Tuesday, May 31, 2011

Ketam

Apa itu ketam/crab? Tentu anda boleh jawab. Malah pernah makan ketam. Sedappppp... digoreng, digulai, disambal atau masak apa saja. Yang leceh bila nak makan kena korek isi. Kalau tak pandai alamat rugi makan ketam sebab membazir... ketam la ni mahal. Aku pun dah lama tak beli ketam.



Ini ketam batu/ketam nipah. Ada orang kata tak leh makan ketam batu. Kenapa ya?



Ini ketam apa lak? Ketam rimau? Ntah le..tapi yg ni kita selalu jumpa di pasar2. Ini yg sedap... oh rindunya aku nak makan ketam...


Ini pun ketam jugak. Ketam kayu. Apa? Tak penah tengok? Tak penah makan? Mana bole makan. Ketam ni dibuat drpd kayu. Ya la..la ni mana nak jumpa org pakai ketam ni. Selalu diguna oleh tukang2 kayu/rumah utk meratakan kayu. Yang bercapang mcm telinga tu pemegang ketam tu. Kat situ kita pegang masa nak ketam kayu. Yang warna cerah sikit tu aku tak tau nama apa tapi org guna utk meratakan simen/lantai. Dua2 ni harta khazanah abah aku. Terselit di dinding bilik air rumah. Simpan bagi anak cucu tengok.

Friday, May 27, 2011

Bingkisan Buat Busyra

Angah, lepas kakak umur setahun ibu mengandungkan Angah pula. 11 thn dulu. Masa tu kita dah pindah dari SP ke Pmtg Pauh. Ya..jadi warden asrama. Abah pula lepas tu ke USA 3 bulan. Baca di sini. Masa ngandungkan Angah, ibu kerap betul makan burger ngan pizza. Nasi ada juga tapi selalunya kirim kat student suruh beli. Bila abah dah balik kerap pula makan siakap sweet sour.

Alah masa Angah tak seteruk masa kakak. Ofis lak di Pmtg Pasir. Tak lah jauh sgt. Due date Angah? Hhmmm...disebabkan kes kakak lewat keluar, ibu bagitau nurse tarikh period ibu 2 minggu lebih dari tarikh yg betul. Akibatnya, due date kiraan nurse ialah 16/10. Sebab kes operation masa kakak juga, ibu kena ke Hospital Sbrg Jaya. 2-3 kali juga. Leceh betul. Bila scan due date scan 19/9. Apa lagi... makin heran dr n nurse. Ibu ok je. Sebab tok bagitau yg anak2 dia semua lahir lepas 9 bln.. ada sorg 10 bln...ibu or mak ngah.

Masa tu ibu tengah amik master kat USM rasanya. So..nak jadi cerita..dr kata ikut due date scan. Bila dah lepas due, ibu terus tak pi klinik or hospital. Ibu ke Strand Specialist Hospital di SP. Biar mahal asalkan ibu tahu apa yg betul. Dr Tan check semua ok. Tapi dia kata ibu degil tak dengar nasihat dr utk pi hospital. Lantak le.

Masa tu lagi seminggu or dua before tarikh bln 10. Bila Dr.Tan check darah ibu lak kurang. Makanya kena tunggu seminggu lagi baru leh deliver. Dia bagi ubat tambah darah. Dlm pada tu Prof.Quah set tarikh final exam 14/10 sebab ibu kata Angah keluag bln 9. Dia ikut bila ibu boleh amik exam. Aleh2 bila 14/10 Sabtu pagi tu ada contraction. Buku ibu pegang juga. Nak pi exam kul 9am ke nak pi spital? Exam ke spital? Last2 tak tahan sgt ibu pi spital Strand tu le.

Itu la first time rasa sakit. Macamni rupanya rasa nak bersalin. Bila Dr.Tan check bukanya baru 1 cm. Macamana baby nak keluag. So dia bagi peluang. You nak tunggu or operate? Hmmm... let me discuss dgn abah dulu. At last ibu kata operate la..sebab dah lama sakit masih 1 cm. Dlm kul 10 masuk operation theater. Masa Dr operate ibu siap sembang ngan pakar bius n Dr.Tan. You tgh hiris perut I ye Dr? You tgh itu tgh ini. Padahal dah bius tu. Patutnya Dr masa ni I kat exam room. Ambil final paper utk my master...but now in operation theater..alamatnya kena reseat utk paper Prof.Quah.

