Thursday, May 5, 2016

Muzium2 Kelantan

A032
Katakanlah (wahai Muhammad): "Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (A-li'Imraan 3:32)

Inilah akibatnya bila sindrom malas melanda. Semuanya tersimpan dalam gerobok folder yang telah disiapkan. Cuma tunggu masa saja nak keluar.Rasanya lama juga terperak dalam folder tu. Huhuhu


Ni entah bila ke sana pun dah lupa. Perancangan yg muncul tiba2. Raya Cina 2016. En.Suami lak kata jom la sebab tak kena tol! Depa kata masa ni ramaiiiii orang masuk Kota Bharu. Jalan Gerik-KB jem. Depa kata. Sebab tak dengar kata depa, kami pi jugak pagi2 raya tu. Alhamdulillah.. jalan tak jem. Orang tak ramai pun. Hahaha. Yakin boleh. Yang jem dan ramai tu aku rasa sebelum hari raya cina sebab masa tu pakat nak balik kampung. Jadi.. sebab rasa lengang je masa tu, singgah lunch di sini dulu. Macam pernah makan ja kat sini. Hmmm.. pikir punya pikir.. ya.. tahun 2006 or 2008 kut masa lawatan akademik jabatan ke UiTM Kelantan. Lama betul.

https://www.agoda.com/top-travellers-inn/hotel/kota-bharu-my.html?asq=jGXBHFvRg5Z51Emf%2fbXG4w%3d%3d&cid=1410197&tag=5adbdf80-4344-4e52-b069-d43483f8da04
Selesai makan, kami check-in di sini. Dapat RM100 semalam. Cukuplah dengan 2 katil queen dan 1 katil bujang, bilik air dan tv yng tak berfungsi dan aircorn yang penting hihihi. Betul2 mengadap SMK Kota Bharu. Yang penting boleh landing dan mandi sekejap. Pastu kita ronda KB.


Hari ni kita target muzium2 ni dulu. Ada sepetang untuk masuk semua muzium ni yang tutupnya dalam jam 5. Kita tengok mana yang sempat. Jom kita masuk muzium.
A033
Sesungguhnya Allah telah memilih Nabi Adam, dan Nabi Nuh, dan juga keluarga Nabi Ibrahim dan keluarga Imran, melebihi segala umat (yang ada pada zaman mereka masing-masing). (A-li'Imraan 3:33)

Yang pertama- Muzium Kelantan, betul2 dekat dengan rounabout besar KB tu. Pusing pi pusing mai memang akan jumpa muzium ni. Kebetulan ada pameran Tok Janggut, Sultan AL-Fateh dan Firaun masa ni. Masuk? Dah lupa la.. RM5 kut dewasa.


Bahagian Firaun. Muziumnya tidaklah besar sangat tapi memadai untuk dapatkan sedikit maklumat. Anak2 pun tak kisah masuk muzium.


Di atas, pameran Tok Janggut. Sedih bila tengok mayat pejuang rakyat digantung begitu rupa untuk tontonan orang ramai. Moga arwah Tok Janggut ditempatkan bersama orang2 yang beriman.

A034
(Mereka kembang biak sebagai) satu keturunan (zuriat) yang setengahnya berasal dari setengahnya yang lain. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui. (A-li'Imraan 3:34


Seterusnya, jom kita ke Memorial Perang yang berhampiran dataran KB dekat Pasar Khadijah (yang femes ni kami tak masuk langsung. Sebab tujuan aku bukan untuk shopping). Bayaran masuk RM2 kut.. Lupa lagi.. Maaflah ya.


Sebab dalam memorial tak boleh ambil gambar2 zaman pemerintahan jepun dulu dengan batu2 api dan bom2 yang ada, kat luar ni je la bergambar pun. Ini sebahagian dari pameran Memorial Perang yang terletak di luar. Boleh saja masuk.


Muzium ketiga utk petang hari pertama - Muzium Islam yang bersebelahan Memorial Perang. Bangunan kayu dua tingkat ni sangat menarik perhatian aku. Agak2nya dulu ni banglo orang2 kenamaan kut. Halamnnya luas, bangunannya besar.

