Friday, December 27, 2013

Krabi, Thailand

 A029
Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti), dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)? Tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.(Luqman 31:29)
 
Cuti sekolah anak2 tak sempat bercuti.. kami pun sebab baru balik haji so tak plan ke mana2 lagi. Bila adik kata dia nak pi Krabi.. apa lagi.. Aku join the group la. 5 kereta ke sana 3H2M. Hari yg Danok kena bom tu la kami pi.. bom meletup 30 min lepas kami blah dari pekan Danok..

 

Kami nginap di sini. Booking melalui Agoda.com. Owner Muslim. Tapi.. ada bilik yg airnya slow. Ada bilik aircorn tak leh control. Ada bilik yg tak dak peti ais. Water heater tak berfungsi. Setakat boleh tido n solat ok la..


Berhampiran, dalam 500m ke sini. Boleh ronda2 ndg motor atau tut-tut. Kiri kanan jalan macam Penang street kat Feringgi.. tak banyak beza..


Kakak kata ada nama dia kat sini.. perasan la tu... bukan paham pun..

 


 


 

 Melihat matahari jatuh di sini amat mengasyikkan.. Memang cantik..superb.. patutlah ramai tourists suka ke sini...


Malam mula tu ke night market. Lebih kurang pasar malam kat Hadyai.. atau kat Malaysia.. sama saja... tempat saja berbeza. Dan yg menarik perhatian, keras tangan ini..recycle botol air 7-up ke coke ke apa ke yg besar tu...


Esok pagi2 kami hoping island.. Ada beberapa pakej boleh dipilih dan kami memilih Phi Phi Island tour.. ada 5 pulau utk hoping sini..


Camel Island dan chicken Island boleh dilihat jelas semsa hoping hoping tu.. hehehe


Salah satu stop center.. boleh la nak berenang2.. dan juga snorkeling di sini... aku yg takut air ni tengok je la  walau hati geram nak turun main... cuma pantainya kecik ja.. lam 100-200m n ramai sangat orang kat sini.


Salah satu stop lagi.. pirate cave.. betul2 macam pirate punya tempat la. Sapa punya gheja ntah la..


Kat sini bot kami stop sat saja.. cantik gila.... memang cantik sangat2.. maka ramailah mat minah saleh separuh bbbbb kat sini... kayak, snorkeling, mandi2...


Pantai n laut dia memang superb.. kalau tersenarai dlm 10 the best in world pun aku percaya


Perjalanan dari tanah besar dalam 45min ke 1 jam.. Tapi berbaloi walau akhirnya kepenatan.


Budak2 la paling seronok. Mana bot berhenti, depa tak buang masa punya... nak cari depa cari dalam air... sampai kulit bertukar kaler pun tak naik2 lagi... mandi sakan


Hentian akhir di Phi Phi Island.. lunch yg siap di bungkus. Masuk dalam pakej (pandai2 la cari).


Ada perkampungan lagi kat sini.. siap bela lembu. Yg hijau kanan tu kafe yg ada di sini.


Di sini sangat ramai tourist. Memang destinasi pilihan mereka. Pantai cantik, pasir halus dan bersih. Tukaran duit rendah. Memang utk depa yg suka berjemur la.

Kalau utk percutian romantik memang menarik... Tarikan utama di sini memang pulau2 dan pantai2 yg Subhanallah.. tengok gambag tak puas.. memang tak tau nak cerita cantiknya.. tapi cukup kut sekali aku pi... Perjalanan jauh macam balik Johor.. ka macam pi Singapore? Untuk yg suka berenang n snorkeling... aku amat syorkan ke sini. Memang akan puas hati punya walau aku tak masuk air pun.. hahaha

Muslim food? Jangan risau. Kat area ni ramai Muslim. masjid pun ada juga. Kalau pi dekat2 masjid banyak la restoren Muslim. Food memang sedap.. Alhamdulillah...





