Friday, May 27, 2011

Bingkisan Buat Busyra

Angah, lepas kakak umur setahun ibu mengandungkan Angah pula. 11 thn dulu. Masa tu kita dah pindah dari SP ke Pmtg Pauh. Ya..jadi warden asrama. Abah pula lepas tu ke USA 3 bulan. Baca di sini. Masa ngandungkan Angah, ibu kerap betul makan burger ngan pizza. Nasi ada juga tapi selalunya kirim kat student suruh beli. Bila abah dah balik kerap pula makan siakap sweet sour.

Alah masa Angah tak seteruk masa kakak. Ofis lak di Pmtg Pasir. Tak lah jauh sgt. Due date Angah? Hhmmm...disebabkan kes kakak lewat keluar, ibu bagitau nurse tarikh period ibu 2 minggu lebih dari tarikh yg betul. Akibatnya, due date kiraan nurse ialah 16/10. Sebab kes operation masa kakak juga, ibu kena ke Hospital Sbrg Jaya. 2-3 kali juga. Leceh betul. Bila scan due date scan 19/9. Apa lagi... makin heran dr n nurse. Ibu ok je. Sebab tok bagitau yg anak2 dia semua lahir lepas 9 bln.. ada sorg 10 bln...ibu or mak ngah.

Masa tu ibu tengah amik master kat USM rasanya. So..nak jadi cerita..dr kata ikut due date scan. Bila dah lepas due, ibu terus tak pi klinik or hospital. Ibu ke Strand Specialist Hospital di SP. Biar mahal asalkan ibu tahu apa yg betul. Dr Tan check semua ok. Tapi dia kata ibu degil tak dengar nasihat dr utk pi hospital. Lantak le.

Masa tu lagi seminggu or dua before tarikh bln 10. Bila Dr.Tan check darah ibu lak kurang. Makanya kena tunggu seminggu lagi baru leh deliver. Dia bagi ubat tambah darah. Dlm pada tu Prof.Quah set tarikh final exam 14/10 sebab ibu kata Angah keluag bln 9. Dia ikut bila ibu boleh amik exam. Aleh2 bila 14/10 Sabtu pagi tu ada contraction. Buku ibu pegang juga. Nak pi exam kul 9am ke nak pi spital? Exam ke spital? Last2 tak tahan sgt ibu pi spital Strand tu le.

Itu la first time rasa sakit. Macamni rupanya rasa nak bersalin. Bila Dr.Tan check bukanya baru 1 cm. Macamana baby nak keluag. So dia bagi peluang. You nak tunggu or operate? Hmmm... let me discuss dgn abah dulu. At last ibu kata operate la..sebab dah lama sakit masih 1 cm. Dlm kul 10 masuk operation theater. Masa Dr operate ibu siap sembang ngan pakar bius n Dr.Tan. You tgh hiris perut I ye Dr? You tgh itu tgh ini. Padahal dah bius tu. Patutnya Dr masa ni I kat exam room. Ambil final paper utk my master...but now in operation theater..alamatnya kena reseat utk paper Prof.Quah.

Dlm pukul 10.45, 14/10 kut Angah pun keluag. 3.7kg sama ngan kakak. Dr kata memang patut operate. Baby you besar. Maka, ikutkan kiraan ibu, Angah keluar selepas cukup 10 bulan. Mungkin betul apa yg tok cakap.

Betul2 lepas abis jahit ibu terus rasa sakit kat tmpt operate. Apalagi, berkali2 la kena inject dgn penahan sakit tapi tak jadi apa. Tahan je la sampai hilang few hours lepas tu. Lepas 3 hari leh keluag hospital dah. Bila ibu mula keja, Mak Siti mengasuh Angah. Kakak pula ibu antag nursery kat opis. jadilah Angah anak mak Siti paling lama, 4thn.

Masa Angah 2 thn Anagh kena asma. Masuk spital 4 hari. Bukannya reti duk diam atas katil, asyik nak berjalan je..ditawafnya wad tu tiap2 hari. Terpaksa la ibu ikut sama sebab nak pegang water drip. La ni Angah dah 11thn...dah pandai berdikari. Boleh tolong ibu dah.


No comments:

Post a Comment