Thursday, February 6, 2014

Menghitung hari

 A057
Dan mereka (yang kafir) berkata: "Kalau kami menyertaimu menurut petunjuk yang engkau bawa itu, nescaya kami dengan serta merta ditangkap dan diusir dari negeri kami (oleh golongan yang menentang)". Mengapa mereka (berkata demikian)? Bukankah kami telah melindungi mereka dan menjadikan (negeri Makkah) tempat tinggal mereka sebagai tanah suci yang aman, yang dibawa kepadanya hasil tanaman dari segala jenis, sebagai rezeki pemberian dari sisi Kami? (Benar, Kami telah menjadikan semuanya itu), tetapi kebanyakan mereka tidak memikirkan perkara itu untuk mengetahuinya (serta bersyukur). (Al-Qasas 28:57)

 3 Zulhijjah 1434H = 8/10/2013

Di mana2 ketika ini masing2 menghitung hari utk wuquf. Kalau turun ke ground floor , kat pejabat TH, kat lobi kat kaunseling mesti ada "6 HARI LAGI". Sebabnya wuquf itulah yg utama dalam haji.. tiada wuquf tak adalah haji... Aku sendiri tak tau nak bayang macamana yg dikatakan wuquf. Tunggu sajalah harinya nanti.


Ini pelan level2 di hotel penginapan kami. Setiap level level ada 3 section yg dinamakan blok. Aku punya bilik di BlokC 1181. Sebelah kami 1180 bilik suami n the geng. Betul2 kat yg tulis Arab tu tempat meja utk mengambil makanan tghari n mlm. Memang dekat ngan bilik kami.

NOTA: Kalau nak topup kredit SR budak2 yg jaga food n cuci2 kat sini la yg buat. Bangla ada India ada. Topup kat depa untung lagi drpd kat kedai2. Depa amik untung tak la banyak sgt. Lagipun dekat bilik ja.. mudah suruh depa tolong. Nak tukar cadar nak vacuum bilik bagitau si tukang cuci. Dia free nanti dia mai buat.


Lokasi penempatan jemaah haji musim ni. Merata2. Ada maktab yg diletak di 3 kwsn berbeza. Kami maktab 91 semuanya di hotel yg sama. Alhamdulillah.


Kredit gambag K.Has. Dia sgt2 teruja dgn tembikai lonjong ni. Rezeki kami hari ni. K.Has belanja tembikai. Sebelah utk kami sebelah utk bilik sebelah. Nak kata manis.. macam tembikai Malaysia gak la. Cuma.. anggur sana memang manissss.... manis melecaih... K.Aziah belanja. Bilik kami memang meriah.. aku bersyukur sangat dapat roomate yg boleh tolak ansur.. 37, 40, 41, 46, 49 dan 65... tapi kepala otak lebih kurang sama ja.. boleh buat geng.. geng 1181!

Tuesday, February 4, 2014

Muzium

A007
Bagaimanakah dapat diakui adanya perjanjian (keamanan) di sisi Allah dan RasulNya bagi orang-orang musyrik (sedang mereka mencabulinya)? Kecuali orang-orang (musyrik) yang kamu telah mengikat perjanjian setia dengan mereka dekat Masjid Al-Haraam. Maka selagi mereka berlaku lurus terhadap kamu, hendaklah kamu berlaku lurus pula terhadap mereka; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa. (At-Taubah 9:7)
 
Ziarah hari ini berakhir di Muzium - Exhibition of Two Holy Mosque Architecture. Jgn main2 di sini.. peraturan kena jaga. Tiket dah diambil oleh mutawif. Ada giliran masuk oooo. Ingatkan main masuk macam muzium2 yg biasa kita masuk. Giliran bas kami 11.00am utk masuk.



Satu bangunan terpacak tepi jalan mengadap banjaran gunung. Dah masuk ada giliran... masa utk melawat di dalam setiap kumpulan hanya 15 min... 15 min saja? Bole ke? Ini tak boleh la belek lama2 setiap barang yg ada.


Kamera.. no problem. Silakan. Ini model pembangunan Masjidil Haram yg akan datang. Bangunan yg sebelah kiri tu dah siap sikit.. berlampu2 dah sebelum kami balik Malaysia.. tahun ni may be boleh guna sebahagian darinya.