Wednesday, December 18, 2013

Jeddah, UAE

A032
Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati Syiar-syiar agama Allah maka (dia lah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin. (Al-Hajj 22:32)


Penerbangan 7-8jam akhirnya menjejakkan kaki aku kat tanah penuh barakah ini. Penat..memang la... Dok lam kapal dgn kaki tak gerak banyak sebab sempit.. nak jln2 pun sebab malam..ngantuk.. memang penat. Sebab tu kut K.has n K.Leha tak amik gambag kat airport Jeddah.

 Tiba di sana, masing2 cari tandas... nak berhajat atau nak berwuduk. Dah masuk Isyak ka.. nak jamak takhir la masa ni. Kat sini tandas ada 4 bilik je kut..sempit la sikit.

NASIHAT AKU: Sabar... tak perlu kalut2. Sat gi kat ruang luar tandas lagi selesa utk berhajat atau berwuduk.


Lepas menunggu line clear di ruang menunggu pertama, jemaah akan dibawa keluar pemeriksaan pasport. Kemudian dapatkan pelekat2 pada paspot, nombor bas nak ke Makkah dsb. Memang terasa seperti diraikan. Lepas tu terus ke ruang menunggu di sini. Luas kan? Siap ada carpet sebab kerusi tak cukup. Ini ruang utk Malaysians.  Di sini boleh wuduk dan solat dgn selesa.


Nun di hujung kwsn berdinding sebelah kiri utk wanita solat. Tandas dekat2 ngan pakcik dok sila ni. Luas dan selesa tandas di sini. Aku keluag awal so dpt la kerusi utk rehat kejap. Boleh la regang2 badan kejap. Tapi di sini pun dlm 30min ja.. sapa yg keluag lambat tu kalut la sikit nak solat. 

NASIHAT AKU: Ikut arahan petugas TH. Jgn nak memandai sendiri. Kita kat tempat orang di bawah jagaan TH. Insyaallah semua akan berjalan baik. Jangan takut/gabra.. pasport kita akan diambil pihak muassasah masa nak naik bas. Kita tak nampak dah paspot tu hingga waktu nak balik Malaysia.

Panggilan naik ke bas ikut pelekat yg kita dapat masa di Bayan Lepas. Kita dah tampal pada tag nama dan beg sandang. Tak payah berebut sebab semua dapat duduk. Naik bas dapat makanan malam.. Dah tak dak mood nak makan. Masa ni dah 8.50mlm wakttu Jeddah = 1.50am waktu kita. Waktu tidog lagi ni. Memang ada yg tidog la atas bas.

Perjalanan 2 jam ke Makkah penat jugak sebab bas berhenti 2-3 kali. Semuanya di tempat yg memang disediakan utk perhentian bas2 yg membawa jemaah dari serata dunia. Setiap jemaah diberi kotak berisi makanan lagi kat hentian2 ni.. air, biskut, kurma etc. Murah rezeki mereka dan kami juga,  Alhamdulillah.. Jadi bertambahlah barang2 sebelum tiba hotel.



 Akhirnya, masa mula2 nampak jam besar ni on the way to hotel aku dok rasa macam mimpi je.. maklumlah...kami tiba di hotel tgh malam.. masing2 dok mamai... celik mata aku nampak jam besag.. kat Makkah dah ka aku ni? Betul ka tu jam yg diperkatakan orang ramai? Serius... Aku rasa tak dak sapa yg in the mood bergambar tgh2 malam selepas perjalanan yg jauh ni... jadi tak adalah foto masa daftar masuk hotel dan bilik...

Roomates aku? Kami berenam sebilik (suami pulak berlima). Sorang aku jumpa dah atas kapal.. dok sebelah aku (K.Has). Sorang lagi kat airport Jeddah (K.Milah). Lain2 tunggu masuk bilik. Oh.. K.Leha mula2 masuk bilik, then aku pastu yg lain2. Abraj Janadriyah 15 tingkat. Kami di tingkat 11.

Min, K.Has, K.Milah, K.Leha, Aku dan K.Aziah
Alhamdulillah.. kenai2 sikit nama hang aku.. Dah kul 12 tgh mlm masa masuk bilik! Tidog sat..  Selamat beradulah para jemaah semua.. esok jam 4am kena berkumpul kat bawah... Jumpa esok pagi ya di level G.


