Wednesday, June 10, 2015

Perasmian - Cerita 2

A239 
Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka sembahyanglah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman sentosa, maka hendaklah kamu mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang secara yang lebih sempurna), sebagaimana Allah telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah 2:239)

Cerita Reunion belum tamat. Kali ini kisah perasmian pula. Susah jugak rupanya menulis cerita. Patutlah dulu aku tak pernaH masuk pertandingan menulis cerita. Memang gagal la jawabnya. Ini pun, lepas Cerita 1, aku kena hadiri bengkel 3 hari di Penang. Balik bengkel terus ke Shah Alam. Balik dari Shah Alam baru boleh ngadap blog semula.
 

Kalau korang tengok Cerita 1, korang pasti perasan agenda kita kan? Perasmian tengahari tu dirancangkan dalam tempoh sejam saja. Tapi biasalah. Bila dah jumpa geng2 lama, cerita 25 tahun tak habis di situ saja. Malah pasti berlarutan hingga ke hari ini.

Terima kasih pada yg sudi mengambil gambar di meja pendaftaran. Pusing2 muka yang sama jugak la. Aku, Putri, Sham dan Eila. Dah gheja kami kat kat meja tu. Cuma ada la dua tiga wajah baru menyelit di situ. Aisyah misalnya.. terima kasih banyak2 Syah sebab hang tolong kami kat situ. Memang tak menang tangan nak layan pelanggan yg ramai. Hang memang sangat2 membantu dengan tolong cari baju dan beg. Zana pun sama cuma dia tak dak lam gambag ni. TQ ya.

Mat Don (Izaharin).. ini AJK pengangkutan. Biag kat dia la. Penat angkut orang ke sana sini. Kasi can dia posing dengan Putri. yang dukung anak tu si lawyer Rosnah Ainon (Ain). Kena angkut anak2 sebab tak dak yg nak menjaga. Apa2 pun dia masih sanggup mai jumpa kawan2 kat sini. Aziah pula, pertolongannya amat bermakna buat AJK2 semua. Korang tengok ja dia sembang sana-sini. Tapi.. jgn tak tahu...


Korang perasan tak dalam gambar mula2 tadi ada tabung batch? Tengok dalam gambar ni pulak. Perasan tak tabung yang sama di tangan Aziah? Inilah tabung yang diusung ke hulu ke hilir dipeluk dijaga oleh Aziah tanpa kami memintanya. Alhamdulillah. Kutipan hampir mencecah RM1000 utk tabung ini saja. Aku perasan masa dia ambil tabung ni kat meja. Katanya.. "Mai sini." Terus hilang. Bila dipulangkan sudah berisi. Terima kasih banyak2 sahabat.

 

Kehadiran bekas2 cikgu amat dinanti2kan. Cikgu Nik Abdul Aziz, cikgu sejarah merangkap warden Blok D dulu. Kalau diingat balik.. memang havoc Blok D. Macamana la cikgu boleh tahan jaga kami kat situ? Mohd Zainuddin Mohd Noor (Din Mon.. ni kali ke dua gambag hang on air) dan Hanaz Ismadi. Arkitek beraya ni. Ada slot utk Career Talk mereka nanti utk yg berminat bidang ini. Cerita Din ni kalau tak salah aku, 8.8.88 semasa jeti runtuh. Dia dalam perjalanan utk balik ke maktab. Bila jeti tu runtuh, dia yg terselamat terus balik ke rumah. Mungkin ada lagi kawan2 yg kena tempias jeti ni tapi kita tak tahu. Ada yg sempat naik feri pun.

 

Ini sebenarnya  dah lepas perasmian. Tapi tak pa la. Cerita la Jugak. C.Sahiddan yg tiba dengan C.Rosli. C.Amir pulak memang dah datang masa perasmian tu. masing2 datang single, tinggal wife di hotel kata mereka. kata C.Amir, "Bila lagi nak solo? Masa ni kita pun nak solo jugak." Hebat cikgu2 kita. Sama naik ngan anak2 murid yang memang ramai datang solo. Hahaha.

