Tuesday, January 22, 2013

Betong, Thailand

Perjalanan sehari ke Betong yang meletihkan. Saja bawa anak2 ke luar negara kononnya... 2 jam perjalanan saja dari rumah. Tiba di sempadan, tunjukkan pasport atau pas sempadan (RM10 utk tempoh 6 bulan boleh masuk sempadan berkali-kali. satu pas maksimum 6 orang) dan geran kereta asal.


Di sebelah Thailand pula, dapatkan cop di imegresennya utk pas dan pasport. Setiap pasport RM2 dan border pass RM1. Duit apa ntah. Pergi ke kaunter dalam utk urusan insuran kereta RM??? lagi. Then selesaikan hal kereta jika drive sendiri RM3 untuk bayaran apa ntah lagi.

Betong Hot Spring. Nak mandi tak boleh. Emad mandi di tandas saja 3bhat. Makcik jaga tandas cakap siam kami tak paham.

Boleh masak telur.
Welcome to Piyamit Tunnel, tinggalan komunis. Nak masuk RM5.
Mak ai...kena panjat bukit ke? Tingginya..
Rehat sekejap. Letih
Penerangan aunti yang boleh cakap Melayu berslanga English
Emad pun masuk terowong yang sejuk macam pasang aircorn

Emad teruja tengok patung komunis tapi takut hendak dekati
Di sini banyak pokok kantan (rasanya lah)
Penat mendaki kita minum ayag nyiog dulu. RM3 sebiji
Seterusnya ke Winter flower garden

Alhamdulillah..masa ni ada bunga
Masa ni paling best...rasa nak cabut ja bunga-bunga tu
Bunga juga tapi bunga apa ya?
 
Bunga lagi


Akhirnya jam 2 lebih kami ke sini.



Lapar..lapar..lapar


Makanannya Alhamdulillah.. Sedappppppp. Angah kata sangat sedap hingga dia rasa nak makan lagi. Apa kata lain kali kita mai 'just to eat'. Perjalanan 2 jam dari rumah. 

Restoren bebeberapa langkah saja dari masjid ni. Jamak zohor dan asar di sini.

Sebelum balik kami singgah pekan Betong untuk beli souvenir. Tapi tak ada yang menarik. Belikan baju dan slipar Emad saja. Akhirnya baju kami dibeli di sempadan sebelah Malaysia juga! Oh ya. Sepanjang di sana boleh guna RM kalau tidak ada Bhat.

Wednesday, January 16, 2013

Anak teruna

Dah 15 bulan usia anak teruna seorang ni. Makin bertambah akal untuk buat itu ini.

Ibu berdoa dan amat berharap Emad akan menjadi anak soleh...boleh imamkan solat termasuk bila ibu tiada nanti.

Kura-kura kecil tu pun mahu dinaiki...kesian kat dia


Ahhh....bekas makanan ni pulak jadi mainan dia.

Wednesday, January 2, 2013

Salam 2013

Alhamdulillah..Allah masih mengurniakan kehidupan yang dilingkungi nikmat kesihatan, rezeki, keluarga dan sebagainya untuk dinikmati pada hari ini. 2013 menggenapkan usia aku ke angak 40. Sudah 40 tahun Allah bagi nikmat yang pelbagai. Alhamdulillah.
 
2013- tinggallah aku suami isteri, Yah dan Emad. Angah mengikut jejak kakak ke Maktab Mahmud Alor Setar. Allahuakbar..tak ada pula foto Angah mendaftar ( maaf Angah ibu lupa) seperti kakak 3 tahun lepas. Mungkin terpengaruh dengan cuaca yang tidak menentu. Angah, kakak dan Awatif (sepupu mereka) ditempatkan sebilik dan katil bersebelahan! Alhamdulillah.
 
Angah sudah pasti teringatkan Emad...Emad amat rapat dengan Angah. Semua yang berkaitan dengan Emad boleh diharapkan pada Angah. Yah...bila Emad buat perangai dia pun buat juga. Masih boleh diharap sikit-sikit.
 
 
Katil yang dulunya dikongsi dengan Angah sekarang menjadi milik Yah. Lihatlah apa yang Yah buat. Sebesar katil queen itu disusun bantal-bantal untuk dia seorang tidur. Ibu tumpang la untuk semalam. Temankan Yah. Oooo.. sebenarnya Yah pun nak duduk asrama. Tunggu..3 tahun lagi...

Monday, December 24, 2012

U.D.D

U.D.D? Apa? Siapa? Ust. Don Daniyal. Dia mai pagi tadi bagi talk/ceramah kat sini. Apa lagi... Angkut anak2 mai dengar sekali. 9am-12.30pm memang tak rasa jemu. Allahuakbar.


Gambag tak clear. Maklumlah..guna hp ja..cahaya, fokus, jarak dll mempengaruhi.


Mula2 tak ghamai.. makin lama makin bertambah umat yg mahu menimba ilmu. Alhamdulillah. mak ayah ust pun ada sama...nun di belakang memang tak nampak la.


Pertama sekali dia kata, "Yakinlah bahawa saya ni Ust Don..bukan org lain." Sempoi habis dgn dressing dia gitu. Alhamdulillah...banyak yg dipelajari.

Tuesday, December 18, 2012

Jalan2 Masuk Kampung: Selama-Bt.Kurau

Pertama kali aku ikut geng NGO Wargakilang utk aktiviti JJMS. Lihat link ini. Di sini boleh dpt maklumat mengenai keluarga yg dibantu. Sebelum ini selalu tertangguh kerana setiap kali depa buat JJMS, aku kena antar kakak balik asrama. Alhamdulillah akhirnya tercapai juga utk bawa keluarga melihat sendiri kehidupan masyarakat yg tidak sebertuah mereka. Harap2 dapat memberi sedikit kesedaran.
Berkumpul di Kulim HiTech utk mengagihkan barang2 sumbangan. Beratus2 kampit beras hasil sumbangan pelbagai pihak. Yang berbaju oren tu adalah geng Wargakilang yg sgt aktif dgn aktiviti2 ini.