Friday, December 13, 2013

Maka terbanglah kami...

A031
(Amalkanlah perkara-perkara itu) dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun denganNya; dan sesiapa yang mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Allah maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau dihumbankan oleh angin ke tempat yang jauh (yang membinasakan).(Al-Hajj 22:31)

 

Akhirnya, yang  tersurat  menjadi kenyataan.

 

Kita boleh memilih utk menerima atau menolak tanggungan TH. Kami memilih utk mnerimanya. Tahun depan angkanya mungkin sama, mungkin berubah, wallahualam.

 

Hujan bukan renyai2 lagi.. agak lebat juga sepanjang perjalanan dari kompleks ke airport. (gambar kredit K.Haslina)
 

Kuning tu Turkish Airline kut... sekali lagi gambar ni K.Has punya. T.Kasih.


Inilah kapar torobang kami... Ada cap TH lagi.. K.Has kata mana nak cari kapal ada cap TH.. ni la dia.. sebab tu dia amik gambag ni.

 

Beg (T.kasih BSN) yg akan menjadi peneman setia kita bermula dari saat ini hinggalah pulang ke sini semula. Segala mak nenek aku sumbat time balik ni. Tak sempat nak proses. Isi2nya yang boleh nampak kat foto ni akan ada cerita masing2 nanti.
Alahai..lupa pulak.. la ni kita dah sampai airport Penang kan. Para jemaah tak perlu melalui pemeriksaaan macam international passengers lain. Semuanya telah selesai masa di Komplex Bayan Lepas lagi. Timbang n daftar beg, ambil boarding pas, cap pasport dsb telah selesai. Sampai sini terus masuk ruang menunggu. Sebab kapal jam 3.30pm, kami solat jamak taqdim di sini. Tikar2 solat telah disediakan pihak TH.


K.Has memang rajin amik gambar. Ini semasa menunggu naik kapal. Selain beg kuning sandang tu... Beg kuning beroda yg berada atas lantai tu berisi keperluan utk sekurang2nya dua hari. Beg2 ini sumbangan MAYBANK..T.Kasih.
 

Beg barangan ni Colgate sponsor kalau tak salah (TKasih Colgate). Minyak cap kapak pun sposor... t.kasih. Kita bubuh isi2nya, letak dalam kargo. Sebabnya, benda2 tajam yg dilarang ada kat sini. Antaranya gunting (utk bergunting/cukur), ketip kuku dan pin baju (ghesang) aku guna utk pin pakaian masa menjemur.
 
NASIHAT AKU: Barang2 yang dapat sponsor bukan semua kita wajib bawa. Pandai2lah membuat pilihan selepas berfikir secara rational. Kalau bawa dan rasa tak perlu utk dibawa pulang, hadiahkan saja pada pembantu2 India, Bangla, Pakistan yg bertugas di hotel kita.


Tiket pi balik aku.... Masa pi aku duk 19F. Balik F lagi! Tau dak kat mana? Seat kapal aku (KT50 dlm 279 jemaah) 2-5-2. Aku yg kat tengah2 5 tu... Sungguh tak best sebab susah aku nak keluag pi tandas atau jln2 melawat jemaah lain..(ya la tu...hehehe). So masa balik aku tukag ngan Suami. Dapat la G. Sori la K.Has tak duduk sebelah awak... hehehe

Cantik tak foto ni? Bukan aku amik.. K.Zaleha punya...T.Kasih K.Leha. Semua gambag yg aku amik pakai Nokia X2 ja.. K.Has n K.Leha pakai kamera betul.. Masa ni 27/9/2013 111.04pm. Aku rasa masih waktu Malaysia..bermakna masa ni kapal dah nak landing di Jeddah.. dah 7.04 waktu Jeddah n nak masuk Isyak dah...


P:S: Kat mana lagi aku nak ucap terima kasih kat sponsor2 kalau tak di sini. Depa memang tak baca blog aku... tapi tak salahkan?