 

C.Rosli Mohd Zain (RMZ) berkongsi tarikh lahir sama dengan aku. 1 April.. itu pun setelah diberitahu oleh arwah C.Zulkifli Kassim beberapa tahun dulu.  Berganding dengan Rambo, nampak macam adik ngan abang saja. Cikgu.. jangan marah na.. Dulu kami panggil cikgu Lionel Richie. Mudah ingat hehehe.  Sebelah tu pulak C.Baharum Arshad berganding dengan Hislimas Ramli (Mat Herg). Baju mereka berdua matching la pulak. Memang sesuai sangat. Pun seperti adik abang. Cikgu2 kita ni maintain jer dari dulu.
 
 

Ucapan Pengerusi Program, McDa yang pada salnya tiada dalam agenda. Semua ucapan nak dielaknya. Tapi tewas dek pujukan kawan2 AJK. Azuwana Supian (Azu) yang menjadi bidan terjun pulak menjalankan tugas MC dengan baik sekali. Syabas. Kalau bagi kat aku, memang out of script la sebab aku tak pernah sediakan skrip ucapan selama ni.
 
A240 
Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak dilarang Syarak) itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Baqarah 2:240)


Nampak macam banyak kerusi kosong. Memang la. Bukan semua boleh mai masa ni. Lagipun ikut pendaftaran dalam 100 orang sahaja daripada jumlah batch kita dalam 250 orang. Apa2 pun sebagai permulaan ini merupakan satu kejayaan. Sesi ini bermula dengan nyanyian lagu Maktab dan Warisan (versi kita dulu). Boleh rujuk Cerita 1 untuk lirik penuh. Aku pun tangkap leleh sekejap bila tengok kawan2 nyanyi lagu ni. Dulu, tiap2 kali perhimpunan pagi, dua lagu ni wajib untuk kami. La ni lagu ni dah jadi pendek dan rasanya tak dinyanyikan lagi oleh budak2 MRSM, betul ke?


Cikgu2 pun bersemangat ikut menyanyi bersama-sama. C.Nik, C.Amir, C.Baharum, Ust.Shabani all the way from Langkawi tu (Pengetua MRSM Langkawi) dan C.Ibrahim yang pernah ajar aku Geografi dulu. La ni dia TimbalaN pengetua HEP MRSMBP. Hari ini dia adalah VVIP utk merasmikan program ni. Pengetua tidak hadir sebab ada program lain yang memerlukan kehadiran beliau. 


 

Penyampaian cenderahati dan sumbangan dari kita semua. Cenderahati tulisan Khat merupakan sumbangan daripada sahabat kita jugak, Megat Amirul (Mioi). Terima kasih banyak2 Mioi. Sumbangan utk dana surau dan dana keusahawanan pulak hampir mencecah RM40K. Semuanya datang dari batch kita sahaja.. SPM90! Hebatkan kita? Masing2 memberi peranan dalam menjayakan program reunion ni. Tahniah dan terima kasih kawan2. Buat C.Ibrahim pula, terima kasih banyak2 sebab memberi sepenuh sokongan pada program ini. Jasa cikgu tetap dalam ingatan.



Sesi bergambar 1 selepas perasmian. Sila cari wajah anda sendiri ya. Kalau rasa tak ada dalam gambar ni, mungkin ada di luar menyedut 'udara', atau di tandas atau di mana saja yang memerlukan kehadiran anda. Ini baru Sesi 1. Akan ada 2 lagi sesi bergambar. Jangan hilangkan diri anda ya. Kejap ada kejap tak ada. 
 

Homeroom Aman86 bersama Ustazah Sopiah. Kalau ikut kehadiran patut ada 9 orang. Mungkin ada yang belum sampai ni. Mohd Hafiz Abdul Majid (Hafiz). Jangan kompius dengan Mohd Hafiz Salleh. (Apek, mana dia la ni ya?). Don sekali lagi muncul, Asbanizam (Asba pun buat kemunculan semula), Azni Azizan (Nini) dan Sarina Mohd Ali (Mekna). Yang paling femes la ni si Nini la. Dengan cheese cake lelehnya, order sampai ke KL. Bawang goreng bercili tanpa bilis dan dengan bilis (ini kawan Nini punya) dan biskut Florentine. Penuh bonet kereta bawa order kawan2 untuk reunion. Terima kasih Nini. 



