah

A001
Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian. Dihalalkan bagi kamu (memakan) binatang-binatang ternak (dan sebagainya), kecuali apa yang akan dibacakan (tentang haramnya) kepada kamu. (Halalnya binatang-binatang ternak dan sebagainya itu) tidak pula bererti kamu boleh menghalalkan perburuan ketika kamu dalam keadaan berihram. Sesungguhnya Allah menetapkan hukum apa yang Ia kehendaki. (Al-Maaidah 5:1)

Perjalanan hari ni keluar agak jauh dari kota Makkah. Kami menuju ke Hudaibiah.. kira2 24km dari Makkah. Sepanjang perjalanan di kiri kanan dah tentu gurun padang pasir yg panas dan kering. Kata suami..."Macam kat Arizona ja." Betul betul betul. Memang macam kat Arizona. Tanah kering tandus panas gurun (di beberapa bahagian) yg menjadi saksi pertemuan aku dan suami hingga sekarang... kenangan lama mengusik jiwa...


Di sini merupakan salah satu dari tiga Miqat utk niat haji dan umrah yg hampir dgn Makkah selain Tana'im dan Jaranah. Jadi memang ada jemaah yg dah siap bawa kain utk berihram di sini. Aku..? Pompuan tak dak masalah.. berihram dgn pakaian yg tersarung di badan pada ketika itu asalkan menutup aurat sepenuhnya.


Untuk cerita banyak sila ke laman ini. http://jemputan-umrah.blogspot.com/2013/05/masjid-hudaibiah.html dan laman web ini  juga banyak ilmu, tips, doa2 dan macam2 lagi yg disediakan oleh tuan punya blog. Silalah ke sana jika ada kelapangan. Aku pun baru jumpa blog ni masa dok cari2.

A002
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar agama Allah, dan mengenai bulan-bulan yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban), dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai orang-orang yang menuju ke Baitullah Al-Haraam, yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci); dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu. Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari masjid Al-Haraam itu - mendorong kamu menceroboh. Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). (Al-Maaidah 5:2)


Ini merupakan tinggalan masjid Hudaibiah yang asal. Kat batu2 ni kalau dibelek2 macam2 la tulisan tangan2 yg nakal ada di sini. Tinggalan ini betul2 di belakang masjid. Kalau dari jalan memang tak nampak sebab terlindung.  Hudaibiah ini banyak sejarahnya seperti Perjanjian Hudaibiah dan ketika mana Rasulullah dan pengikutnya disekat daripada memasuki kota Makkah. Sejarahnya sila ke link web tadi.

Akhirnya.. di Hudaibiyah ini aku jumpa barang yg dicari.. yahooo.. magnet Makkah. Hehehe. Sr20 utk 5 biji. Alhamdulillah. Punya susah nak jumpa.. (boleh dapat di Mina juga.. masa ni banyakkkkk). Magnet yg sama di Madinah dijual SR20 satu! Mak ai..mahai ya amat. Bila dah namanya negara padang pasir.. dah tentu yg femesnya cik jamal..aka unta. Maka magnetnya pun banyak unta... suka kalu sila beli. Aku beli yg tiada unta punya. Rasa macam tak cukup beli 5.. duit bawa sikit je... Tak pa la.. ada kat mana2 nanti beli lain...

Thursday, January 30, 2014

Ziarah Luar - Ladang unta

 A036
Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur. (Al-Hajj 22:36)
 
2 Zulhijjah 1434H = 7/10/2013


Hari ini kami ikut ziarah luar pula - Hudaibiah. SR10 seorang sebab agak jauh berbanding ziarah Makkah semalam. Tiket ni buat syarat ja.. bukan dia minta pun. 4 bas kut utk ziarah hari ni. Booking kena awal sebab tempat terhad.

PERINGATAN: Ziarah dijalankan mengikut maktab masing2. Rajin2lah tengok papan notis. Kalau terlepas, insyaallah boleh selit2 kat maktab lain. Dan juga masa kami, selepas selesai haji pun masih diadakan ziarah ini.


Destinasi pertama hari ini ke ladang unta. Macamana yg dikatakan ladang unta? Aku ingat macam ladang lembu kambing kat sini.. luas.. ada tempat khas bagi makan... hmm... sama ka dgn unta? Ketika hampir ke ladang boleh dilihat nun di kaki2 bukit penempatan kaum badwi. Dikatakan kerajaan telah sediakan penempatan mereka di kwsn bandar. Tetapi depa tak mau pindah.. maka hiduplah mereka di dlm khemah2 di tgh2 panas gurun. Kawan aku yg dok sana kata, Org badwi ni kalau jumpa pompuan.. nahas.. diculik dan 'dikerjakan' pompuan tu nanti. Jadi bagus juga katanya bila pompuan tak dibenarkan drive di sana.. BAHAYA. Nak kenal depa ni biasanya bawa truck pickup.. itu kata kawan aku la.. bukan aku kata sebab aku tak dok sana.


