Wednesday, March 28, 2012

Celik

Lihat siapa punya kerja tangan. tahun lepas lukisan ni dihantar. Sampai kami lupa mengenainya.


Dua hari lepas Yah bawa balik majalah Celik. Lukisannya dapat cenderahati. Tapi hadiahnya belum diterima. Dulu Yah, Angah dan Auni pernah dapat cenderahati utk peraduan majalah2 lain. Hadiah sampai dulu baru nama keluar majalah. Kali ni terbalik. Tunggu je la.

Monday, March 19, 2012

Look who's helping.

Ntah semangat apa hari ni, Yah menolong tanpa perlu disuruh. Mula2 disapunya lantai dapur. Habis segala tahi cicak disapu sekali. Kemudian dilap meja meletak air panas, milo kopi etc.


Seterusnya aku suruh masak nasi. Siap berapron lagi membasuh beras utk ditanak.
Last sekali aku minta bersihkan peti air. Selesai bhg pintu, "Yah dah malas la ibu." Tak dicuci bahgian dlm. Tak pe la.

Thursday, March 15, 2012

Anggur

Cuti sekolah. Nak ke mana ya? Kesian anak2 tak dpt berjalan2. Lalu aku bawa ke Ladang Anggur Tasik Beris, Sik. K.not dan anak2nya dari Sg.Petani. Berjumpa di sana.

Wah...Bestnya pokok anggur menutup kepala. Boleh tak kalau aku buat begini di rumah? Tak perlu buat owning di depan rumah. Pokok anggur aku tanam sudah menjalar di tanah.

Nak petik? No!No!No! They're watching...tengok je la
Kalau nganga confirm masuk mulut. Geramnyaaaa

Di luar ada signboard ni. Macam dekat jeeee Afrika tu.Area utk lepak2.

Tasik Beris. Ada cruise tapi kami tak ikut.


Balik dari tengok anggur, kami singgah ke Rimba Taqwa. La ni dah jadi milik PLKN. Disewa sepenuhnya oleh PLKN. Boleh mandi tapi tak bawa xtra cloth la pulak. Mana rancang ke sini pun.
Airnya jernih. Bersih.

Air terjun mengalir perlahan.

Tapi sayang. Sudah tidak terjaga. Kata sorg penghuni situ "sejak PLKN sewa seluruh kwsn, majlis bandaran sudah tidak menjaganya. Jadi semak. Tak ramai orang datang." Memang sampah merata2.

Kami berkelah dgn food yang dibeli dari sebuah kedai makan. Lai ci kangnya RM1 satu cawan.

Tuesday, March 13, 2012

Balik ke tempat asal

Cuti sekolah, mak abah dah tentu penuh dgn jemputan kenduri. Salah satunya di tempat aku dilahirkan, kg abah di Bukit Besar. Menyusuri lorong2 kecil yg makin banyak rumah dibina rapat2. Aku sudah lupa pada banyak cerita lama. Pada wajah2 yg tidak aku ingat/kenal. Tapi hairan..yg tua2 masih ingat dan akan tanya, "anak Dag (razak) ka ni?". Wahal aku tinggalkan daerah ini masa seusia 4 atau 5 thn.


Dari depan rumah mak lang Hajar (maklang Jag). Di sinilah tempat aku selalu main. Nampak tangga batu palang besi di kiri? Atas tangga tu aku selalu lepak, rumah Tokwan U. Rumah paling besar dlm perkampungan ni pada masa tu. Sekarang rumah itu kosong. Anak2nya masing2 sudah berumah sendiri. Tiada yg mahu menghuni di sini.

Antara rumah maklang Jag (kiri) dan Tokwan U (kanan) di belakangnya bukit yang besar. Mungkin itu asal nama kg ini. Dulu aku tak berani ke situ. Bukit dipenuhi hutan. Tidak tahu apa yg menghuni di atas/dalamnya. langit itu tidak kelihatan dulu.


Dari atas bukit yg berbaki 4-5 meter tinggi. Hari ini aku memanjat bukit yg ditakuti dulu. Atasnya sudah ditarah dan dijadikan perumahan. Itulah rumah maklang jag dari belakang.


Jalan ke atas. Nampak Angah dan Yah sudah di sana? Aku baru bermula.


Hanya dataran rata.


Ada kilang di sana. Ada rumah orang juga.


Bumbung rumah maklang dan bangunan sekolah An-Nahdzoh.


Bukit yg aku takuti sudah digondol utk dihuni. Ada penempatan rumah sendiri dan ada juga penempatan pondok utk org2 tua. Ia bukan bukit yg besar lagi. Sudah menjadi tanah yg tingginya boleh didaki. Kenangan aku di kampung ini kurang sekali kerana aku lahir dan dibesarkan sehingga berumur 4/5 thn saja. Kemudian kami berpindah ke Sg.Petani.