 
Bayaran masuk pun dalam RM2 juga. Bukannya mahal pun untuk sedikit ilmu yang dicari. Budak kecik yang tak paham apa2 ni pun ikut teruja keluar masuk muzium. Tak letih pulak dia. Alhamdulillah.
A035
(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:" Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (A-li'Imraan 3:35)


Yang ke berapa dah ni? Empat? 3.50 petang dah empat muzium? rahsianya.. jangan berlama2 dalam setiap muzium. Nanti tak sempat sebab esok agenda meronda ke lain pulak. Ok..Muzium adat istiadat atau lebih dikenali Istana Jahar. Di sini aku dah keletihan. Tenaga veteran macam tu la. Pameran di dalam memang menarik.


Budak kecik yang tak reti penat. Kalau boleh smua bahagian dia nak bergambar. Nak baik sampan tu idea dia la. Berlari sana sini dalam istana. Haiii.. sultan murka nanti. Sudah la sikit. Jom ke muzium seterusnya.


Muzium Diraja yang asalnya istana sultan. Kat dalam boleh tengok bilik2 peraduan sultan dan anakda2nya. Perhiasan dan peralatan yang ditinggalkan untuk pameran. Tak boleh bergambar sebenarnya tapi satu cukuplah ya. 


Di luar muzium ada yang menarik perhatian aku. Jantung pisang mengadap ke langit. Pisang apakah ini? Jom kita Google. Musa ornata, pisang untuk hiasan bukan untuk dimakan.


Berhadapan muzium ini, yang terakhir untuk hari ini, Muzium Kraftangan. Dah hampir 4.30. Sempat lagi masuk sebelum muzium ditutup jam 5. Bergambar? Dah letih. Masuk tengok2 apa yang ada baca apa yang patut dan keluar. Dah lapar. Misi mencari makan malam.


Lepas balik bilik mandi sekejap, keluar semula mencari makan malam. Jumpa kedai makan ni pun boleh tahan. Makan je la apa yang bole. Janji tido lena dan esok dapat ronda2 lagi. Untuk hari ni, misi masuk keluar muzium dah selesai kecuali Muzium Wau (lokasinya jauh dari yang lain -  di Pantai Sri Tujuh). Yang tadi semuanya terletak berdekatan. Jalan kaki saja dari Memorial perang hingga yang akhir.

Selesai bab muzium. Nanti cerita lain pulak. Jangan mood ke laut sudah.

Thursday, April 7, 2016

Hari Kualiti 2015

A030
(Ingatlah) hari (kiamat yang padanya) tiap-tiap seorang akan mendapati apa sahaja kebaikan yang telah dikerjakannya, sedia (dibentangkan kepadanya dalam surat-surat amalnya); dan demikian juga apa sahaja kejahatan yang telah dikerjakannya. (ketika itu tiap-tiap orang yang bersalah) ingin kalau ada jarak yang jauh di antaranya dengan amalnya yang jahat itu. Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan (ingatlah juga), Allah Amat belas kasihan kepada hamba-hambaNya. (A-li'Imraan 3:30)


Hari Kualiti 2015 anjuran Jabatan Sains Komputer dan Matematik. Tahunya dah setahun. Preparationnya sebulan. Pulun sakan 3 hari. Hebat JSKM.


Sebagai pengarah program, aku pun tak tau depa buat apa dengan kertas suratkhabar tu. Punya la banyak. Pantau dan lihat saja. Hahaha. Sebab aku percaya depa kerja bersungguh-sungguh utk HK2015 ni.


Tadi atas lantai dewan. Ni atas pentas dewan. Korang buat apa ye.. gunting kertas tampal. gunting tampal. Akak dah konpius ni. Tolong jugak la sikit2 walau blur lagi.


Eh.. bila masa pulak belon ni naik atas? Siapakah gerangan spidermannya? Boleh carikah di mana dia? Ada dalam gambar tapi aku tak jumpa-jumpa.