Dlm pukul 10.45, 14/10 kut Angah pun keluag. 3.7kg sama ngan kakak. Dr kata memang patut operate. Baby you besar. Maka, ikutkan kiraan ibu, Angah keluar selepas cukup 10 bulan. Mungkin betul apa yg tok cakap.

Betul2 lepas abis jahit ibu terus rasa sakit kat tmpt operate. Apalagi, berkali2 la kena inject dgn penahan sakit tapi tak jadi apa. Tahan je la sampai hilang few hours lepas tu. Lepas 3 hari leh keluag hospital dah. Bila ibu mula keja, Mak Siti mengasuh Angah. Kakak pula ibu antag nursery kat opis. jadilah Angah anak mak Siti paling lama, 4thn.

Masa Angah 2 thn Anagh kena asma. Masuk spital 4 hari. Bukannya reti duk diam atas katil, asyik nak berjalan je..ditawafnya wad tu tiap2 hari. Terpaksa la ibu ikut sama sebab nak pegang water drip. La ni Angah dah 11thn...dah pandai berdikari. Boleh tolong ibu dah.


Thursday, May 26, 2011

Secangkir teh

Sudah lama aku tak beli dan baca novel begini. Terbaru aku dapatkan dua buah buku ini. STPL oleh Ust Hasrizal. Buku menceritakan pengalaman semasa belajar di Jordan dan sering ke Turki bertemu rakan2 Turki beliau. Sudah tentu beberapa nasihat dan motivasi diselitkan bersama.

Secangkir Teh Pengubat Letih

PKD pula menceritakan kisah benar penawanan kapal Mavi Marmara dalam misi penghantaran bantuan ke GAZA. Sedih juga bila baca buku ni.



Bagi peminat2 buku atau meminati penulisnya, boleh la cuba membaca.

Tuesday, May 24, 2011

Air

Pernah tak rumah tak dak air = bekalan air dihentikan sementara? Tentu pernah. Bagi rumah yg ada tangki air ok juga. Kalau tak dak? Apa solution kita?


Di bawah



Di atas


Ini botol2 air simpanan kat rumah mak. Bila tak dak air, air dlm botol2 ni la kami guna utk ambil wuduk, bersuci, memasak. Nak mandi? Sorg sebotol pandai2 la jimat. Dlm tong pun ada juga mak/abah simpan air. Beringat2 sebelum air tak dak.



Monday, May 23, 2011

Camne ye?

Semalam lepas mandi tiba2 Yah bertanya.

Y: Abah, air mani tu apa?

A: (terkebil2 juga)

I: Mana Yah dengar?

Y: Kat sekolah. Cikgu sebut.

I: Air mani tu keluag bila org laki penat buat gheja. Penat sgt2. (padahal ini air wadi)

Y: Org laki je ke? Keluag kut 'situ' ka?

I: Org pompuan pun ada.

Y: Abih tu? Macam air kencing tu ka?

I: Tu air kencing..mana sama.

Y: Warna dia lain ka? Kena mandi wajib ka?

I: Kena la mandi wajib.


Pastu dia diam. Paham la kut. Susah juga kalau nak story. Bagaimana ya kalau pendidikan seks diadakan utk sekolah rendah...harus pening mak bapak nak story. Cuba baca link ini.

Thursday, May 19, 2011

Tak diajar atau tak makan ajar?

Ini sikap masyarakat kita. Sudah diajar tapi tak makan ajar. Makin diajar makin tak terajar. Jadi bagaimana mau mengajar generasi baru yg perlukan ajaran?

Bungkusan2 yg masih baru..belum 5 minit dibuang. Lepas makan terus buang dlm longkang. Tak masuk, disepaknya bagi masuk. Siapa pelakunya?

Anak2 yg balik dari tusyen. Di sekolah pasti belajar kesalahan2 yg tak boleh dibuat disekolah. Pasti diajar kesedaran sivik. Tentu ada sikap2 murni yg ditanya oleh guru. Tapi, dibuatnya juga. Aku pula hanya melihat...hmmm aku pun sama kurangnya..nak keluar menegur aku tak larat...x de mood langsung. Pikir2 silap tegur nanti mak bapak mai hambur. So, macamana? Sekadar berkongsi.

