Tuesday, April 22, 2014

Selamat tinggal Madinah

A200
Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia". (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat. (Al-Baqarah 2:200)

8 Muharram 1435H = 12 November 2013

Allahuakbar..Masyaallah.. dah nak balik rupanya.. seperti belum puas merasi nikmat berada di bumi jasad Rasulullah bersemadi. 

 

Jadual pulang sudah sedia ada sejak kami tiba di Madinah.. cuma menghitung hari tibanya saja. Sedihhhh


Selepas solat subuh, kami ziarah wadak Rasululullah buat kali terakhir... Ya Allah.. jemputlah kami datang ke sini lagi.. sedihnya kami utk meninggalkan kekasihMu Ya Allah... Hibanya kami utk meninggalkan bumi Madinah ini Ya Allah...


9.25 am bersedia utk naik bas. Bersama kami hanya beg beroda dan beg sandang saja. Beg2 besar utk kargo sehari sebelum dudah ditimbang di hotel dan sudah dibawa ke airport oleh pihak bertanggungjawab. Jadi kita tak perlu bersusah-payah nak bawa banyak2 beg. Semuanya beres. Tungggu ambil di Malaysia saja nanti.


Kami sebilik di Madinah. K.Ram, Aku, K.Aziah dan K.Nor. K.Ram ni orang lunas juga.. rumah dia ngan rumah aku ada dlm 10 minit.. bukan jauh pun. K.Nor pula org Kulim.. ceria saja dia.. suka benar gelak.. happy memanjang walau kasut dia berulang-kali hilang di masjid Nabawi. Hilang beli hilang beli pastu jumpa balik yg hilang..


Suami (betul la..kurus benar), Ashri dan Halim sebilik di Madinah. Rizam di kanan sekali dari bilik sebelah.. Jurugambar amateur ni.. cantik2 gambar dia ambil yg aku tumpang pinjam sekali.


Sepanjang perjalanan ke airport rasa sayu saja. Nak datang lagi... nak datang lagi...



Kapal tak tiba lagi.. Kecik saja rupanya epot Madinah ni.. kedai makan? huhuhu.. ramai yg lapar.. makan je la apa yg ada. Ada satu kedai jual kek dan minum.. itu pun habis sebab yg ada cheececake n chocolate cake saja beberapa ketul. Betul2 tak mesra penumpang nih. 


Kat dalam macam tu juga. Jual wafer2 n air.. mana tahan.. Sabar je la sementara tunggu dapat makan atas kapal nanti. Sementara tu meh kita tengok siapa yg ada.


Kami sebilik berenam di Makkah. Balik dari Madinah tinggal berlima...K.Milah terpaksa pulang awal atas masalah kesihatan suami. Bukan rezeki dia utk berada di Madinah masa ni.. Insyaallah.. dia akan datang lagi. Yg kiri sekali tu Mak long. jiran kami di Mekah dan jadi roomate Min n K.Has di Madinah.


Agak2 apa dalam kotak yg berkotak2 ni? Air zamzam? tak mungkin...


Al-Quran... yang diberi kepada setiap jemaah haji yg pulang ke tanah air. Masyaallah...


Dah letih menunggu. Maklumlah.. tiba jam 12.. kapal jan 3.30 nanti... nak melilau mana lagi? Ruang tu bukan besar pun. Once dah ada di situ memang tak boleh keluar dah. Bukan macam epot kita.. ada lagi kedai2 utk ronda2 ada kedai2 utk lepak2 makan2. kesiannya kat pakcik makcik yg dah uzur.


Akhirnya... berangkatlah kami semua. KT50 yg dalam 279 jemaah aku rasa. Sedihnya... Roomate Mekah roomate Madinah.. jgn lupa sesama kita ya..  Ampun maaf andai ada terasa terkasar bahasa atau apa saja. Minta halalkan makan minum sepanjang bersama. Kita jumpa lagi di bumi Malaysia Insyaallah. Semoga semuanya pulang membawa haji yg mabrur,, haji yg berkati.. dan terus beritiqamah dgn amalan masing2.. Amin.

No comments:

Post a Comment