Ketibaan masuk tetamu kehormat ke dalam dewan dengan diketuai Puan Salina Hamed.. hihi. Rehersal 3-4 kali tapi tak jadi-jadi. Masing2 dok risau dengan hari kejadian nanti. Takut tak berjalan lancar. Oh Tidakkk

A031
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (A-li'Imraan 3:31)


Dah siap. Pentas dan photo booth. Bos siap posing dulu utk pameran hahaha. Tapi aku serius bagitau sini. Pentas cantik. paling aku like tanglung yg gantung kat lampu spotlight tu. memang wow!
 
 

Akhirnya. Semua dah siap untuk Hari Kualiti 2015 dengan tema Angsaka Lepas. Sebab tu ada tanglung2 tu.. mewakili planet2. Begitu juga belon2 yang tergantung. Memang terbaiklah geng perhiasan pentas dan dewan ni. Syabas!


Ni sebahagian sahaja. Macam stewardess JSKM Airlines lak yang 3 orang tu. Cantikkan? Yang mengapit tu pun cantik-cantik juga.


Persembahan dari SK Permatang Tok Jaya (pendidikan khas). Dapat standing ovation lagi dari Tuan Rektor dan yang lain2. Persemabahan yang mantap dan menyentuh jiwa.


Perasmian oleh Tuan Rektor. Errr.. beria-ia Dr.Lyly tengok. Ada ke tak ada tu? Hahaha. En.Astronout pulak pinjam sat na beberapa jam hari ni. Kena tahan la sikit kalau berpeluh.


Majlis berakhir dengan jayanya pada hari tersebut. Tema hitam hitam bling2 memang ada tarikan. Ala2 'HITAM ITU MENAWAN'. Terima kasih semua JSKM kerana membantu menjayakan HK2015 dengan sangat baik sekali. YOU'RE SIMPLY THE BEST! Puan Bos kata nak buat lunch kat hotel. Kita tunggu tarikhnya.

Thursday, March 31, 2016

Salji Punya Pasal

A028
Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali. (A-li'Imraan 3:28)


Satu hari, budak kecik ni berlari2 ke dalam bilik, menangis. Ditunjuknya gambar abah yang duduk atas salji di Oregon aku rasa (lama punya gambag tuuuu.) Sapa yang tunjuk kat dia ntah. Dalam esak tangis tu macam2 yang keluar. "Awat abah pi tak bawak Emad? Emad nak pi salji. Emad nak main baling2. Nak buat Olaf. Awat abah pi sorang2. Awat tak bawak Emad?" Tahun 90an tu..


Dan sejak hari tu, hari2 ditanya bila nak pi salji. Awat x pi salji lagi? Emad nak buat Olaf. Bila Salji nak turun ni? Putih2 kat atas tu (awan) bukan salji ka? Matahari ada salji tak dak? Huhuhuu jenuh aku nak cerita, nak alih perhatian. Hari-hari tanya!


Lepas sebulan dua kut, ada la peluang ke Kajang untuk kenduri. Kami bertiga saja. Lepas tu, bawa la budak ni ke I-City, konon2 ada salji. Mula2 dia tak mau masuk... haishhhhh. Bayag mahal2 tak mau masuk pulak. Bila dah masuk tak nak keluag pulak! AKu dah kesejukan. Dia bole nak sana sini lagi. 
A029
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahuinya; dan Ia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (A-li'Imraan 3:29)

 

Dalam pada tu, sempat dia suruh ibu baling salji kat abah. Abah baling kat Emad. Ibu baling kat Emad. Abah baling kat Ibu. Adoi laaa anak. Dia nak itru macam dalam tv. Nak buat Olaf tapi tak boleh. Dan dia sedar yg itu bukan salji betul!!! isk.. isk.. Jenuh la camni. Katanya nanti Emad nak pi salji yang betul. Yang boleh buat Olaf. Duit..duit.. di mana kau duit... huhuhu.



Keluar dari salji masuk pulak ride Ice Age kat sebelah. memang duit saja la sekali masuk I-City. Ride tak lama pun tapi kena la ikut gak.


Ada belen sikit lagi dalam kad tu, ajak naik ride utk budak2 dia tak mau. Semua tak mau sebab kena naik sorang2. Anak orang lain aku tengok selamba ja dok sorang2 lam benda2 pusing2 tu. Dia punya la tak mau sampai nampak kereta ni yg boleh naik ngan abah. Ok lah.. tadi dah ibu teman, now time abah teman.

