Friday, December 6, 2013

Hari bermulanya perjalanan pertama

 A030
Itulah yang wajib dipatuhi; dan sesiapa yang menghormati hukum-hukum Allah maka yang demikian menjadi kebaikan baginya di sisi Tuhannya. Dan dihalalkan bagi kamu binatang-binatang ternak, kecuali yang dibacakan kepada kamu (tentang haramnya), maka jauhilah kekotoran syirik yang disebabkan oleh penyembahan berhala, serta jauhilah perkataan yang dusta, -(Al-Hajj 22:30)


Aku menghitung hari. Dua hari sebelum bertolak kami dah ke Sg.Petani. Mak dah siap sedia ngan kenduri utk kami. Alhamdulillah.. ini juga menjadi penyebab suami boleh meninggalkan solat Jumaat (hari bertolak) kerana bermusafir awal. 

NASIHAT AKU: Sebelum meninggalkan rumah jgn lupa azankan di empat penjuru rumah.

Sepatutnya daftar di kompleks TH Bayan lepas jam 8.30am sebab kapal jam 12.30pm. So nak ke sana mlm. Bila diberitahu daftar sebelum 11.30am sebab kapal tunda jam 3.30pm, kami bertolak pagi Jumaat 27 Sept (21 Zulkaedah 2034) dari Sg. Petani. Dua kereta cukuplah. Satu Ayen bawa anak2 aku. Satu lagi Abg.Dee bawa kami dan beg2. Jgn pi ramai2.. menyemak suasana dan kepala otak aku yg berdebar2 ni. Atas jambatan trafik agak perlahan. Lagi la aku nervous.

Tak sampai 30 minit tiba di kompleks dah dipanggil masuk! Rupanya2 kami jemaah akhir...yg lain datang mlm lagi sebab depa dapat surat suruh mai awal. (Masa kami di SP kut surat tu tiba di rumah). Yang bagusnya.. aku tak perlu nangis bagai nak lepaskan si kecik Emad tu... ucap selamat babai dan peluk cium sikit2.. meleleh la sikit2. Alhamdulillah.... Begitu mudah melepaskan anak2.

Kakak dan Angah di asrama. Pandai2 lah jaga diri dan nak balik cuti. Kakak PMR masa aku di sana, moga2 dimudahkan urusan. Yah tukar sekolah dok ngan tok. Emad.... siang di taska ngan mama, malam ummi amik dok ngan dia, weekend makcik amik dok kampung. 

NASIHAT AKU: Selesaikan urusan penempatan anak2 secepat mungkin sebelum para jemaah ke Tanah Suci (yg ada anak2 kecik la..) kalau dah besag2 tak risau dah..

Bila panggil masuk, beg masuk kargo depa timbang kat kompleks, terus antag pi epot. Kita tak yah pikiag bab tu. Heret beg kuning Maybank dan beg galas BSN saja. Yg galas ni nak kena jaga... paspot, tiket, buku kesihatan dan buku2 doa semua ada dlm ni. Aku hampir tertinggal buku doa (terpaksa Ayen patah balik amik sebelum kami dah jauh bertolak). Buku doa bertali memang sentiasa digunakan di sana.

PERINGATAN: Jgn lupa bawa buku doa yg diberi oleh TH. Buku yg kita pi kursus Haji. Buku solat2 sunat kalau rajin sila bawa. Buku2 soal jawab haji, panduan haji dan umrah. Semua ini amat membantu semasa di sana sebagai rujukan.

Selepas taklimat dan doa, dalam 10.30am, kami KT50, menaiki 6 bas  ke airport. Hujan agak lebat masa tu. Seronok rasa bila sepanjang perjalanan kami dari kompleks ke airport, penduduk2 berhampiran jalan akan keluar melambai2 bas kami.. mereka seperti turut meraikan dan mendoakan kami.

Gambar ketika pertama kali berihram. Masih rasa seperti bermimpi
Berkessempatan berjumpa Pn. Roza Roslan, Isteri Prof.Kamil.
 Buku2 seperti 50 tips haji, anekdot madinah, panduan haji etc oleh MKI juga amat membantu bakal2 jemaah. Silalah cari ruang utk membacanya. Insyaallah ia dapat membantu serba sedikit. Mudah-mudahan bermanfaat.

Selama ini hanya melihat gambar saja.. bagaimana bila menatapnya sendiri? Subhanallah.. memang cantik binaan manusia yg dikurniakan ilmu utk memanfaatkanya.

Allahuakbar.. Tak sabar rasanya nak menatap Baitullah yg selalu di lihat di TV atau gambar saja. Nanti aku sambung cerita di airport pula. Tungguuuu

1 comment:

  1. Alhamdulillah...moga dapat kekalkan apa yg dibuat disana inshaallah... i just wondering one thing, y jam menara tu tak ikut putaran tawaf...? dari hari tu duk pk...subhanallah...

    ReplyDelete