Melalui lorong utk ke rumah pertama di Selama. Lihat anak lelaki ini memerhatikan dari dapur rumah. Barangkali terkejut kerana ramai org melalui rumahnya. Anak istimewa kata ibunya yg kebetulan ada di situ. Gambar kanan ini rumah pertama dikunjungi. Ibu tunggal dgn 6/8 anak dan juga menjaga anak2 saudaranya lagi.

Sukanya dia bila aku ambil gambar dia. Senyum besar ke arah kawan2nya.


Buat apa tu? Pakat dok ambil buah dari tuan rumah kedua. Buah pulasan yg sukar didapati sekarang. Anak2 aku tak pernah tengok. Depa kata awat tak panggil "moktan (rambutan) tajam"? Sebab bulunya lebih keras dari rambutan. Orang panggil pulasan sebab nak buka kena pulas kulitnya.

 

Mohawk style? Anak lelaki penerima yg berusia 15/17thn kalau tak salah aku.


Destinasi ke-3. Anak2 yatim piatu 6 beradik kematian ibu bapa akibat kemalangan. Yg sulung lelaki baru nak masuk Tkt2, adik2 semua perempuan. Bersama mereka Mak long yg juga menjaga 3 lagi cucu (bapa  ke hospital kerana sakit...). Rumah sumbangan Baitulmal(kalau tak silap) baru diduduki Selasa lepas. Itu saudara Monier, ketua rombongan.

Destinasi seterusnya melalui kebun manggis. Alahaiiiii...anak2 tak  kenal pokok manggis! "Macamana ibu boleh tau jenis pokok? Macam daun pelam ja." Itulah gunanya pemerhatian dan ketelitian juga pengetahuan.
Kaum lelaki berbaris utk 'passing' barang2 sumbangan buat 8 keluarga di sini. Semoga masing2 mendapat seba sedikit pahala. Barang2 diletakkan di sebuah rumah utk menjimatkan masa. Lihat anak2 yang teruja memerhati....orang ramai atau barang2 sumbangan?


Anak2 dah jemu dan penat. Tapi mari lihat ini. Rumah yang boleh dikatakan pondok. Menjadi tempat berlindung 5 beranak. luas di dlm utk ruang tidur/makan/dapur dsb sebesar bilik tidur saiz biasa. Bayangkan 5 beranak hidup semuanya dlm ruang yg sempit itu. Tandas? Situlah bilik air situlah tandas. Bersyukurlah anak2 dilahirkan serba sempurna dan lengkap.

Berhampiran, rumah ini ruang kehidupan 4 beranak. Dapur/tilam/almari pakaian segalanya di satu ruang.


Ini tuannya. Anak sulung 3thn dan yg ke-2 baru setahun. Katanya sebelum ini siapa pun tak pernah datang dan lihat keadaan mereka. Ke pusat zakat dan baitulmal sudah dibuat permohonan. Sehingga sekarang belum ada yg datang. Si abang lari bila gambarnya mahu diambil.


Masa di sini hujan agak lebat. Ahli2 rombongan berlindung dengan plastik biru putih. Ada yang basah lokoih (basah kuyup) tapi masih bersemangat.


Dalam jam 2.45 singgah di masjid ini utk rehat, solat jamak dan makan. Alhamdulillah..ayam goreng walau kecil, sayur sedikit dan nasi sudah memadai. Bersyukurlah kita masih dapat makan begini.
Selepas ini, perjalanan diteruskan ke 2-3 rumah lagi. Tapi kami terus pulang sebab si Emad ditinggalkan dgn pengasuh. Lain kali boleh bawa sebab dah tahu cara mereka susun perjalanan. Dan kata seorang sahabat, akhir sekali mereka mandi di Sg.Ara. Tuan rumah siap jamu pulut durian lagi. Bestnya tapi tak dapat ikut serta.
Aku harap next trip kalau berkesempatan, kami sekeluarga boleh ikut lagi. Insyaallah.

Wednesday, December 12, 2012

Sijil Lahir


Boleh baca? Ini Birth Certificate mak aku. Semua tulis jawi.  Tahun 87 tu aku pun tak tau pasai apa. Silap ka? Mak aku lahir tahun 44. Harapan aku kertas ni tersimpan elok lah oleh anak cucu. Aku simpan dah beberapa tahun. Kak aku nak guna. Pas ni nak amik n simpan balik. Laminate. Bahan sejarah ni.

Monday, December 10, 2012

Back to Fishing

Dah lama tak pi fishing..sejak mengandungkan si Emad tahun lepas. Tiap kali ulang alik opis ngan rumah geram ja tengok orang memancing kat sawah ngan sungai tepi tu.



Angah n Yah di hujung sana. Kiri kanan depan belakang ada tali air utk memancing. Memang best.


Kita ikut batas ban ni pulak. Ikan besag2 tapi kurang menangkap.


Nun Mak Ngah di hujung sana. tak kuasa la nak ikut pi jauh2. Panassssssss



Hari ke dua cuma 3 ekor ja. Ikan besar2 tapi tak mau makan umpan. Cuaca lak panas gila. Makin meghelit la kulit aku.


Dah siang. Penat sebab siang bawah pokok. Dua hari mancing dpt la lam 21 ekor termasuk 5 ekog Mak Ngah bagi. Alhamdulillah.