Model pembangunan Masjid Nabawi. Nak tambah kat mana lagi ya? Aku tak penah sampai lagi ke sini.. tak tahu mana yg ada mana nak ditambah.


Jam...Masjidil Haram kut.. tak tahu la.. tak buat nota pula di sini. Main snap je gambag sebab masa ada 15 minit saja. Huhuhu


Mesin tenun kelambu kaabah yg lama, aku agak la. Sebab muzium ni tentang masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Tolong betulkan kalau aku salah. Errr..  
Kenapa tak pi kilang kelambu Kaabah? Kata mutawif, sudah 3 tahun kut kilang tu ditutup utk org awam. Sebabnya.. salah org awam juga. Dah org bagi masuk melawat ada yg gatai tangan gatai mulut. 
1. Mereka meminta-minta sedikit kain ka.. benang ka... utk dibuat kenangan...
2. Kedatangan pelawat mengganggu kerja2 para pekerja dgn ada yg nak bergambar, ada yg nak tanya itu ini dsbnya.
Makanya.. kita la ni tak dak peluang nak melawat dah... huhuhu...


Pintu Kaabah.. apsal la aku tak wat nota atau amik penerangannya sekali masa ni? Teruja sgt la ni boleh tengok menda2 ni semua.


Yg ni aku pasti.. Telaga yg paling terkenal di dunia, tidak ada yg lebih femes darinya...telaga zamzam. Sayang.. sekarang telah ditutup laluannya. Kalau berada di dataran Kaabah.. perhatikan ada satu tanda bulat ditulis zamzam. Di bawahnya lah tetletaknya telaga zamzam.. Air zam2 hari ni rasanya tak sepayau dulu. Ada org suka rasa yg baru ni. Aku suka rasa yg dulu... kekurangan rasa itu disebabkan sekarang teknologi pembersihan menggunakan tembakan ion2 apa ntah utk membuang segala zarah2 yg tak diperlukan yg ada dlm air zam2 tu. Kalau minum air yg sejuk rasa macam air mineral ja.. memang tak best.


Gambar menunjukan kedalaman telaga serta penerangan2 tingkatnya.


Ini? Tak cerita pun mesti dah tahu.. Bukan Hajarul Aswad.. tapi besi yg dibuat utk melindunginya.. Hajarul aswad yg ada pada lubang sebesar muka tu adalah 7 ketul batu hitam yg diletak bersama. Boleh baca di sini http://al-fadhilustazmuhamadnajib.blogspot.com/2013/09/sejarah-hajar-aswad-di-curi.html


Ini... sat nak ingat.. oh ya.. pancuran emas. dari depan dan dari belakang.


Door to Ottoman pulpit in Prophet Mosque made at the order of Sultan Murad III 998H.


Boleh baca kut... anak tangga kaabah.



Akhir sekali, masa nak keluar setiap tetamu akan dapat hadiah ini drpd pihak muzium.. depa pandai cakap "terima kasih' kat kita... Kotak berisi kurma dan air zamzam. Selesailah ziarah kami... menghitung hari utk berwuquf pula.



A008
Bagaimana (boleh dikekalkan perjanjian kaum kafir musyrik itu) padahal kalau mereka dapat mengalahkan kamu, mereka tidak akan menghormati perhubungan kerabat terhadap kamu, dan tidak akan menghormati perjanjian setianya. Mereka menjadikan kamu bersenang hati hanya dengan mulut mereka, sedang hati mereka menolaknya; dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.(At-Taubah 9:8)

Monday, February 3, 2014

Miqat-Hudaibiah

A001
Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian. Dihalalkan bagi kamu (memakan) binatang-binatang ternak (dan sebagainya), kecuali apa yang akan dibacakan (tentang haramnya) kepada kamu. (Halalnya binatang-binatang ternak dan sebagainya itu) tidak pula bererti kamu boleh menghalalkan perburuan ketika kamu dalam keadaan berihram. Sesungguhnya Allah menetapkan hukum apa yang Ia kehendaki. (Al-Maaidah 5:1)

Perjalanan hari ni keluar agak jauh dari kota Makkah. Kami menuju ke Hudaibiah.. kira2 24km dari Makkah. Sepanjang perjalanan di kiri kanan dah tentu gurun padang pasir yg panas dan kering. Kata suami..."Macam kat Arizona ja." Betul betul betul. Memang macam kat Arizona. Tanah kering tandus panas gurun (di beberapa bahagian) yg menjadi saksi pertemuan aku dan suami hingga sekarang... kenangan lama mengusik jiwa...


