Thursday, March 5, 2015

Umrah 1

A121 
Orang-orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi. (Al-Baqarah 2:121

Umrah 2015 bukan sesuatu yang pasti dalam perancangan kami. Mula2 aku cadang 2016 nak bawa Auni saja lepas dia SPM. Ntah camna.. tiba2 terlintas nak angkut semua termasuk mak dgn abah sekali. Jadinya.. agak kalut juga mencari tarikh sebab aku nak cuti biar termasuk Raya Cina. Jadi, kuranglah sedikit cuti yg perlu dipohon.


Akhirnya, inilah pilihan kami dengan Juara Travel. Yang berpatutan dengan bajet yang ada. Kalau nak ambil agen yg top-top kenalah aku pun top up banyak lagi.. maunya RM1000 seorang. Ini pun Alhamdulillah. Cuma kena transit dan tukar flight agak meletihkan.
 
A122 
Wahai Bani Israil, kenanglah akan limpah kurnia nikmatKu yang telah Kuberikan kepada kamu, dan Aku telah melebihkan (datuk nenek) kamu (yang taat dahulu) atas umat-umat yang lain (yang ada pada zamannya). (Al-Baqarah 2:122)


Kursus umrah? Hehehe.. sekali saja aku bawa family ke rumah Ust. Ku, agen di Kedah. Kursus khas utk kami saja malam tu. Jadi santai2 sambil makan2 lagi. Ada sebulan saja lagi. Anak2 pulak yang di asrama susah nak balik. So.. kejar masa yang ada.
 
A123 
Dan peliharalah diri kamu dari (huru-hara) hari kiamat (yang padanya) seseorang tidak dapat mengganti atau melepaskan orang lain sedikitpun, dan tidak akan diterima daripadanya sebarang tebusan, dan tidak akan memberi manfaat kepadanya sebarang syafaat; dan orang-orang yang salah itu tidak akan ditolong (dari azab sengsara). (Al-Baqarah 2:123)


Agak kelam kabut uruskan umrah ni rupanya. Patutlah orang rancang kurang2nya 3 bulan awal. Paspot alhamdulillah selesai awal utk Kakak dan Angah. Yg lain memang dah ada. Mak abah pulak minta adik dan kakak aku uruskan.


Gambar visa pun kedai berbeza ni. Mana yang sempat singgah terus ambil ja. Sebabnya nak kena hantar semua dokumen segera ke KL utk kelulusan Wisma Putra? Entah.. biar agen uruskan.
 
A124 
Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)". Allah berfirman: "(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim." (Al-Baqarah 2:124)


Hari yang sama juga mak abah di Sg.Petani pi cucuk vaksin. Anak2 pun cucuk hari yang sama di sini. Aku dan suami guna vaksin haji 2013 yang valid utk 3 tahun. Selamat.
 
A125 
Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman; dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang yang rukuk dan sujud". (Al-Baqarah 2:125


Surat nikah pun petang tu juga suami ke Pejabat Agama utk dapatkan pengesahan. Tak boleh pengesahan orang lain.


Surat beranak anak2 pula kena pengesahan JPN. Pun pada hari yang sama kami selesaikan. Jadinya, dalam sehari, dari pagi ke petang, dapatkan vaksin anak2, pengesahan pejabat agama dan JPN, cukupkan duit utk bayaran 8 orang dan zoooommmm... selesai semuanya sehari. Terus ke Rumah ustaz si Singkir Darat dekat Bujang nun utk penyerahan semua dokumen.

Alhamdulillah.. selesai bab itu, tunggu visa la pulak. Seminggu sebelum berangkat visa semua dah dapat. Tak perlu tunggu last minit. Persiapan barang2.. hahaha.. ini last minit.. esok nak bertolak, malam tu baru nak kemas2. Tapi tak banyak pun sebab barang2 dah ada cuma masukkan dalam beg saja. Okey.. selamat berangkat.

1 comment:

  1. ������ cerita la lagi...

    ReplyDelete