Wednesday, January 14, 2015

Majlis Konvokesyen Qiraati Zon Utara ke18

A091
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepada Nabi Muhammad)", mereka menjawab: "Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami (Taurat)". Dan mereka ingkarkan (Kitab) yang lain yang diturunkan kemudian daripadanya, padahal Al-Quran itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika demikian mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu kalaulah kamu benar-benar orang-orang yang beriman?". (Al-Baqarah 2:91


Kali ini majlis diadakan di Politeknik Kulim. Masa Auni dibuat di dewan NAZA Gurun. Angah di SP Inn Sg.Petani. Kali ni makin dekatdgn kami.


A092
Dan sesungguhnya telah datang kepada kamu Nabi Musa membawa keterangan-keterangan (mukjizat) kemudian kamu menyembah (patung) anak lembu sepeninggalannya, dan kamu (dengan perbuatan itu) adalah orang-orang yang zalim. (Al-Baqarah 2:92


Penerima2 perempuan. Lelaki sebelah sana. Tahun ni seramai 200+ jugak la yg lulus ujian khatam Quran.


Ini 7 kategori yang wajib semasa ujian khatam Quran diadakan 2 bulan sebelum majlis berlangsung. Lulus ialah A, B dan C. Yang gagal akan ulang semula ujian tahun depan.



 
A093
Dan (ingatlah) ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu semasa Kami angkatkan bukit Tursina itu ke atas kamu (sambil kami berfirman): "Ambilah (dan amalkanlah ajaran Kitab Taurat) yang Kami berikan kepada kamu itu dengan bersungguh-sungguh, dan dengarlah (apa yang diperintahkan kepada kamu dengan mematuhinya)". Mereka menjawab: "Kami dengar, dan kami menderhaka". Sedang kegemaran menyembah (patung) anak lembu itu telah mesra dan sebati di dalam hati mereka, dengan sebab kekufuran mereka. Katakanlah (wahai Muhammad):" Amatlah jahatnya apa yang disuruh oleh iman kamu itu kalaulah kamu orang-orang yang beriman". (Al-Baqarah 2:93)


Zon utara.. Perlis, Kedah Pulau Pinang dan ada 2 dari Taiping. Tahun ni tak ada dari Perlis. Ini hadiah utk tempat ke-3 keseluruhan. No 1 dan 2 dari Qiraati Kuala Nerang. Budak 10 thn dan 13 thn.
 
A094
Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum Yahudi): "Kalau syurga negeri akhirat itu telah menjadi hak istimewa untuk kamu pada sisi hukum Allah, tidak boleh dicampuri oleh orang-orang lain (seperti yang kamu dakwakan itu), maka cita-citakanlah mati (supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar". (Al-Baqarah 2:94

Ini pula yg semua orang dapat. Senaskah Al-Quran (sebelum ni Auni n Angah tak ada Quran), sijil dan bunga telur.
 
A095
Dan sudah tentu mereka tidak akan mencita-citakan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang telah mereka lakukan; dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu. (Al-Baqarah 2:95)



12 orang dari Pusat Bimbinag Furqan, Taman Pauh Jaya bersama Ustazah Ummi (Pengetua) dan Ustz ??? Masih baru. AKu pun tak tau nama lagi.

Maka, habislah 3 orang generasi Qiraati. Tunggu yang kecik pulak tak tau la mana lagi nak hantag. Tunggu dan lihat nanti.

Sunday, January 11, 2015

River Cruise Melaka

A086 
Mereka itulah orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan. (Al-Baqarah 2:86


Lepas masuk ruang rumah yg terbalik, kami menuju ke sini. Nak bawa budak kecik baik bot pulak. Bayaran pun tak lah mahal bila ambil pakej family.


Pertama kali naik bot menyusuri Sungai Melaka. Memang best sebab kita relax ja. Pastu ada pulak suara pemandu pelancong (rakaman) yang menceritakan apa yang ada di kiri kanan beserta serba sedikit sejarahnya.

A087 
 Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat, dan Kami iringi kemudian daripadanya dengan beberapa orang Rasul, dan Kami berikan kepada Nabi Isa Ibni Maryam beberapa mukjizat serta Kami teguhkan kebenarannya dengan Ruhul-Qudus (Jibril). Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya), sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan, dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya? (Al-Baqarah 2:87


Di kiri kanan sungai sangat mengujakan. Terutama rumah2 tradisional Melaka. Camna nak pi ke sana eh? Teringin betul nak pi dekat.