Monday, December 9, 2013

Pengajian Pondok Singkat

Entry hari ni skip dulu tentang haji. PPSN atau Pengajian Pondok Singkat Nisa An-Nahdzoh. kalau lelaki PPST. Ini kali ke4 diadakan. Tahun lepas aku hantar ke kem Rasulullah Idolaku nun jauh ke utara. Tahun ni ke sini pula. PPSN utk dua minggu. PPST ada 2 minggu dan sebulan.

Sekurang2nya masa depa terisi masa cuti sekolah ni. Tak de la melangut depan TV dgn cerita Korea sampai berjangkit satu rumah. Selama 2 minggu program berjalan dgn aktiviti riadah, solat jemaah, hafazan, trekking dsb, budak2 ni dilarang hubungi family. Terputus dgn dunia luar... hehehe. Baru betul.

 Persembahan kumpulan yg menang akan dipersembahkan pada hari penyampaian sijil. Yah menang kumpulan Nisa. Kakak ambil bahagian utk penyampaian B.Arab dgn 2 teman.

Anak2 bagitau depa belajag buat buah melaka. Ibu reti ke buat? Hehehe.. rasa macam reti tapi tak penah buat pun. Hari2 makan ikan.. ada dua tiga kali ja makan ayam... Kesian tak? Aku ok je.. baru nama hidup kat pondok..

 Ibu bapa yg hadir pada majlis penyampaian sijil. Kagum aku dgn dewan yg begitu selesa utk majlis ilmu ini. Tempat ni kalau yg biasa mai hari sabtu 8.30-11am tentu tau. Tiap2 minggu Ust.Mutalib buat kuliah. Kat luar dah macam pasar tani utk hari Sabtu tu. Memang ramai dan meriah.

 Ini penginapan Nisa (perempuan). Rumah kayu yg selesa. Depa kata tak panas pun.

Ini budak kecik yg rindukan Yah. Nampak je Yah nak dok kat situ je la.. Nak pi oyah (sekolah) katanya. Sebab tiap kali dia tanya kakak2nya aku kata depa di sekolah...:)

Friday, December 6, 2013

Hari bermulanya perjalanan pertama

 A030
Itulah yang wajib dipatuhi; dan sesiapa yang menghormati hukum-hukum Allah maka yang demikian menjadi kebaikan baginya di sisi Tuhannya. Dan dihalalkan bagi kamu binatang-binatang ternak, kecuali yang dibacakan kepada kamu (tentang haramnya), maka jauhilah kekotoran syirik yang disebabkan oleh penyembahan berhala, serta jauhilah perkataan yang dusta, -(Al-Hajj 22:30)


Aku menghitung hari. Dua hari sebelum bertolak kami dah ke Sg.Petani. Mak dah siap sedia ngan kenduri utk kami. Alhamdulillah.. ini juga menjadi penyebab suami boleh meninggalkan solat Jumaat (hari bertolak) kerana bermusafir awal. 

NASIHAT AKU: Sebelum meninggalkan rumah jgn lupa azankan di empat penjuru rumah.

Sepatutnya daftar di kompleks TH Bayan lepas jam 8.30am sebab kapal jam 12.30pm. So nak ke sana mlm. Bila diberitahu daftar sebelum 11.30am sebab kapal tunda jam 3.30pm, kami bertolak pagi Jumaat 27 Sept (21 Zulkaedah 2034) dari Sg. Petani. Dua kereta cukuplah. Satu Ayen bawa anak2 aku. Satu lagi Abg.Dee bawa kami dan beg2. Jgn pi ramai2.. menyemak suasana dan kepala otak aku yg berdebar2 ni. Atas jambatan trafik agak perlahan. Lagi la aku nervous.

Tak sampai 30 minit tiba di kompleks dah dipanggil masuk! Rupanya2 kami jemaah akhir...yg lain datang mlm lagi sebab depa dapat surat suruh mai awal. (Masa kami di SP kut surat tu tiba di rumah). Yang bagusnya.. aku tak perlu nangis bagai nak lepaskan si kecik Emad tu... ucap selamat babai dan peluk cium sikit2.. meleleh la sikit2. Alhamdulillah.... Begitu mudah melepaskan anak2.

