Friday, December 13, 2013

Maka terbanglah kami...

A031
(Amalkanlah perkara-perkara itu) dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun denganNya; dan sesiapa yang mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Allah maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau dihumbankan oleh angin ke tempat yang jauh (yang membinasakan).(Al-Hajj 22:31)

 

Akhirnya, yang  tersurat  menjadi kenyataan.

 

Kita boleh memilih utk menerima atau menolak tanggungan TH. Kami memilih utk mnerimanya. Tahun depan angkanya mungkin sama, mungkin berubah, wallahualam.

 

Hujan bukan renyai2 lagi.. agak lebat juga sepanjang perjalanan dari kompleks ke airport. (gambar kredit K.Haslina)
 

Kuning tu Turkish Airline kut... sekali lagi gambar ni K.Has punya. T.Kasih.


Inilah kapar torobang kami... Ada cap TH lagi.. K.Has kata mana nak cari kapal ada cap TH.. ni la dia.. sebab tu dia amik gambag ni.

 

Beg (T.kasih BSN) yg akan menjadi peneman setia kita bermula dari saat ini hinggalah pulang ke sini semula. Segala mak nenek aku sumbat time balik ni. Tak sempat nak proses. Isi2nya yang boleh nampak kat foto ni akan ada cerita masing2 nanti.
Alahai..lupa pulak.. la ni kita dah sampai airport Penang kan. Para jemaah tak perlu melalui pemeriksaaan macam international passengers lain. Semuanya telah selesai masa di Komplex Bayan Lepas lagi. Timbang n daftar beg, ambil boarding pas, cap pasport dsb telah selesai. Sampai sini terus masuk ruang menunggu. Sebab kapal jam 3.30pm, kami solat jamak taqdim di sini. Tikar2 solat telah disediakan pihak TH.


K.Has memang rajin amik gambar. Ini semasa menunggu naik kapal. Selain beg kuning sandang tu... Beg kuning beroda yg berada atas lantai tu berisi keperluan utk sekurang2nya dua hari. Beg2 ini sumbangan MAYBANK..T.Kasih.
 

Beg barangan ni Colgate sponsor kalau tak salah (TKasih Colgate). Minyak cap kapak pun sposor... t.kasih. Kita bubuh isi2nya, letak dalam kargo. Sebabnya, benda2 tajam yg dilarang ada kat sini. Antaranya gunting (utk bergunting/cukur), ketip kuku dan pin baju (ghesang) aku guna utk pin pakaian masa menjemur.
 
NASIHAT AKU: Barang2 yang dapat sponsor bukan semua kita wajib bawa. Pandai2lah membuat pilihan selepas berfikir secara rational. Kalau bawa dan rasa tak perlu utk dibawa pulang, hadiahkan saja pada pembantu2 India, Bangla, Pakistan yg bertugas di hotel kita.


Tiket pi balik aku.... Masa pi aku duk 19F. Balik F lagi! Tau dak kat mana? Seat kapal aku (KT50 dlm 279 jemaah) 2-5-2. Aku yg kat tengah2 5 tu... Sungguh tak best sebab susah aku nak keluag pi tandas atau jln2 melawat jemaah lain..(ya la tu...hehehe). So masa balik aku tukag ngan Suami. Dapat la G. Sori la K.Has tak duduk sebelah awak... hehehe

Cantik tak foto ni? Bukan aku amik.. K.Zaleha punya...T.Kasih K.Leha. Semua gambag yg aku amik pakai Nokia X2 ja.. K.Has n K.Leha pakai kamera betul.. Masa ni 27/9/2013 111.04pm. Aku rasa masih waktu Malaysia..bermakna masa ni kapal dah nak landing di Jeddah.. dah 7.04 waktu Jeddah n nak masuk Isyak dah...


P:S: Kat mana lagi aku nak ucap terima kasih kat sponsor2 kalau tak di sini. Depa memang tak baca blog aku... tapi tak salahkan?


No comments:

Post a Comment