Ada lagi yang ambil peluang bergambar beramai2 lepas perasmian. Maklumlah, bukan selalu boleh jumpa begini. Dari Utara ke selatan, Timur ke barat, malah dari Sabah pun ada. Kanak2 ribena yang sungguh riang bila terlepas dari kurungan eh? Cikgu Nik pun layannnn. One of the best photo for the event! That's all for now. Later, kita sambung dengan Cerita 3.




 P.S: Pinjam gambar ya kawan2. Terima kasih.

Friday, June 5, 2015

Hari Reunion - Cerita 1


A237 
Dan jika kamu ceraikan mereka sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka, padahal kamu sudah menetapkan kadar maskahwin untuk mereka, maka mereka berhak mendapat separuh dari maskahwin yang telah kamu tetapkan itu, kecuali jika mereka memaafkannya tidak menuntutnya); atau (pihak) yang memegang ikatan nikah itu memaafkannya (memberikan maskahwin itu dengan sepenuhnya). Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan. (Al-Baqarah 2:237

 

Hari ini bermulanya sejarah 25 tahun yang silam. Aku memang tak nyenyak malam tu. bangun awal. Kemas barang2. Takut ada yang tertinggal. Ini baru barang2 aku dah penuh kereta. Beg2 hijau tu cenderahati utk keluarga Damai 86. Tuuu.. nampak tak kotak tu? Harumanih Choi punya. Raga pulak? Penuh dengan pekasam kawan2. Beg aku satu ja pun...backpack hitam tu ha. Sat gi singgah UiTM ambil Sarizah dan Syuhana pulak. Penuh la belakang bonet ni.

 

Salah satu daripada cenderahati untuk Damai 86. Korang ada? Hahahahaha. jangan main2. Utk Cikgu Sahiddan dan Cikgu Syed serta isteri masing2 pun ada! Jeruk lagi. Brooch pun ada. 


Coklat made by Ainul lagi. Fuh.. Meriah.Damai memang hebat.. selamanya Damai 86. Aku sayang hampa semua. Eh.. aku kena pi awal ni. Aku kan jaga pendaftaran. Karang marah pulak si Eila kat aku. Dah la dia tengah tension pasai meja tu. Ampun Eila.. Minta maaf. Nak uji kesabaran Eila ni.

 

Rekod kehadiran dan pendaftaran peserta. Disediakan oleh Eila. Memang kerjanya kemas dan teratur. Mudah nak monitor kehadiran. Terima kasih Eila. Hmmm.. nama eila ja ku sebut2 ya? Nak buat macamana. Dah memang betul dia buat kerja bagus. 


Pamplet yang disediakan oleh aku, Asni dan Putri. Terima kasih Puteri menolong aku menyediakan aturcara dan isi kandungan pamplet ni. Aku buntu. Sebab tu kena minta tolong hang. Asni, terima kasih tolong edit gambar2 atas pamlet. Aku ni bukan terer bab IT. takat guna yang simple2 aku tau la. Terima kasih aku sebab tolong jadikan pamplet ni kenyataan.. hahahaha.


Aturcara untuk 2H1M siap untuk anda semua. Disertakan juga lagu Maktab dan lagu Warisan yang kita nyanyikan dulu semasa perhimpunan. Hampa la nyanyi. Aku miming ja. Lagu Warisan versi asal yg kita alunkan 25 tahun dulu. Kalau hampa godek internet, yang jumpa versi yang sudah diubahsuai. Tak percaya cuba cari sendiri. Cubalah.

A238
Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk. (Al-Baqarah 2:238)


Entry aku sebelum ni hampa dah nampak kan beg hijau ni? Ini pulak isi kandungan beg tersebut. Terima Kasih Zaini sebab bagi gambar ni. Aku tak teringat langsung nak ambil gambar isi beg. 


T-shirt aku budak MARA. Warna sebenar seperti gambar sebelum ini. Ini di meja pendaftaran. Kami dah susun ikut saiz dan jenis supaya mudah diberi bila mendaftar. Ehhh.. aku baru perasan. Apsal tak ada gambar aku dan AJK di meja pendaftaran ya? Huhuhu.. tak dak orang sudi ambil sebab sibuk dengan kawan2 ya. Wellll. It's ok. Aku tak kisah pun.