Di sini merupakan salah satu dari tiga Miqat utk niat haji dan umrah yg hampir dgn Makkah selain Tana'im dan Jaranah. Jadi memang ada jemaah yg dah siap bawa kain utk berihram di sini. Aku..? Pompuan tak dak masalah.. berihram dgn pakaian yg tersarung di badan pada ketika itu asalkan menutup aurat sepenuhnya.


Untuk cerita banyak sila ke laman ini. http://jemputan-umrah.blogspot.com/2013/05/masjid-hudaibiah.html dan laman web ini  juga banyak ilmu, tips, doa2 dan macam2 lagi yg disediakan oleh tuan punya blog. Silalah ke sana jika ada kelapangan. Aku pun baru jumpa blog ni masa dok cari2.

A002
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar agama Allah, dan mengenai bulan-bulan yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban), dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai orang-orang yang menuju ke Baitullah Al-Haraam, yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci); dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu. Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari masjid Al-Haraam itu - mendorong kamu menceroboh. Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). (Al-Maaidah 5:2)


Ini merupakan tinggalan masjid Hudaibiah yang asal. Kat batu2 ni kalau dibelek2 macam2 la tulisan tangan2 yg nakal ada di sini. Tinggalan ini betul2 di belakang masjid. Kalau dari jalan memang tak nampak sebab terlindung.  Hudaibiah ini banyak sejarahnya seperti Perjanjian Hudaibiah dan ketika mana Rasulullah dan pengikutnya disekat daripada memasuki kota Makkah. Sejarahnya sila ke link web tadi.

Akhirnya.. di Hudaibiyah ini aku jumpa barang yg dicari.. yahooo.. magnet Makkah. Hehehe. Sr20 utk 5 biji. Alhamdulillah. Punya susah nak jumpa.. (boleh dapat di Mina juga.. masa ni banyakkkkk). Magnet yg sama di Madinah dijual SR20 satu! Mak ai..mahai ya amat. Bila dah namanya negara padang pasir.. dah tentu yg femesnya cik jamal..aka unta. Maka magnetnya pun banyak unta... suka kalu sila beli. Aku beli yg tiada unta punya. Rasa macam tak cukup beli 5.. duit bawa sikit je... Tak pa la.. ada kat mana2 nanti beli lain...

Thursday, January 30, 2014

Ziarah Luar - Ladang unta

 A036
Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur. (Al-Hajj 22:36)
 
2 Zulhijjah 1434H = 7/10/2013


Hari ini kami ikut ziarah luar pula - Hudaibiah. SR10 seorang sebab agak jauh berbanding ziarah Makkah semalam. Tiket ni buat syarat ja.. bukan dia minta pun. 4 bas kut utk ziarah hari ni. Booking kena awal sebab tempat terhad.

PERINGATAN: Ziarah dijalankan mengikut maktab masing2. Rajin2lah tengok papan notis. Kalau terlepas, insyaallah boleh selit2 kat maktab lain. Dan juga masa kami, selepas selesai haji pun masih diadakan ziarah ini.


Destinasi pertama hari ini ke ladang unta. Macamana yg dikatakan ladang unta? Aku ingat macam ladang lembu kambing kat sini.. luas.. ada tempat khas bagi makan... hmm... sama ka dgn unta? Ketika hampir ke ladang boleh dilihat nun di kaki2 bukit penempatan kaum badwi. Dikatakan kerajaan telah sediakan penempatan mereka di kwsn bandar. Tetapi depa tak mau pindah.. maka hiduplah mereka di dlm khemah2 di tgh2 panas gurun. Kawan aku yg dok sana kata, Org badwi ni kalau jumpa pompuan.. nahas.. diculik dan 'dikerjakan' pompuan tu nanti. Jadi bagus juga katanya bila pompuan tak dibenarkan drive di sana.. BAHAYA. Nak kenal depa ni biasanya bawa truck pickup.. itu kata kawan aku la.. bukan aku kata sebab aku tak dok sana.