Settle bab nak main salji hari tu. Sejak main salji ada sekali dua saja disebutnya nak pi salji betul. Lepas tu terus lupa. Fuhhh. Lega.

Wednesday, March 30, 2016

3D Penang

A026
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (A-li'Imraan 3:26)


Turun saja di epot Penang tu dari Kuching.. rasa macam awal lagi. Jom kita jalan2 dulu kat sini. Tu yang boleh sampai ke 3D Museum Penang ni. Letak berhampiran Padang Kota. So, parking kereta kat situ saja.


Masuk 3D sini rasa lebih puas berbanding yang di I-City Shah Alam. 3D sini bukan setakat 3D biasa.. ada yang macam life situation pun ada. Tu yang rasa berbaloi. Paling menarik perhatian suasana kampung bila budak2 main gasing, gulu dan ada pokok buah yang disediakan galah. 
A027
"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya". (A-li'Imraan 3:27)


Walk of Fame budak2 ni pun ada. Satu lagi yang best kat sini, diap ada penunjuk kat mana perlu berdiri. Jadi mudahlah kita dapat angle yang betul utk nampak kesannya.


Yang paling banyak gambag, budak kecik ni la. Abih semuanya nak diambil gambar. Suka benar.


Abahnya pun lebih kurang juga. Jadi, bagi depa sajalah masuk frame. Ibu dok kat tepi saja. Untuk yang belum sampai, memang sesuai sangat kalau dengan keluarga. Tiket pun RM15 saja dewasa. Kalau lapar, Padang Kota depan tu saja. Memang dekat dan mudah.
 

Thursday, March 10, 2016

Sarawak 3

A021
Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan membunuh Nabi-nabi dengan jalan yang tidak benar, serta membunuh orang-orang yang menyeru manusia supaya berlaku adil maka sampaikanlah berita yang mengembirakan mereka, dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (A-li'Imraan 3:21)


Pagi-pagi hari ketiga kami sudah ke sini. Pukul 9am dah sampai. Parking memang dah nak penuh. Pasar Serikin. Orang kata kalau nak shopping murah baik ke sini. Hampir dgn sempadan Indonesia. Jadi barang2 di sini kebanyakannya datang dari sanalah. Memang murahlah kut sebab ramai orang. Aku.. macam biasa la, shopping tak masuk agenda. Bagi cukup syarat kata pernah sampai kalau ditanya. Aku beli 2 helai seluar panjang saja. Pastu Auni beli beg lain2 dah jom balik.


 Nasib baik la budak kecik tu minta beli menatang ni saja. Tiup sepanjang jalan. RM10.. fuh. Kalau diminta entah mainan apa2 lagi yang berpuluh2 tu camna nak angkut? Aku tak amik extra luggage.


Ini pun atas permintaan budak kecik suruh ambil gambar sungai. Sungai jernih tapi sayang sampah-sarap kat tebing cukup banyak. Kami jalan ke hujung pasar, nak makan pun ramai orang. Patah balik beli barang2 tadi dan bila ke parking, fuh! berderet2 lagi kereta nak masuk parking. Punya la ramai orang datang sini. Memang jem la tengahari tu. Jadi, pada sesiapa yang nak ke sini, silahlah datang di awal pagi untuk elakkan jem.
A022
Mereka itulah orang-orang yang telah rosak amal perbuatannya di dunia dan di akhirat, dan mereka tidak akan memperoleh sesiapa pun yang dapat memberi pertolongan. (A-li'Imraan 3:22)
 
Balik dari Serikin, nak ke Semenggoh tengok orang utan. Sampai situ dah 12 tengahari. Huhuhu.. tutup waktu rehat. Kaunter tu kata pukul 2 pulak buka. Kat depan tu siap letak notis orang utan susah dilihat pada musim buah sekarang ini. Melepas lagi.


