Tuesday, September 14, 2010

Bunga api

Tahun ni aku berjaya tak beli bunga api. Semuanya adik aku dan adik ipar aku sponsor. So, malam 29 Ramadhan, 1 Syawal dan 2 Syawal sakan la depa main.

Dalilah dgn bunga apinya

Mekrap dgn abahnya

Amir Akashah (abang Amir Asyraf)

Tengok apa tu?

Hanani yang tak peduli orang dah

Seronok betul depa main

Solha (adik Hanani)

Dalili si anak patung bergerak ni

Raya datang lagi

Petang sebelum raya. Mak aku sibuk di dapur. Apa lagi kalau tak dengan mee bandung dia yang terkenal tu. Mak mentua aku pulak tahun ni raya di sini dek pujukan anak lelaki kesayangannya..suami aku. Kemeriahannya memang tak sama... Keriuhan di sini mungkin memeningkan dia kerana di sana tak riuh seperti di sini...

Hari raya tiba. Cucu-cucu duk kutip duit raya dari tok wan. Tahun ni kami semua terlupa utk bergambar keluarga seperti 2 tahun lepas. Baik kak-kak aku, aku atau adik-adik... semua lupa sebab ramai sangat nak kena monitor....cucu paling tua pun baru tingkatan4. Dah petang baru mak cakap, "Kita tak amik pun gambag kali ni." La...awat tak sound tadi. Jadi tak dak la gambag raya tahun ni.

Dalilah, Awatif dan Solha


Si kecik ni duk tunggu abah dia kat bilik air. Pantang abah dia hilang dari pandangan mula la mencari. "abahhhh, abahhhh.." Abah memang tak senang duduk la. Mama dia relax je sebab dua-dua anak jantan asyik cari abah. Kami duk panggil mekrap(amir asyraf). Duk nangis pun bab posing jangan main. Tambah2 kalau ada flash kamera, ready sokmo.

Buka puasa

Buka puasa hari 28 di rumah mak. Daging (bahagian harimau menangis..sedappp) bakar cicah air asam. Popia goreng dan popia basah kak aku beli. Ikan goreng. Roti John dan ayam percik kami bawa licin sekelip mata disapu anak-anak sedara.

Pulut durian? Ini untuk more malam tu. Sepatutnya more kami 7hb. Aku pilih sebab anniversary kami ke13. Aleh2 mak aku tepon kata ada orang tiba-tiba potong line. Tak reti tengok tarikh ke apa? So more kami kena bawa ke 8hb..malam akhir terawih. Pulut durian dan murtabak. Kami 6 beradik, mak abah, pakngah, sepupu dan pakteh.

Aku tak nampak lain dah. Duk ngadap pulut durian tu la yang diidam sebelum puasa lagi. Riuh rendah time tu aku tak peduli. Maklumlah..6 anak 6 menantu 16 cucu (depa ni amik dan makan depan tv).

Monday, September 6, 2010

Maman

Maman? Apa tu? Penah dengar jeruk maman? Ni la pokoknya yang dijadikan jeruk maman. Dah lama tak jumpa pokok ni. Kecik-kecik dulu aku suka main kacang dia. Ntah camna pagi tadi masa nak pi pasar, aku duk belek rumput liar kat taman. Aku terus cabut. Bila tengok betul-betul pokok maman rupanya. Kalau aku biar dia beranak-pinak dah leh kutip buat jeruk gamaknya. Kalau anda nak tengok pokok-pokok yang susah dah nak jumpa sila ke http://tokpengulu.blogspot.com Macam-macam ada...

Telur

Cuba tengok betul-betul telur ni. Masa aku nak simpan dalam peti ais semalam ada sebiji yang lain dari yang lain. Kulitnya seperti mengecut. Suami aku beli di kedai malam tadi. Aku belek-belek dan nampak ada 2-3 tulisan Allah di situ. Yang paling jelas satu saja tapi tak tahulah kalau di sini tak jelas. Nak jelas kena mai rumah le jawabnya. Nak simpan ke nak masak je? Apa kata anda?

Pagar

Minggu lepas kami satu family cat pagar di bahagian tepi rumah. Pagar kayu yang sama seperti di bawah. Semalam waktu tengahari, suami aku cat sorang-sorang pagar kayu di luar rumah. Ini lah rupanya sebelum dan selepas agar sama dengan gate yang putih...pagar raya 2010.



Thursday, September 2, 2010

Tuju Kasut

Semalam, masa ambil anak-anak di transit, aku duk peghati budak-budak lain main. Ada 4-5 orang budak ni duk susun kasut. Depa main tuju kasut rupanya. Tapi depa guna 4 selipar (2 pasang). Macam kat bawah ni. Dah susun depa baling kasut/selipar ni bagi jatuh menggunakan sebelah selipar/kasut lain.


Dulu-dulu aku main guna 3 kasut saja (1 1/2 pasang). Mencabar le sikit. Nak bagi jatuh pula kami guna bola tenis (kami panggil bola seghalat). Ada dua team. Satu team yang balin satu team yang jaga..ala-ala main macam kriket dan sewaktu dengannya la.. So bila kasut tu jatuh, team yang baling melarikan diri. Team jaga kena amik bola seghalat tadi dan baling kat depa. Bila kena mana-mana bahagian badan, orang tu kira 'mati' la. Bab ni yang tak tahan tu..memang sakit la kalau kena bola ni. Dibuatnya pulak budak laki yang baling/punggai. Harus lebam tu. Lebam pun seronok gak..main punya pasal. La ni jarang nampak budak-budak main tuju kasut. Kalau ada pun macam kat atas tu la. Ruang kecik dan guna kasut juga untuk jatuhkan kasut. Kuranglah thrillnya.