Izaharin Ishak (Mat Don as AJK pengangkutan),  Ramazie Fazaly Ramly (Rambo) dan Adli Syamiza Alias (Mat Kong). Aku tak ingat dan tak nak ingat antara mereka ni ada yang tidak sampai form 5 di sini. Apa yang aku nak ingat depa ni tetap MRSMBP90. Tetap kawan2 aku. Walau dulu2 aku tak pernah sembang dengan depa.


Dari kiri Fuad Musa, Zainuddin (Din Mon), Syamsul Amir Hamzah (Shamiag), Salihin Ramli, Norazman (Man Bee) dan Wan Zaiful Arman (Abe/Rudy). Nama2 gelaran tu jangan tanya aku la camna depa dapat. Tanya depa sendiri na. Aku cuma boleh story sikit2 saja. Din Mon.. kami ladies panggil Din hero jeti. Ini kes jeti Sultan Abdul Halim runtuh tahun 1988 dulu. Shamiag... mamat ni rupanya2 kawan tadika aku.. Tadika Kg.Raja Sg.Petani. Of course la aku tak ingat. 36 tahun dulu tu! Lihin... orang Sg.Petani dan masih di sini aku agak la. Sampai la aku tak berani sembang dgn dia. Kenapa? Ntah...Takut kut. Abe/Rudy, yg ni aku ingat.. lepas Form 3 pindah ke MRSM Muar. Sama ngan En.Suami aku la pulak. Memang depa kenal pun. Fuad dan Man.. I have no story about both of you... hehehe.


Mak2 budak yang gojes lagi ceria ni. Aku dah namakan sorang2. Nama gelaran tidaklah secanggih pak2 budak tadi. Sham, Senah, Mus, Ana, Eila, Nini, Has, Aisyah/Syah, Zana, Za dan Zu. Wei.. aku ingat korang wei.. Insyaallah fullname korang pun aku ingat. Hebat kan aku? hahahaha. Nasib ler. Blog aku. Aku puji diri aku la. Korang apa kisah?

Ok lah. Cukup setakat ni dulu. Nanti Cerita 2 menyusul kita tengok siapa pulak yang kena. Chow!

P.S: Pinjam gambar ya kawan2. Terima kasih.

Thursday, June 4, 2015

Sehari sebelum reunion (29052015)

A235
Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam idah), atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati) mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis idah yang ditetapkan itu. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya, dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar. (Al-Baqarah 2:235)


Sehari sebelum Reunion 25 tahun MRSMBP90, aku dengan AJK2 lain dah mula sibuk.Yang gelabah jangan kira la. Dah tentu. Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya hampir tiba. Masing2 sudah tidak sabar menanti hari esok. Asni dan Jatt...maaf, masa ni nama hampa belum masuk senarai hall of fame lagi.


Yang baju merah tu bos besar..memang besag pun. Kalau aku dok sebelah, nampak haluih ja aku ni. Sebelah bos Mcda (bukan McD ya), Babjee... orang program/aktiviti sukan. Ke hulu hilir cari barang. Komited betoi..dalam keadaan mak tak sihat,nak kena ziarah juga. Syabas Babjee. Yang ghenyih besag tu menteri kewangan MRSMBP90..Zaky. Pasai duit, dia tak bagi peluang kat orang lain pegang dah. Jawatan tetap tu.


Azri.. menguruskan talk/ceramah Hedi utk form 5. Orang minyak ni kebetulan masa ni rezeki balik Malaysia. Kalau tidak, dia bersiaran dari Iraq nun. Memang kena la dgn gelaran abang long kawasan. Sebelah Hedi, Azu...tak pasal2 jadi MC bidan terjun petang tu. Nasib hang la Azu. AJK lain jgn terasa hati na..aku kalau boleh nak cerita semua tapi mostly terhad. Idea aku bukan melimpah ruah macam reporter. Sori ya kawan2.. Imran, Putri, Eila, Jan..dan lain2. Korang tetap the best.


