Tuesday, January 27, 2015

Mancing dan BBQ lagi.

A103
Dan kalau sebenarnya mereka itu tetap beriman dan bertaqwa (nescaya mereka akan mendapat pahala); sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui. (Al-Baqarah 2:103

 

Dah 2 tahun tak memancing. rasa gian la pulak. Aku pun ajak maklang mai SP. Ada geng macing baru best.

 

Maklang memang kaki mancing. Mak ngan makngah pun ya jugak. Tapi sejak mak sakit lutut.. dia tak join the club dah. Makngah pulak hari ni ada hal. 

 

Jalan ni muat utk sebuah kereta ja. Ikan memang banyak tapi yg makan umpannya.. alahai. Susah betul nak lekat.

 
 
Umpan kami.. cengkerik yg dibeli di kedai akuarium. Maklang bawa dari Alor Setar. Aku bawa badan ngan keta aku la. Ooo Angah ja ikut masa ni.


Tak sampai 5 minit dah dapat puyu. Puyu2 pun sebesar 2-3 jari ja. Tak dapat yg besar. Bagi maklang bawa balik. Dia dok buat pekasam jual. Aku malas nak siang sebenarnya. Renyah nak siang puyu kecik2 ni. Sakit jari.

A104
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengatakan: "raaina", (ketika kamu berkata-kata dengan Nabi Muhammad), sebaliknya katakanlah: "unzurna", dan dengarlah kamu (segala perintah dengan sebulat hati menerimanya); dan (ingatlah, bahawa) orang-orang kafir itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Al-Baqarah 2:104)

 

 Tau dah. Hari ni jugak ada BBQ idea laki aku. Tapi yg nak urus tu orang lain. BBQ no 2. Yg penting aku dapat mancing. So..

 

 Balik mancing depa dok makan dah. Tak pa.. tak kisah pun. Sat gi aku join la makan. Ramai tu ha yg boleh tolong. Takat aku ngan Angah pi mancing tak dak kesannya aihhh..
 
A105
Orang-orang kafir dari Ahli kitab, dan juga dari orang-orang musyrik, tidak suka kiranya diturunkan kepada kamu sedikit dari kebaikan (atau wahyu) dari Tuhan kamu Padahal Allah berhak menentukan rahmatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah (jualah Yang) mempunyai limpah kurnia yang amat besar. (Al-Baqarah 2:105
 
 
Ayam memang abih depa balun la. Masih banyak kerang, udang lipan, sausage, burger. Makan ja la. tak dak nasik pun kenyang dah.
 
Ada aiskrim la pulak. Siap ngan kon lagi. Apa lagi.. pakat berebut aiskrim macam tak penah jumpa.  Ni sebab dah lama sangat tak buat bbq la ni. Pastu send gambag kat org S.Alam yg tak balik ngan orag KL yg pi Kuala Krai bantuan banjir.. hahaha biar terliug depa.

 
 

No comments:

Post a Comment