Thursday, August 7, 2014

Aidilfitri 2014

A009
Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh keampunan dan pahala yang besar. (Al-Maaidah 5:9)

Giliran raya tahun ni semua berkumpul di Sg.Petani... memang riuh rendah la...

 

Hari akhir berbuka posa ramai2... masing2 tak sabag2 tunggu azan... baik yg posa apatah lagi yg tak posa...


Cucu lelaki yg besag dia dok jauh sikit sebab cucu2 lelaki kecik2 lagi.. masing2 tengok je pinggan..

 

Abis ja berbuka dan solat.. ni aktiviti wajib.. diketuai oleh yg baju hitam tu... supplier lagi tu... berbaris la anak2 buah ngan bapak2nya sekali nak amik bunga api..


Mercun boih boih ka apa ka tak tau la... nak kena pantau gak ni.. bukan boleh harap sgt..





Pagi raya berderet la kat parking ni.. tak cukup satu sebab dia kena gheja pagi2 raya. Tahun ni turn dia gheja.. tghari baru balik..



 Ni cucu2 yg tak cukup umog lagi ni... yg lain semua dah besag.. asyraf.. aulia.. solha.. lili.. akashah dan emad.


Susah betoi nak amik gambag dia. Sampin pun pinjam akasyah punya sebab emad nak sampin besag..


Beria2 je 3 teruna ni nak ke surau... yg kecik tu pun sakan juga hari ni... orang dah abih makan wei.. balik la.. makan kat umah pulak..


Anak dara ramaiiii.. hampa buat la pulak.. aku dah letih ni...


Masa utk menggoreng... kalau dah ada begedil tu maknanya soto la kali ni.. kenyang sepanjang hari sebab ada rumah jamu sate n laksa. Ada rumah nasi dagang. Ada rumah meehon sup..


Tak cukup lagi ni... cucu tok Minah ngan ngan tok Mezon bercampog... tok Minah 17 tok mezon13.. ni mana cukup ni... Monopolinya anak2 dara la..


Malamnya... letihhhh.. aku pun dah nyut2 kepala ni... panas sebab sepanjang hari bertudung.. Sabar je lah. Esoknya raya kedua dah berkurang.. Sorang balik Bukit raya pendang.. next cabut balik Kodiang.. pastu sorang lagi Semanggol.. n Kami pun balik Lunas.


Selalu lepak kat SP or ulang alik dari rumah selama seminggu cuti raya. This time my laki ajak balik BP la pulak.. so b4 maghrib tu kami pun bertolak balik.. henti solat.. tidor lagi.. sampai la BP masa azan subuh Raya ke3.

Balik semula Jumaat pagi.. Sampai dah petang. Sabtu lak hantag budak2 balik asrama.. bila nak beraya? Dah ke AS tu terus la ke umah sedara2 yg sempat... next week susun kat SP pulak la mana yg tak jumpa lagi.. Open house sendiri? Tak de nye.. nak mai bagitau then aku bole masak special...


No comments:

Post a Comment