Friday, March 20, 2015

Masjid Nabawi

A146
Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian). (Al-Baqarah 2:146)
Kami tiba di Madinah sudah petang. Menunggu bilik siap untuk masuk sudah hampir jam 3. Makanya, jamak zohor dan asar sahaja di bilik. Maghrib baru berkesempatan ke masjid beramai2. Tidak ada sesi ziarah dalaman seperti musim haji. Jadi, pandai2lah menuju pintu mana yang boleh dimasuki.
 
A147
Kebenaran (yang datangnya kepadamu dan disembunyikan oleh kaum Yahudi dan Nasrani) itu (wahai Muhammad), adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu. (Al-Baqarah 2:147)
 
Membawa mereka ziarah junjungan kita terlebih dahulu. Sampaikan salam buat Rasulullah dan sahabat2 baginda. Kemudiannya terus pusing masjid ke arah perkuburan Baqi' sekadar memberitahu anak2 di situlah jenazah2 disemadikan. Teringat musim haji dulu. rasa sebak la pulak.
A148
Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-Baqarah 2:148)
Aku bawa mereka ke pintu 25. Pintu yang biasa aku masuk setahun dulu. Pintu lain yang hampir ke kawasan lelaki kalau waktu azan memang tak boleh masuk dah. Jemaah hingga ke tangga. Seperti biasa, dataran ini menjadi saksi jemaah2 yg datang dari seluruh dunia.
A149
Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan. (Al-Baqarah 2:149)
Senibina masjid ini memang sentaisa mengkagumkan aku. Binaanya penuh seni. Berada di dalamnya amat menenangkan sekali walaupun kedengan bunyi anak2 kecil menangis dan menjerit. Perkara biasa di sini. Alhamdulillah Emad tak buat perangai macamtu.
 
A150
Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi (sebarang) alasan bagi orang-orang (yang menyalahi kamu), kecuali orang-orang yang zalim di antara mereka (ada sahaja yang mereka jadikan alasan). Maka janganlah kamu takut kepada (cacat cela) mereka, dan takutlah kamu kepada Ku (semata-mata); dan supaya Aku sempurnakan nikmatKu kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (mengenai perkara yang benar). (Al-Baqarah 2:150)



Selepas solat isyak kami balik hotel. Penat masih terasa. mak tak ikut masa ni sebab masih kepenatan. Raudah? Esok kita cuba ke sana. Balik rehat dulu.


1 comment:

  1. Alhamdulillah... Hrp2 kami pun berpeluang ke sana sekeluarga mcm hampa gak... In shaa Allah

    ReplyDelete