Friday, February 21, 2014

Mabit di Muzdalifah

A001
Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian. Dihalalkan bagi kamu (memakan) binatang-binatang ternak (dan sebagainya), kecuali apa yang akan dibacakan (tentang haramnya) kepada kamu. (Halalnya binatang-binatang ternak dan sebagainya itu) tidak pula bererti kamu boleh menghalalkan perburuan ketika kamu dalam keadaan berihram. Sesungguhnya Allah menetapkan hukum apa yang Ia kehendaki. (Al-Maaidah 5:1)


Bila bas tiba di Arafah, jgn berebut2. Tak akan ada yg ditinggalkan. Pihak TH amat menjaga para jemaah. Lagipun masing2 ada no bas utk dinaiki. Tapi ada juga yg dibenarkan naik mana2 bas... maka kami memilih ini walaupun berdiri. Jaraknya dgn Muzdalifah dlm 30 min. Yang warga tua agak kasihan.. penat sebab usung beg beroda ke sini pula. Tapi Insyaallah.. Allah bersama hamba2Nya.

Di Muzdalifah. Kawasan kita ialah satu tanah lapang yg telah dikhaskan utk jemaah2 mengikut negara. Jgn tersesat masuk kawasan maktab lain sudah. Tujuan utama utk bermabit. Ada doa utk dibaca di sini. Semuanya ada di dlm buku panduan doa ibadah haji. Kemudian buatlah aktiviti masing2. Ada sorang makcik tu.. tercari2... "cari apa makcik?" aku tanya. Cari suami.. maktab berapa tak ingat.. KT mana tak ingat.. "Tag nama makcik mana?" Pada suami... Allahuakbar. Bagaimana ya? Serahkan pada petugas TH yg sentiasa ada bersama kita... Makcik ni akan selamat dlm penjagaan mereka dan pemeliharaanNya. Memang susah kalau tak ada semua tu nak cari orang. Kita berada dlam lautan manusia berpakaian putih..semua kelihatan serupa... tiada bezanya walau siapa kita...


Ada yg ambil kesempatan melelapkan mata sementara menanti waktu tengah malam. Bermabit cukup sekadar seketika walau hanya seminit sudah memadai. Berada di bumi Muzdalifah atau lalu sahaja selepas tengah malam sudah dikira sah. Kat mana pernah nampak tikar hijau tu? Di Arafah kan? Hah.. memang berguna.. dah diberi jgn lupa packing masa di hotel ya. Buat hamparan utk rehat2.


Disunatkan juga mengutip tujuh biji anak batu dari tanah Muzdalifah.. anak2 batu sebesar kacang kuda... bukan besar mana pun. Sunatnya 7 biji di sini. Nak kutip lebih silakan. Atau nak tunggu kutip di Mina, pun boleh. Nak bawa dari tanah air pun bole tapi hilanglah pahala sunatnya...kan berat beg nanti. Batu tak ada sebab ramai dah ambil? Huh.. jgn merepek.. ini bumi Allah. Beribu tahun berlalu tetap ada batu utk kita. Subhanallah. Aku sebutkan kita dibekalkan maggi di Arafah.. ada sudu sekali. Sudu tu la kami buat korek utk cari batu. Errr.. aku pakai sudu besi.. mana datang ya.. teman sebilik bagi. Dia bawa dr Malaysia... Syukran.


Batu2 yg dikutip ada syaratnya. Amat penting ia mestilah betul2 batu. Bukan batu binaan konkrit atau batu runtuhan bangunan. Bukan tanah berketul yg jadi batu. Mesti batu! Satu cara, bubuh batu dlm botol mineral, bubuh air dan goncang. Jika ia tanah, ia akan lerai masa goncangan. Ada juga batu degil. Maklumlah.. malam2 bila kutip bukan boleh pasti sgt dgn kecerahan lampu yg tinggi tak dapat pastikan ia betul2 batu atau tidak. Kami kutip sorang 70 biji, bukan semuanya batu.

Lepas tu.. belek2 lagi.. ni nampak macam konkrit simen ja... buang sebab nanti melontar tidak sah. Pilih betul2. Tak puas hati lagi? Suami ambil uji setiap biji yang tinggal.. diketuk2nya pada batu besar yg ada di situ.. ada yg lerai bila degil masa goncangan botol tadi. Buang.. jgn digunakan.  Jadi yg tinggalnya dah kurang 70 biji. Tak apa. kita kutip di Mina nanti.

Kemudian, berehatlah sementara menunggu tengah malam. Masuk saja tengah malam.. pengumuman dibuat utk bersiap sedia bertolak ke Mina.  Ikut no bas diberi, berbaris.. jgn berebut. Semua menuju tempat yg sama.. tujuan yg sama.. dengan pakaian yg sama. Allahuakbar...

A056
 
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Adz-Dzaariyaat 51:56)

1 comment: