Thursday, December 15, 2011

Daliz Homestay

Dua tahun lepas kami sediakan perkhidmatan Daliz Homestay ini. Sambutan Alhamdulillah terutama musim cuti sekolah sebab ramai yg mendirikan masjid masa tu.

Tak cukup masa nak uruskan terutama bila ada tetamu keluar. Terutamanya tetamu yg meninggalkan segala pinggan mangkuk periuk kuali dalam sinki. Sampah sarap tidak dibuang. Rumah bersepah. Tension gila aku. Sekali tu ada yg biarkan periuk masak maggi atas dapur. Maggi lam sinki. gelas tak berbasuh. Sedangkan Islam amat menitikberatkan Kebersihan.

Satu lagi, tak sanggup dah menanti tetamu yg katanya akan tiba petang. Tup2 jam 10 mlm baru tiba. Ada yg jam 12 mlm tiba pun ada. lainlah kalau kami ada pembantu yg menguruskannya. Penat ooo. Lagipun jika bukan musim cuti tetamu amat kurang. Sebulan mungkin satu atau tiada langsung.

Akhirnya, bagi sesiapa yg mengikuti atau terbaca blog ini, dimaklumkan bahawa Daliz Homestay telah menamatkan operasinya sejak Jun 2010. Kami telah menyewakannya pada penyewa utk perjanjian tempoh sethn (boleh renew). Blog Daliz Homestay tak dapat dibuang kerana diblok entrynya oleh google. Tak tahu kenapa. Ada org godam n tukar pasword kut sejak 6 bulan lepas.

Alhamdulillah. La ni yah nak pikir tentang mencuci/mengemas dan menanti tetamu tiba/keluar. Sesungguhnya rezeki Allah ada di mana2.

1 comment:

  1. teruknya.. kalau aku stay hotel pun aku mengemas katil nak check out..rimas aku tgk semak2..inikan pulak pinggan mangkuk..ish ish..

    ReplyDelete