Thursday, April 17, 2014

Sekitar Haram

A201
Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka". (Al-Baqarah 2:201)

7 Muharram 1435H = 11 November 2013

Esok dah nak balik Tanah air...isk..isk..isk.. Batuk aku menjadi2 tak kebah2.. sejak balik dari Mina.. aku la yg paling teruk dalam bilik tu.. batuk tak henti2.. depa nak tidog pun terganggu. Sampai la ke Madinah.. pun aku jugak. Hingga terpaksa ke klinik sebab batuknya sampai sakit dada dan perut.. sakit yg menyucuk2.... Esok dah nak balik...

Hmm... batuk sakit pun kena ambil peluang last ronda2... Entah bila pula dijemput datang ke sini wallahualam.


Ini on the way to Pasar Kurma kalau tak salah. Sekali lagi.. semua gambar di post ni hak milik Rizam. Terima kasih.


Ini dari pasar Kurma.. nampakminaret Nabawi dan payung masjid?


Kat Pasar Kurma lagi ni.. shopping last minute rasanya. masing2 nak bawa balik buah tangan.


Salah satu bangunan hotel di situ.. keliling kawasan masjid dipenuhi hotel saja.


Itu masjid. Laulan balik ke hotel bila hampir waktu solat dan lepas waktu solat memang dipenuhi penjual2 kereta tolak. Masing2 menawarkan harga yg murah..murah...


Kadang2 beli dgn depa lebih murah padahal kualaiti dan barang sama saja dgn kedai.


Jam besar yg ada.. agak lengang masa ni... si baju2 oren dah mula bertugas selepas beberapa hari kes penghantaran pendatang2 asing sibuk dikatakan di media masa sana. So dalam seminggu juga kota Madinah dipenuhi sampah sarap kerana tiada org membersihkannya. Nak jumpa tong sampah? jgn harap la.. memang tak ada tong sampah.. Depa ni jenis buang sampah di kaki lima dgn harapan ada org akan bersihkan... sedih sekali.


Suasana malam memang hidup di sini. Seronok sebab tak panas.. boleh jalan2 cuci mata.. sopping2..


Bila lagi nak ke sini. Dua tahun lagi aku berazam nak bawa family aku mai sini Insyaallah. Biar mereka merasa suasana tenang di sini... Ya Allah. Perkenankan permohonan kami..Amin.

No comments:

Post a Comment