Adakah aku akan merindui perkampungan ini lagi? Sedara-mara sendiri aku kurang kenali. Bagaimana bila abah dan mak tiada nanti? Akan ke sini kah aku nanti membawa anak2 menyusuri lorong2 hidup aku sewaktu kecil? Mengenali saudara-mara yang tidak diingati? Allahuakbar! Aku sendiri tak pasti.

Walimah

Balik ke kampung baru2 ni, mata aku tertarik pada sebuah buku tulis atas meja di umah mak. Buku sekolah sapa pulak letak kat sini? Tak mau guna dah ka? Aku ambil dan belek kut2 anak2 buah punya.

Wah. Menarik. Ada logo macam sekolah punya. Tapi di bawahnya "WALIMATULURUS"! Nama pengantin pompuan n lelaki dan tarikh kenduri di muka depan. Apa ada di dalamnya?



Pantun... dan gambar pengantin hitam putih.



Buka lagi. Aturacara majlis.


Tuan yg dijemput, bila dan di mana.



Akhir sekali peta ke rumah pengantin.




Abah kata pengantin kerja di kedai percetakan. Patutlah dia boleh buat printing macam buku sekolah. Macam2 kreativiti org sekarang utk cetak kad jemputan. Zaman aku dulu mana ada semua ni. Sempoi ja..kad jemputan zaman aku mahal. Sib baik kak aku sponsor sikit..huhuhu.



Makan Time

Keluar makan bersama Marina Jumaat lepas. Kami menuju ke gerai menuju ke Queensbay. Errr..apa nama ye area tu?


Ketika sampai lauk-pauk sudah hampir habis. Memang ramai pelanggan. Makanan Alhamdulillah...sedap.

Kedainya di tepi pantai mengadap Pulau Jerejak. Tapi pantainya air dalam.


Nun di sana kelihatan Pulau Jerejak.


Bangunan kediaman berhampiran gerai makan.


Gerai yg dibuka tengahari cuma satu. Tapi malam nanti ada dua tiga gerai lagi buka. Tentu meriah. Insyaallah akan ke sini lagi jika ada kelapangan. Terima kasih Marina belanja aku makan.


Wednesday, February 22, 2012

Sudah tiada

Ingat lagi cerita Meow yg kami bela. Kini Meow sudah tiada. Tiada yg bagaimana? Begini kisahnya.


Pulang bercuti dari Trengganu masa Krismas tahun lepas, Meow tiada di rumah. Dua hari kemuadian suami jumpa Meow dlm longkang depan rumah. Dia tak boleh lompat keluar. Rupanya2 satu kakinya terhencot2 (patah ke?). Aku sapukan minyak dan bagi makan sprt biasa. Esoknya Yah bagitau ekor Meow tak naik. Asyik meleret je. Apahal lak?



Jadi suami bawa Meow ke veteriner. Dr kata meow dilanggar. Ekownya tak dpt berfungsi sprt asal. Kencing dan berak perlu dibantu. Jadi utk dua hari suami yg bantu Meow utk picit pundi kencing untuk keluarkan kencingnya. Dia juga yg beri Meow makan.



Sejak hari itu Meow tak dapat control pembuangan najis dan kencingnya. Parking rumah aku bertaburan dgn najisnya. Kena la basuh serajin mungkin. Ini yg leceh bila ada haiwan yg dibela. Anak2 sudah tak boleh bermanja dgn Meow. Meow juga tak dibenar masuk ke rumah lagi.



Akhirnya, Jumaat baru ni bila mak aku mai umah, dia uruh buang Meow. Dah lama aku nak buang tapi kesian. Aku tak tau dimana suami bawa Meow. Mak aku yg ikut. Sudahnya, sudah hampir seminggu Meow tiada dan aku pula masih teringatkan Meow. Sihatkah dia (tentu tak la sebab dia sakit), makan ke idak? Dok merayau di mana la ni? Kesian Meow sebab tidak mendapat tuan yg baik sebaik mamat ni http://http//kakimotong.blogspot.com/. Satu sebab penting yg aku perlu jauhkan Meow ialah aku tak mau jiran sebelah menyimpan rasa marah kalau Meow asyik membuang di lamannya. Memang org sebelah tak penah sound tapi siapa tahu? Lagipun kami selalu tiada di rumah dan Meow asyik tumpang makan di rumah dia saja. Kesian meow jiran tu (adik/kakak si Meow aku) tak ada kawan utk bermain.



Semoga Meow selamat walau di mana dia berada. Maafkan kami Meow sebab tak dpt menjaga Meow.