Thursday, May 12, 2011

Sedih

Allahuakbar! Balik dari ambil mentua aku di klinik pagi ni baru aku nampak. Patutlah masa keluag tadi aku rasa tayar keta lain macam. Aku dah terlanggar anak kucing yg aku story corat-coret. Mati. Aku terus parking keta n masuk rumah.

Yah dah mata merah. Rupa2nya dia dah nampak meow mati. Apa lagi...mengamuk tak mau pi sekolah. Sudahlah hari ni periksa sains dan English. Mengamuk dia...

"Meow..meow..meow...Yah sayang kat dia..kesian kat mak dia..meow..meow...nanti yah tak leh buat periksa...yah teringat kat meow."

Ahhh...camne ni? Kita cari yg lain nanti...nanti tok (makcik yg mai tolong kemas2 rumah) bawa mai yg lain. Yah tak mau..nak yg tu juga.

Adus..meow...camne kau leh ada kat situ. Masa aku undur keta dia lintas bawah tayar rasanya. Kesian kat dia. Tok/makcik Aini tolong amik buh lam plastik. Aku tak mampu nak tengok.

Tuesday, May 10, 2011

Corat-coret

Ini? Kasut Yah. Jumaat lepas masa nak pi sekolah, kasut basah dek air melimpah depan pintu. Jemur kat panas masih lembab. On the way pi sekolah jemur kat dashboard kereta kut2 kurang lembabnya.


Ini bukan kucing belaan kami. Tapi anak meow ni kerap masuk rumah dan beristirehat bawah sofa. Yah ngan Angah lak dok bagi makan. Apa lagi..makin rajin la dia. Tapi dah lama meow tak masuk umah. Takut kut sebab baru2 ni aku halau dia guna A4 paper je. Dia terkejut gila terus cabut dan tak masuk dah tapi masih ada di luar rumah.

Bukan aku tak suka kucing. Aku tak mau nanti dia membuang rata2 kat laman or beranak pinak. Nak buang kesian. Biar je la dia merayau kat luar tu.

Monday, May 9, 2011

Hari Ibu

8 Mei-SELAMAT HARI IBU.

Jumaat. Lepas amik Angah dari tusyen, dia nak beli kek. Angah ada duit. Ok la..Aku ingat dia nak makan. Malam tu dia bagi kotak berbalut cam hadiah kat aku. Rupa2nya kek 2 biji. Sebiji 6 kupang (60sen) seperti gambag di bawah. Aku rasa sikit selebihnya Abah n Yah abiskan.

Sabtu. Adik aku ajak makan2 di SP hari Sabtu. Bawa mak abah la. Aku malas betul. Panas. Tak tahan. (Memang ya..weekend baru ni panas betul..nak tidog pun tak bole). Petang aku terbaca sms mak aku "Apa habg rstu ibu agar smua dn rjin bca quran walu satu hruf sahari semuga dpt sapayaat dr barzah slm mahabbah dr ibumu". Rasanya dia antag kat semua anak dia. Aku diam je. Mak mimpi apa...huhuhu

Petang Yah ajak abah p Longwan. Angah kata Yah nak beli hadiah kat ibu la tu. Balik dr Longwan aku kata "Tkasih". Hehehe..nothing yet. Malam tu sekotak hadiah di atas katil. Tempat letak pen..RM6.50. Yah guna duit sendiri.

Yah ngan Angah tanya abah bagi apa? Abah diam je...Ibu nak basikal la abah kata Angah. Tak..tak..Ibu nak beg duit kata Yah. Beg duit ibu dah rosak....kesian kat ibu... hahaha...
ya la..kan ibu penah kata nak basikal..abah yg tak ingat...huhuhu

Aku penah pesan kat anak2. Tak yah beli apa2 kat ibu. Belajar rajin2 dan jgn lupa solat. Kalau nak bagi juga bila besag nanti beli tiket percutian utk ibu ngan abah melancong...hehehe


Ahad pagi aku sms SELAMAT HARI IBU kat mak. Mak tepon balik. Hang sms SELAMAT apa? Tak dak apa pun? La..dah taip dah..Selamat hari Ibu. Mak kata ada selamat je... Ye ke? Rasa aku la..dia nak dengag dari mulut anak dia kut..anak yg tak reti yg luahkan rasa secara direct..semua pendam je...Aku memang pendiam dan tak reti luah bab2 sayang menyanyang ni...huhu