Jadi kami terus ke ladang buaya Jong. Buaya pun buaya lah. Dah dekat situ jugak. Bagi En.Somi tidog dalam kereta, aku ngan anak2 masuk. Buaya hitam buaya putih buaya tembaga buaya kelabu buaya darat buaya tak dak ekor semua ada. Cuma tak dapat tengok pertunjukkan buaya saja sebab malas nak tunggu. Dan budak kecik ni suka benar posing.. yang best tu posing dengan 'bangau' dia ... si itik angsa. Bangau pun bangaulah Emad.



Di sini ada kolam araipaima tapi ikannay tak nampak sebab banyak teratai. Aku nak jalan kat pelantar pun cuak kut2 ikan tu melompat keluag mau aku jatuh dalam tu. Imaginasi betul!
A023
Tidakkah engkau pelik memikirkan (wahai Muhammad) terhadap sikap orang-orang (Yahudi) yang telah diberikan sebahagian dari Kitab Taurat, mereka diseru kepada Kitab Allah supaya Kitab itu dijadikan hakim (mengenai perkara-perkara yang timbul) di antara mereka. Ahli-ahli satu puak dari mereka berpaling ingkar sambil menolak (seruan dan hukum Kitab Allah itu). (A-li'Imraan 3:23)


Selesai tengok buaya2 lapar lah pulak. Kami mencari Cafe Maya ni di Samarahan. Letaknnya dalam 2km dari UNIMAS. Dari jalan besar memang tak nampak sebab ia di belakang bangunan. Cafe milik kawan kakak aku, orang semenanjung. Tapi maaflah ya.. makanan tak menepati tahap piawaian aku. Hujan lebat masa ni. Nak masuk maya textiles pun dah malas rasanya.



Balik semula ke riverfront. Nak ronda2 sini lagi. Hari mula tak sempat sampai ke kawasan ini. Lintas sana lintas sini. Kereta banyak pun tak risau sebab lampu untuk pejalan kaki banyak.
A024
Yang demikian ialah disebabkan mereka (mendakwa dengan) berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka melainkan beberapa hari sahaja yang boleh dihitung". Mereka (sebenarnya) telah diperdayakan dalam agama mereka, oleh dakwaan-dakwaan dusta yang mereka telah ada-adakan. (A-li'Imraan 3:24
 

Nak naik river scruise yang besar, siap ada orang hidang minuman. Tapi agak mahal berbanding naik bot biasa. Makanya kena la cari idea nak bagitau Emad kenapa tak boleh naik yang besar. Pusing pi pusing mai oklah.. boleh diterima akal kecik dia.


Naik yang mana pun pemandangan serupa saja. Pusing kawasan yang sama. Buaya? Hahaha.. takut gak aku kut2 timbul buaya tapi pakcik tu kata tak ada buaya dalam sungai ni. Hmmm.. bole caya ke? Aku memang takut dengan air.
A025
Oleh itu, bagaimana pula (hal keadaan mereka) ketika Kami himpunkan mereka pada hari (kiamat), yang tidak ada syak padanya; dan (pada hari itu juga) disempurnakan kepada tiap-tiap seorang, balasan apa yang ia telah usahakan, sedang mereka masing-masing tidak akan dianiaya. (A-li'Imraan 3:25)
 

Bot pakcik ni la kami ronda pusing sungai sejam. Nasib baik ambil sejak.. kalau ambil sejam setengah jenuh boring. Pakcik tu pulak bukan bercerita sangat. Dia duk kat depan macam tu la. Mungkin tak ditanya sebab tu dia diam kut.


Ke seberang lagi. Hari mula dah ke sini. Hari ni saja jalan2 sebab kek2 lapis dah borong hari pertama lagi. Rasa tak cukup pulak kek yang dibeli. Tapi nak tambah beli pun malas jugak. Memang aku bukan kaki shopping. Beli apa yang perlu saja. 

Balik hotel, kena berkemas2 malam ni sebab esok pagi2 pukul 7am dah kena ke airport. Flight pukul 9am. Selamat tinggal Kuching. Memang rasa nak datang sini lagi terutama kawasan riverfront ini sebab rasa yenang dan nyaman saja bila jalan2 di sini. Insyaallah, jika diizinkan, suatu hari nanti datang lagi.