Paling aku nak pi.. Kg.Morten sempena nama omputih mana ntah.. masih terjajah minda kita walau sudah merdeka berpuluh tahun.

A088 
Dan mereka (kaum Yahudi) berkata pula: "Hati kami tertutup (tidak dapat menerima Islam)". (Sebenarnya hati mereka tidak tertutup) bahkan Allah telah melaknatkan mereka disebabkan kekufuran mereka, oleh itu maka sedikit benar mereka yang beriman. (Al-Baqarah 2:88


Trip akan datang kita ke kampun seberang pulak. Jalan2 makan angin di kampung Melaka.


Ada jambatan Hang Tuah, jambatan... err.. lupa la pulak. Jamatan ni pun kalau korang bole baca tulisan tu.. baca sendiri ya. Hehehe

A089 
Dan ketika datang kepada mereka sebuah Kitab dari Allah (Al Quran), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka (Kitab Taurat), sedang mereka sebelum itu sentiasa memohon (kepada Allah) kemenangan atas kaum kafir musyrik (dengan kedatangan seorang Nabi pembawa Kitab itu). Setelah datang kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya (Nabi Muhammad dan Al Quran), mereka mengingkarinya; maka (dengan yang demikian), laknat Allah menimpa orang-orang yang kafir ingkar itu. (Al-Baqarah 2:89)


Yang best naik bot waktu siang ni, kita boleh tengok kiri kanan sungai dengan jelas. Lukisan2 mural di belakang bangunan sangan menarik perhatian.

 

Kalau naik waktu malam, belum tentu jelas semua ni. Tapi malam pun best katanya. Sebab sungai dihiasi lampu2. Bercahaya.
 
A090 
 Sejahat-jahat perkara (yang mereka lakukan) ialah perbuatan mereka membeli kesenangan dirinya sendiri dengan mengingkari Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah, kerana dengki bahawa Allah menurunkan dari limpah kurniaNya (wahyu) kepada sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya (iaitu Nabi Muhammad s.a.w). Dengan sebab itu sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan Allah bertalu-talu, dan orang-orang yang kafir itu akan beroleh azab sengsara yang menghinakan. (Al-Baqarah 2:90)


Di sini juga ada komuter utk menyusuri sungai dari atas. Malangnya buat masa ni, kemudahan komuter ini hanya ada pada waktu malam saja. Huhuhu...


Hmmm.. dah puas naik bot. Perut lapar la pulak. Kita makan mana2 kedai yg ada semasa balik nanti. Pakai GPS, jumpa la kedai makan Seri Teluk ni. Pinggan aku memang gini la sebab nak makan ngan Emad.. tak boleh nak amik pedas2. Ada soto, nasi ayam, pasembor ayam. Asam pedas berjenis2 ikan ada. Alhamdulillah. Sedap juga.

Ok jom kita balik! Lain kali kita datang lagi.



Friday, January 9, 2015

Rumah Terbalik

A081 
 (Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar), sesungguhnya sesiapa yang berbuat kejahatan dan ia diliputi (ditenggelamkan) oleh kesalahannya itu, maka merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (Al-Baqarah 2:81)

 

Hari untuk balik Kedah. Menjadi kebiasaan bagi kami untuk singgah di Melaka sekejap. Selalunya Air Keroh menjadi pilihan. Kali ni ke Bandar Hilir dan di sini kena tengok GPS. Ini bukan kawasan kebiasaan kami.


Kami singgah di Rumah Terbalik sat. Terletak di belakang Seri Costa Hotel. Antara deretan kedai 2 tingkat di situ.
A082 
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya. (Al-Baqarah 2:82)


Bayaran masuk sehingga hujung Disember RM13.50 dewasa dan kanak2 RM9. Ha aloh... Biasanya RM15. Memang mahal sebenarnya.


Sebabnya bukan rumah tu yg terbalik. Susunan perabot di dalam tu ja yang diterbalikkan. Memang untung gila2 punya bila harga tiket begini.
 