Rupanya2 yg dikatakan ladang tu... sepanjang jalan kat sini ada kelompok2 unta dgn tuan2 berbeza. Jarak mereka dekat2 saja. Setiap kelompok unta berada di dalam pagar dawai yg agak2 aku paling kurang dlm 5m x 5m kut. Tak besar mana. Situlah unta makan minum tidog. Unta2 di sini berbonggol satu. Yg bonggol dua tu katanya dari negara lain. Kalau nak pegang silakan. Boleh saja. bau memang ada la macam lembu kambing juga.. mana leh wangi...


Ini mutawif kami utk hari ni. Pelajar indon yg tinggal di Bangi, Selangor. Di belakang tu salah satu khemah Badwi aka tuan ladang yg kami singgah. Kehidupan yg ringkas tanpa elektrik dan bekalan air mengalir. Apatah lagi perabot..

Cerita mutawif (kalau aku salah tolong betulkan):
1. Unta ni haiwan pemalu. Kalau unta jantan dan betina nak mating/bersama, depa tak buat siang2 hari depan2 orang.. malu weh... bukan macam sesetengah manusia tak tau malu...
2. Bila unta dibawa berjalan jauh.. biasanya time unta berhenti itu menandakan masuknya waktu solat. Subhanallah. Itulah hikmahnya zaman dulu unta adalah kenderaan utama utk bergerak. Tak percaya? Cuba pi sewa unta dari zoo... hehehe


Ini tuannya dok tapis susu unta. Sebotol air mineral 500ml tu hmmm... SR2 kut. Aku tak ingat sebab suami yg beli. Aku tak minum. Nak rasa pun aku tak mau. Sebabnya..


Bila diperah terus masuk baldi. Terus ditapis masuk botol mineral. Aku tengok yg ni... susu unta yg ditapis akan ada lebihan macam buih2 ni. Aku tak lalu wei. Kalau yg nak cuba tu silakan.. fresh dari ladang. Kata suami macam rasa... lupa pulak aku. 30 minit masa diberi kat sini sebelum ke destinasi seterusnya.



Wednesday, January 29, 2014

Alhamdulillah....

A096
Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.

Alhamdulillah.. bas selamat tiba ke hotel sebelum waktu zohor. Jadi sempatlah nak ke Haram utk solat. Memang ziarah yg dilakukan mengikut masa yg tetap supaya para jemaah tidak tertinggal utk berjemaah di Haram. Melainkan mereka yg memang uzur, sakit atauuuu memang tak nak ke masjid.





Gambar2 jam besar petang tu ihsan K.Has. Udara dipenuhi debu2 pembangunan yg berjalan 24 jam tanpa henti. Bas2 yg banyak tu utk geng Pakistan, Bangladesh, Afghanistan, Turki. Laluan inilah yg kami lalu setiap hari utk ke Haram. Lebih kurang 700m tapi Alhamdulillah.. Allah kurniakan kekuatan dan kesihatan pada hamba2Nya.. tidak terasa penat bila sudah biasa.

NASIHAT AKU: Pakailah kasut/slipar yg betul2 selesa sebab tiap2 hari berjalan atas jalan/tanah yg panas. Boleh panas tapak kaki. Sekali lagi aku mention di sini. Yg tak tahan habuk sila pakai mask atau kain purdah yg boleh dibeli di sana. (wanita berihram haram pakai mask.. cukup sekadar tutup dgn tangan/kain telekung atau sapu tgn/tisu). Berdoalah sentiasa supaya Allah mudahlan urusan seharian kita.


Jemaah ini letak Quran atas kepala masa berdoa.. mungkin itu fahamannya.. wallahualam.



Dari atas bumbung Masjidil haram, matahari senja sedang melabuhkan tirai   Subhanallah cantiknya.... walau sekiling hingar bingar dgn contruction work.