Kakak dan Angah di asrama. Pandai2 lah jaga diri dan nak balik cuti. Kakak PMR masa aku di sana, moga2 dimudahkan urusan. Yah tukar sekolah dok ngan tok. Emad.... siang di taska ngan mama, malam ummi amik dok ngan dia, weekend makcik amik dok kampung. 

NASIHAT AKU: Selesaikan urusan penempatan anak2 secepat mungkin sebelum para jemaah ke Tanah Suci (yg ada anak2 kecik la..) kalau dah besag2 tak risau dah..

Bila panggil masuk, beg masuk kargo depa timbang kat kompleks, terus antag pi epot. Kita tak yah pikiag bab tu. Heret beg kuning Maybank dan beg galas BSN saja. Yg galas ni nak kena jaga... paspot, tiket, buku kesihatan dan buku2 doa semua ada dlm ni. Aku hampir tertinggal buku doa (terpaksa Ayen patah balik amik sebelum kami dah jauh bertolak). Buku doa bertali memang sentiasa digunakan di sana.

PERINGATAN: Jgn lupa bawa buku doa yg diberi oleh TH. Buku yg kita pi kursus Haji. Buku solat2 sunat kalau rajin sila bawa. Buku2 soal jawab haji, panduan haji dan umrah. Semua ini amat membantu semasa di sana sebagai rujukan.

Selepas taklimat dan doa, dalam 10.30am, kami KT50, menaiki 6 bas  ke airport. Hujan agak lebat masa tu. Seronok rasa bila sepanjang perjalanan kami dari kompleks ke airport, penduduk2 berhampiran jalan akan keluar melambai2 bas kami.. mereka seperti turut meraikan dan mendoakan kami.

Gambar ketika pertama kali berihram. Masih rasa seperti bermimpi
Berkessempatan berjumpa Pn. Roza Roslan, Isteri Prof.Kamil.
 Buku2 seperti 50 tips haji, anekdot madinah, panduan haji etc oleh MKI juga amat membantu bakal2 jemaah. Silalah cari ruang utk membacanya. Insyaallah ia dapat membantu serba sedikit. Mudah-mudahan bermanfaat.

Selama ini hanya melihat gambar saja.. bagaimana bila menatapnya sendiri? Subhanallah.. memang cantik binaan manusia yg dikurniakan ilmu utk memanfaatkanya.

Allahuakbar.. Tak sabar rasanya nak menatap Baitullah yg selalu di lihat di TV atau gambar saja. Nanti aku sambung cerita di airport pula. Tungguuuu

Monday, December 2, 2013

Sebelum - 4

A029
"Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya, dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu". 
(Al-Hajj 22:29)

 Sedikit penambahan untuk perkara2 sebelum hari perjalanan haji bermula.

 1. Entry Sebelum-3 aku sentuh sikit pasal jubah. Adalah sgt baik jika jubah yg dibawa berpoket. Sebab bila nak ke toilet boleh letak hp, sarung tgn etc lam poket tu. Jubah aku pakai di bawah ni ada poket di kiri kanan (beli kat Mabrur ent la). Sangat selesa dgn kainnya yg lembut dan tak panas.


Selesai melontar Jamrah Kubra bersama roomate K.Aziah
 2. Barang2 toiletries sprt sabun mandi, sabun basuh, syampu etc boleh didapati di sana. Tapi, sayugia aku ingatkan, sabun mandi seketul kat sana SR5 (mahal gila... kat sini 3 ketul leh dapat RM5). So sabun mandi bawa la siap2 utk bekalan selama di sana - liquid or ketul. Segala mak nenek utk basuk pakaian beli kat sana pun bole.. SR2 biasanya satu item.


 Seperti aku bagitau sebelum ni, HQ TH hotel kat atas ni la.. aku dok di sini - wing C. Ada wing-A dan wing-B. Bilik kami 6 org, ada 5 ada 7 ada 8 bergantung pada saiz bilik. Keluar pintu hotel ni ada kedai SR2 (macam kedia RM2 kita). Tapi sabun mandi buku jgn harap nak dapat harga ni.