Rupanya2 yg dikatakan ladang tu... sepanjang jalan kat sini ada kelompok2 unta dgn tuan2 berbeza. Jarak mereka dekat2 saja. Setiap kelompok unta berada di dalam pagar dawai yg agak2 aku paling kurang dlm 5m x 5m kut. Tak besar mana. Situlah unta makan minum tidog. Unta2 di sini berbonggol satu. Yg bonggol dua tu katanya dari negara lain. Kalau nak pegang silakan. Boleh saja. bau memang ada la macam lembu kambing juga.. mana leh wangi...


Ini mutawif kami utk hari ni. Pelajar indon yg tinggal di Bangi, Selangor. Di belakang tu salah satu khemah Badwi aka tuan ladang yg kami singgah. Kehidupan yg ringkas tanpa elektrik dan bekalan air mengalir. Apatah lagi perabot..

Cerita mutawif (kalau aku salah tolong betulkan):
1. Unta ni haiwan pemalu. Kalau unta jantan dan betina nak mating/bersama, depa tak buat siang2 hari depan2 orang.. malu weh... bukan macam sesetengah manusia tak tau malu...
2. Bila unta dibawa berjalan jauh.. biasanya time unta berhenti itu menandakan masuknya waktu solat. Subhanallah. Itulah hikmahnya zaman dulu unta adalah kenderaan utama utk bergerak. Tak percaya? Cuba pi sewa unta dari zoo... hehehe


Ini tuannya dok tapis susu unta. Sebotol air mineral 500ml tu hmmm... SR2 kut. Aku tak ingat sebab suami yg beli. Aku tak minum. Nak rasa pun aku tak mau. Sebabnya..


Bila diperah terus masuk baldi. Terus ditapis masuk botol mineral. Aku tengok yg ni... susu unta yg ditapis akan ada lebihan macam buih2 ni. Aku tak lalu wei. Kalau yg nak cuba tu silakan.. fresh dari ladang. Kata suami macam rasa... lupa pulak aku. 30 minit masa diberi kat sini sebelum ke destinasi seterusnya.



Wednesday, January 29, 2014

Alhamdulillah....

A096
Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.

Alhamdulillah.. bas selamat tiba ke hotel sebelum waktu zohor. Jadi sempatlah nak ke Haram utk solat. Memang ziarah yg dilakukan mengikut masa yg tetap supaya para jemaah tidak tertinggal utk berjemaah di Haram. Melainkan mereka yg memang uzur, sakit atauuuu memang tak nak ke masjid.





Gambar2 jam besar petang tu ihsan K.Has. Udara dipenuhi debu2 pembangunan yg berjalan 24 jam tanpa henti. Bas2 yg banyak tu utk geng Pakistan, Bangladesh, Afghanistan, Turki. Laluan inilah yg kami lalu setiap hari utk ke Haram. Lebih kurang 700m tapi Alhamdulillah.. Allah kurniakan kekuatan dan kesihatan pada hamba2Nya.. tidak terasa penat bila sudah biasa.

NASIHAT AKU: Pakailah kasut/slipar yg betul2 selesa sebab tiap2 hari berjalan atas jalan/tanah yg panas. Boleh panas tapak kaki. Sekali lagi aku mention di sini. Yg tak tahan habuk sila pakai mask atau kain purdah yg boleh dibeli di sana. (wanita berihram haram pakai mask.. cukup sekadar tutup dgn tangan/kain telekung atau sapu tgn/tisu). Berdoalah sentiasa supaya Allah mudahlan urusan seharian kita.


Jemaah ini letak Quran atas kepala masa berdoa.. mungkin itu fahamannya.. wallahualam.



Dari atas bumbung Masjidil haram, matahari senja sedang melabuhkan tirai   Subhanallah cantiknya.... walau sekiling hingar bingar dgn contruction work.


5.21pm.. menunggu masuknya waktu magrib. Nampak biasa saja kan... Cuma jam tu je la besar ya amat..


Waktu magrib dah masuk.. jam pun bertukar warna... Memang cantik.. kalau lihat dari jauh lagi cantik. Jam ni dikatakan boleh dilihat sejauh 30km! Tapi aku memang terpegun tiap kali tengok jam ni waktu malam. Roomate aku kata sekali tu jam 2 am dia tengok ada kerlipan bulan bintang terpancar dari jam ni... Tapi dia tak amik gambar punnnn.

A097
Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.