Dewan untuk acara kemuncak malam esok. Dulu kami panggil Dewan Besar. Lani dah bernama... Dewan Sri Gemilang. Memang gemilang... sebab esok DSG menjadi saksi, kami bekas pelajar MRSMBP90 adalah yg pertama merayakan 25 tahun reunion ini. Siap masuk balik asrama lagi. Yabedabeduuuuu.


Banner... designed by Imran. Well done Imran aka Wheng (errr... nak tanya lama dah. Mai mana nama Wheng ni?).  Anyway.. kaler cantik..masuk jangan tirai merah pentas tu. Suka aku tengok.


Ada lagi nostalgia kami Batch 90 di papan kenyataan ni. Errr... batch lain ada ker? Hehehe. Gambar-gambar ini adalah daripada Majalah Nostalgia 90. Kedudukan mengikut bulan kelahiran. Errrr...Nampak aku tak?

 

Medan Kasa. Satu waktu mencipta sejarah suka duka. Menjadi saksi cinta uda dara di kala muda. Medan aku dan mereka menjamu selera. Sekarang masih ada dengan nama berbeza.


Sesi bersama Hedi untuk Form 5 yang tak boleh balik cuti lagi. Aku jenguk2 jeling2 saja. Tak boleh tunggu lama2. Lepas meeting nak kena balik rumah sebab packing tak habis lagi. Esok nak balik asrama....  Nak bawa apa ya pi asrama?


Petang mesyuarat. Dah ada yang sampai sebab tak sabar nak masuk asrama. Gila seronok tak tau nak cerita. Yang depan ni dah tentu la Eila..AJK siaraya ni. Rajin dan cekap buat kerja. Memang tabik spring lakat Eila. Akuuuu...errr..aku insan biasa saja. Za, Has (from Tioman with love..hehehe), Putri  (AJK Program) dan MacNa. Depa car pool kereta MacNa dari KL. Lepak homestay dulu malam ni.
  

Atas... Hedi, Azu sama Eila. Bawah.. Eila,Hedi dan aku of course. Kami bertiga (gambar bawah) sekelas semasa sekolah rendah. Tingkatan 1, Aku dan Eila masuk dulu. Hedi masa form4. Tapi iutu tak menjadikan kami berbeza. Kami tetap MRSMBP90!


Eila dan K.Pah Dewan Selera. Oh my... kakak2 dewan selera (DS) memang baik2. Yang best tu bila bulan puasa. Rasa2 yang cuti tu.. silalah ziarah DS ya. Yang buat2 tak puasa tu silalah sedar diri korang ya.


Ini antara barangan sponsor yang akan dimasukkan ke dalam goodies bags untuk peserta. Terima kasih Aziah. Hang memang awsome Aziah. Pamplet tu pula daripada Dr.Norizah. Puan Dr ni mula2 tak boleh mai. Pastu dapat lampu hijau nak mai. Tiba2 tak sempat nak jalan,lampu dah tukag jadi merah.

 

Aku memang budak MARA. Tak dapat dinafikan. Kepada yang sponsor beg dan isi-isi yang ada di dalamnya, terima kasih banyak2. Hanya Allah yang boleh membalas budi baik kalian. Aku amat bersyukur mempunyai kawan-kawan seperti hampa. Walaupun dulu aku tak pernah sembang pun ngan hampa. Bilik yang digunakan ini ialah bilik mesyuarat. terima kasih cikgu Ibrahim kerana memberi kami bilik ini sebagai bilik gerakan untuk mengatur kerja2 kami.
 
A236
Tidaklah kamu bersalah dan tidaklah kamu menanggung bayaran maskahwin) jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka atau (sebelum) kamu menetapkan maskahwin untuk mereka. Walaupun demikian, hendaklah kamu memberi "Mut'ah" (pemberian saguhati) kepada mereka (yang diceraikan itu). Iaitu: suami yang senang (hendaklah memberi saguhati itu) menurut ukuran kemampuannya; dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian saguhati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang (yang mahu) berbuat kebaikan. (Al-Baqarah 2:236)


Si baju merah Harizan/Jan. Memang peminat tegar merah dia ni. Dan cermin mata hitam tu wajib. Trade mark depa kata. Si baju hijau Jatt/Jetto atau lebih sedap lagi NoorBadrulnizar. MC kami untuk malam dinner esok. Tak sabar nak tunggu Jatt jadi MC. Bolekah dia serius nanti? Kita Tungguuuu.