5.21pm.. menunggu masuknya waktu magrib. Nampak biasa saja kan... Cuma jam tu je la besar ya amat..


Waktu magrib dah masuk.. jam pun bertukar warna... Memang cantik.. kalau lihat dari jauh lagi cantik. Jam ni dikatakan boleh dilihat sejauh 30km! Tapi aku memang terpegun tiap kali tengok jam ni waktu malam. Roomate aku kata sekali tu jam 2 am dia tengok ada kerlipan bulan bintang terpancar dari jam ni... Tapi dia tak amik gambar punnnn.

A097
Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk. 



Tuesday, January 28, 2014

Miqat-Jaranah

 A197







(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya). (Al-Baqarah 2:197)


Destinasi terakhir utk ziarah Makkah hari ini ialah Ja'ranah yg sejauh 24km dari Masjidil Haram. Di masjid Ja'ranah ini merupakan salah satu tempat miqat umrah yg tinggi darjatnya.


Rasulullah s.a.w pernah bermiqat di sini untuk mengerjakan umrah setelah pulang dari peperangan Hunain. Ji’ronah adalah nama seorang wanita yang mengabdikan dirinya untuk membersihkan dan menjaga mesjid tersebut, Ia seorang wanita Quraisy dari Bani Tim. http://basusurung.blogspot.com/2012/11/masjid-jaranah-tempat-miqat.html  Sesiapa nak berumrah memang telah diingatkan utk bawa persalinan ihram ke sini. Kaum wanita tak yah risau sebab pakaian kita memang dah sesuai utk berihram.. sepatutnya lah. Tak tahu lah kut2 ada yg bergaya macam pi shopping.

 

Terima kasih Rizam utk gambar di dlm masjid ni. Bahagian lelaki sahaja sebab yg wanitanya geng aku tak masuk. masing2 dok berkeliting/merayau di luar masjid.


Ada gerai2 jualan macam2. yang ini kekacang, kurma dan kismis. harga mereka semua samanya saja kalau tawar menawar pun.


Tasbih...batu2 permata.. banyakkkk. Hanya dua utas tasbih yg kami bawa balik ke Malaysia. Itu pun hadiah seorang peniaga masa di Madinah. Aku memang dah pesan kat suami.. no tasbih please. Beli sesuatu yg orang akan guna sebaik2nya.


Peminat2 cincin suka la. Macam2 pilihan. Ingat dulu2 masa tok tok kita pi Makkah. Cincin, gelang memang jadi pilihan utk dibawa pulang.Aku tak minat semua tu.. cari lagi...sampai jumpa.


Apa pulak ni? Kereta tolak kita dok angkut tanah diubah suai. Atas tu tong air lemon di bawahnya tu buah2 lemon yg belum diperah. Baguih jugak idea depa ni. Kan mudah nak tolak sana sini.


Pakcik ni pulak ke sana sini cuba menjual mesin jahit tangan. SR10. Comel je.. tapi malas la nak layan beli. masih mermerhati kalau terjumpa idaman hati. dapat beli key-chain saja di sini. Yg dicari belum ketemu.. fridge magnet memang susah nak jumpa la di Makkah!


Tengah dok layan brother jual kacang sebab aku nak beli tiba2 peniaga2 ni bertempiaran. Rupa2nya penguatkusa mai buat rondaan. Tak dibenarkan berbiaga di kwsn tersebut. Brother kacang tu tutup payung masuk lori dan cabut. Eh.. bangku duduk dia tinggai macam tu saja. Takut punya pasal. Itu kalau aku tak sempat bayag camna? Memang tak sempat bayag la sebab tak sempat nak beli pun... dia dah cabut!


Dalam perjalanan pulang/pergi, kalau ada rezeki boleh la nampak untuk2 liar berkeliaran. Aku teka unta liar la sebab di kawasan terbentang luas... Alhamdulillah... Ziarah hari ini sangat bermakna dan bermanfaat. Syukur diberi peluang utk melalui semua ini. Semoga akan ada lagi peluang utk ke sini lagi bersama keluarga Insyaallah.