A083 
 Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat". Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya. (Al-Baqarah 2:83)


Budak yang jaga kat dalam tu siap tunjuk cara nak posing macamana. Hmmm.. lantak le.. aku bukan suka posing2 ni. 
 
A084 
Dan (ingatlah), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu: "(Bahawa) janganlah kamu menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan) sesama sendiri, dan janganlah kamu usir-mengusir sesama sendiri dari kampung masing-masing". Kemudian kamu telah berikrar mematuhi perjanjian setia itu, dan kamu sendiri pula menjadi saksi (yang mengakui kebenarannya). (Al-Baqarah 2:84)



Ni saja ja... tiba2 rasa nak capai segala make-up yg telak dilekatkan tu. tak sampai pun. Kalau sampai aku rasa abih barang2 tu.
 
A085 
Kemudian kamu ini (wahai Bani Israil), kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri dan kamu usir satu puak dari kaum kamu keluar dari kampungnya; kamu pula saling bantu-membantu (dengan orang lain) untuk menentang mereka dengan melakukan dosa dan penganiayaan; padahal kalau mereka datang kepada kamu sebagai orang tawanan, kamu tebus mereka; sedang perbuatan mengusir mereka diharamkan juga atas kamu. Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan. (Al-Baqarah 2:85


Tandas pun diterbalikkan juga. Ruangnya dalam rumah ni tak sebesar pun. Bayangkan ruang macam kedai teres tu. Aku rasa, yg di Sabah lebih menarik kut (aku tak pernah sampai lagi la). Sebab yg sana, rumah tu sendiri telah dibina terbalik. Boleh ambil gambar di luar. Baru betul rumah terbalik.

So.. oklah. sat cukuplah. Jom kita pi tempat lain pulak. Lepas tu kita balik rumah.

Thursday, January 8, 2015

MASJID KG. RIMBA TERJUN, PONTIAN, JOHOR

A076 
 Dan apabila mereka (orang-orang Yahudi pada zaman Rasulullah) bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: "Kami telah beriman"; dan apabila mereka berjumpa sesama sendiri, mereka berkata: "Patutkah kamu ceritakan kepada mereka (orang-orang Islam) dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah kepada kamu (di dalam Kitab Taurat mengenai kebenaran Nabi Muhammad) untuk menjadikannya hujah (bukti) yang dapat mengalahkah kamu di sisi Tuhan kamu? Tidakkah kamu berakal?" (Al-Baqarah 2:76


Balik dari jalan2 di Kukup, kami singgah solat di Masjid Jamek Ahmad Shah, Kg Rimba Terjun, Pontian, Johor.



Ya.. masih lagi dalam daerah Pontian. Solat dan rehat2 di sini sebelum ke destinasi seterusnya.
 
A077 
 (Mereka berani berkata demikian) dan tidakkah mereka ketahui bahawasanya Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka lahirkan? (Al-Baqarah 2:77


Ini di kiri masjid. Kawasan masjid ini sangat bersih dan terjaga rapi. Macam dalam taman sebab pokok2 hiasanya sangat terjaga. Alhamdulillah. Bangunan yang kelihatan itu ialah perpustakaan masjid.


Ini pula lanskap di sebelah kanan. Beruntunglah hamba Allah yang melakukannya untuk rumah Allah ini. Semoga pahala berlimpah ruah buatnya.
 
A078 
Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi Kitab Taurat selain dari penerangan-penerangan bohong (dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja. (Al-Baqarah 2:78)


Tandas muslimin dan muslimat. Punya la tak peka hari tu.. selamba ja aku bawa Emad masuk tandas muslimin. Bukan apa.. keliru. Bila ada orag tegur.."Kak.. perempuan di sebelah sini kak".. hehe.. buat muka selamba je la..

  
Ruang di sini juga selesa dan menyegarkan. Tak terasa panas sangat.
 
A079 
 Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu. (Al-Baqarah 2:79


Ada disediakan air mineral utk minum. Lanskap di belakang pun boleh tahan juga kemasnya.
 
A080 
 Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?" (Al-Baqarah 2:80


Ruang solat muslimin.


Ruang solat wanita.

Alhamdulillah. Satu lagi masjid masuk senarai aku. Entah bila pulak akan singgah di sini. Wallahualam.