3. HP boleh bawa ada kamera atau tak dak. Jgn dengar cakap org. Bawa ja apa yg kita guna di sini. nak bawa tablet ka, tab ka, laptop ka bawa ja. Insyaallah tak ada masalah. Cuma kamera kena sembunyi2 masa di Nabawi. Aku amik foto2 pakai nokia x2 aku ja.. bila nak pi copy gambag kat roomate2 aku ni?

4. Kalau rasa tarikh utk dapat panggilan lagi 4 tahun lebih, aku rasa ada baiknya kerjakan dahulu umrah jika mampu. Rupa2nya Umrah ni boleh selesai dalam 2-3 jam saja! Dah alami baru kita tau perjalanan ibadah ini bagaimana. Selama ni dgr org dok cerita je la.. kita melopong.

Foto pertama di Tanah Suci-28/9/2013 6.58am ketika umrah wajib bagi haji tamattuk
 5. Kalau mau dan kalau rajin, belajag2 la sket2 perkataan2 Arab terutama yg berkaitan dengan nombor. Kalau dpat bahasa india, bangla, pakistan lagi baguih sebab depa ni la yg dok buat gheja2 kat hotel kita dan kat kedai2 sekitar. Di Makkah kebanyakan pekedai tak tau English (tolonggg, camna aku nak habag minta kurang harga jubah ni?) Ini saranan saja. Tapi Insyaallah semuanya ok bila ayam bertemu itik bercakap dalam dua  bahasa berbeza, bahasa isyarat menjadi perkara utama. pandai2 lah haji dan hajjah semua... mohon pada Allah minta dipermudahkan urusan kita.

6. Ini penting buat bakal2 hajjah. Sebelum pergi, keep track rekod period/haid anda. Sekurang2nya 4-5 bulan sebelum pi. Buat catatan pada jadual period. Seditil yg boleh. Bila mula (waktu/jam), warna darah. Ada tak gap antara hari2 tu yg darah terhenti.. semua tu perlu dicatatkan. Apa yg berlaku di sana kita tak bole duga mengikut kebiasaan di sini. Ada yg ambil perancang, alhamdulillah menjadi di Makkah cuma 4 hari period, tiba Madinah 8 hari jadinya, permulaan datang juga tak seperti selalu. Ada mengambil hormon, sudahnya tak penah2 istihadah di sana, period bersambung istihadah bersambung period. Ada yg sekejap ada sejap tidak berulang2. maka, beringat2lah.

6. Para wanita, tolong bawa stok panty liner sekurang2nya yg 40 pieces tu 2 packs. Kat sana sukar nak cari mende ni. Pad banyak la. Anda akan tahu nanti. Mohon pada Allah moga2 kita dipermudahkan segala urusan. Kalau nak cerita bab ni aku kena bagi kuliah ni. Masalah wanita terlalu rumit. Rajin2lah berjumpa ustazah jika ada masalah. Jangan diam saja dgn anggapan kita dah buat perkara yg betul. Nanti menyesal tak sudah. Ini berkaitan hukum2 Allah.. takut2 urusan ibadah tidak sah, Masyaaallah.

 
T.Kasih Kayna banyak membantu aku di sana.

 Alhamdulillah, teman aku dari Malaysia yg kerja di sana membantu. Ketika sebilik hampir kehabisan stok, dia la yg tolong beli, free lagi. Semoga Allah memberi ganjaran berlipat ganda kat Kayna dan family.

7. Oh ya. Satu lagi utk kaum wanita. Harap2 dlm bilik anda tu ada la yg bawa kapas muka yg bentuk 4-segi sama tu. Selain utk cuci muka, amat berguna ketika menghadapi masalah wanita. Tak percaya? Hampa mai jumpa aku.. sebilik 6 orang macam2 yang Allah nak uji kita.

8. Torchlight, sarung kasut, uncang batu, botol spray tak nak beli/bawa pun boleh. Kita dapat free sebab bank2 banyak sponsor barang. Lagipun ada yg tak digunakan pun. Terpulang pada diri masing2.

Alhamdulillah.. moga2 persediaan sebelum ke Tanah Suci ini bermanfaat buat pembaca blog ini. Kita jumpa lagi dgn cerita perjalanan ke sana pula.