Ini pula pengambaran sebelum hari kejadian benar2 berlaku. Aku agak la. Wheng/Imran... Akhirnya ada jugak gambag hang terlekat kat sini. Jan, Zaky di depan. Ali di kanan dan Dhan di kiri mengapit McDa dan Jatt di tengah. Dhan n Ali sampai awal.. boleh la tolong2 AJK ya.


Kanak-kanak ribena yang sangat gembira bila diberi kerja.  Ada Mus n Nini, Farah dan Asba (AJK). Alhamdulillah. Kawan-kawan aku sangat bersemangat.  Sudi menolong tidak kira masa dan ketika. Aku masa ni dah balik rumah dah. Esok aku mai lain naaa.


Alat penghubung untuk AJK-AJK utama. Terima kasih banyak2 pada sesiapa yang menyediakan ini. Mohon maaf sebab menghilangkan sebijik walkie talkie ni.. Tidak disengajakan. Terima kasih C.Ibrahim tidak mengambil tindakan disiplin kat kami sebab menghilangkan benda ni. Kami ingat nak kena denda pusing padang satu round dah... huhuhu.


Proses pemindahan hadiah dari kereta aku ke bilik gerakan. Aku kena serahkan hari ni sebab esok kereta aku penuh dengan barang2 Damai, barang aku dan barang2 Ana serta Sarizah. Ana dan Serry balik kampung.. jadi esok tumpang aku ke MRSMBP. Hadiah hari ni sponsored by .....  untuk homeroom dengan paling ramai kehadiran ahli. Ok gang. Aku chow dulu. Esok kita jumpa lagi.


Untuk jalan balik, aku cuba jalan Bayan Lepas. Katanya dah tak pusing2. Memang betul. Kalau dulu jalan berliku2..tepi gaung. Kecut perut tiap2 kali naik bas balik sekolah. Takut bas terjun gaung! Tapi hari ni, jalan dah elok. Merentas bukit. Sat saja dah sampai kat Bayan Lepas. Tapiiii.. huaaaa... Jalan jem la pulak. Orang balik kerja, ada pembinaan jalan, hari jumaat petang pulak tu. Huhuhu. Minyak kereta.. minta2 la cukup sampai rumah.


Masih terhenjut2 di jalan, GEDEGANG!. Pakcik naik motor jatuh sebelah kereta aku. Aku langgar dia ka? Tak mungkin.. tak mungkin. Dia dari belakang. Aku pulak tak bergerak. Rupa-rupanya, ada motor lain langgar dia masa dia lintas belakang kereta aku. Kesian aku tengok tapi aku tak dapat turun. Nanti Tambah jam. Maafkan saya pakcik baju kuning. Harap pakcik dah sembuh.


Sampai rumah selepas hampir 2 jam di jalan. Mula mengasingkan buah pulak. Apa kaitan buah ni dengan reunion? Haaa.. inilah kenangan. Harumanih tu. Orang nak reunion, ada yang nak buah ni. Kesian kat depa. Homeroom aku punya pasal, aku usahakan juga mencari buah ni.Ada yang Nini tolong belikan, ada yang kak aku tolong carikan. Akhirnya aku hanya ambil dari Nini tadi di MRSM. Jadi kena asingkan ikut order ahli homeroom aku. Esok nak deliver, termasuklah pekasam daging dan pekasam ikan serta jeruk Pak Ali! Untuk korang kawan-kawan aku.

Ok lah. Aku nak pack barang2 untuk bawa ke asrama pulak. Bantal wajib bawa. Barang2 kawan2 dan hadiah untuk Damai86. Aku memang tak sabar nak balik asrama. Kawan-kawan yang lain pun sama. Kita jumpa esok ya kawan-kawan. Selamat malam.

P.S: Pinjam gambar ya kawan2. Terima kasih