Tuesday, August 19, 2014

Lawatan JSKM ke CAP

A088
Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman. (Al-Maaidah 5:88

Buat pertama kalinya jabatan aku mengadakan lawatan yang boleh dikatakan akademik  la juga.. ke Persatuan Pengguna Pulau Pinang, CAP.

 
 
 Ketibaan kami disambut Pn.Saleha, salah seorang staf di situ. Bangunan CAP merupakan bangunan zaman British yang ada sejarahnya sendiri.  AKu tak tanya lanjut.. tapi boleh nampak di dalamnya tida ubahsuai.. kekalkan seperti sedia ada.


Sampai ja sana, terus masuk bilik yang disediakan kerusi rotan ni... terasa klasik kejap.. Di situ, Mr.Lim terangkan apa yag akan kami lalui selepas ni.


Sesi 1: Taklimat oleh Mr.Lim mengenai bahaya kosmetik2 di pasaran...hmm... sapa yg rajin bersolek tu.. bolehlah pikirkan...



Diikuti kandungan gula berlebihan dalam makanan.. ho ho ho.. ini yang masalahnya. milo? vico? sos cili? Nak kena tamanam pokok koko la pasni.. pastu semai cili n prodes buat sos sendiri... Air gas memang dah lama tahu dan aku pun memang tak suka minum.. yang paling best MAGGI MEE. Dah tahu bahaya.. 136 bahan berbahaya ada dalam tu... pada peminat tegar maggi.. sila ambil perhatian.


Sesi 2: Kami dibawa ke kebuh organik dan tanaman herba. yang suka bercuck tanam memang teruja bila sampai di sini. K.Sha, Koni, K.Hanim, K.Sarina.. bersemangat membeli belah di sini,,


Termasuklah cara2 menyediakan baja organik sendiri di rumah. Yang ini menggunakan kaedah pembiakan cacing. Juga diterangkan cara membuat penghalau serangga sendiri. Iaitu.. campurkan telur (dgn kulit2nya sebiji gitu saja) dalam air lemon dan dibubuh gula merah. Biarkan 2-3 minggu hingga telur tu larut. Taraaa.. dah boleh sembur pada tanaman.


Ini perbincangan pihak2 bertanggungjawab memantau perjalanan lawatan... hahaha.. depa ada cerita sendiri kat situ..

 

Aku siap tanya.. buat apa tanam lalang ni? At least.. aku tanya.. ada yg kata rumput.. ada yg kata padi.. hohoho.. semua salah wei.. ni pokok ragi.. bunganya digunakan utk buat ragi.. ragi yg orang guna masa buat roti tu..


Selesai di kebun.. Masuk dalam balik utk Sesi 3. penerangan ringkas tantang pencemaran dan kesannya. Diikuti taklimat dari naib Presiden CAP dan akhir sekali Presiden CAP.


Akhirrrr sekali. Penyampaian cenderahati pada Presiden, SM Mohamed Idris. Ikut kata Farah usianya hampir sama ngan Tun Mahathir. Selesai majlis ni.. beramailah shopping buku2 yg ada kat belakang tu. Pastikan beli dan baca ya.. jgn beli buat pameran di rumah pulak..

No comments:

Post a Comment