Wednesday, March 9, 2016

Sarawak 2

A018
Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (A-li'Imraan 3:18)

 

Hari kedua, sarapan dulu di KFC, sebab tak tau nak cari gerai makan kat mana. Senang sikit nak buat temujanji sama Josephine (Jaws). 20 tahun ooo tak jumpa dia. Sejak balik dari Arizona. Terus hilang dari radar. dapat saja dalam facebook mesti mau jumpa. Terima kasih Jaws sudi jumpa aku. Terung dayak kamu kasi sudah habis aku buat sambal. Memang sedaplah.


Dalam perjalanan ikut laluan Papago handphone aku, perasan pulak kedai Abdul Wahet. Macam nama itu Tiga Abdul lah.


Halatuju seterusnya ialah Sarawak Cultural Village. Dalam sejam juga nak sampai ke sana tapi ini wajib dilawati. Bukan senang nak sampai Kuching. Impian terlaksana akhirnya. Ada pasport masuk. bayaran.. kalau bukan Sarawakian, siaplah seorang Rm60. Tapi berbaloi juga aku rasa.


Setiap rumah di dalam kawasan dibina mengikut suku kaum yang ada. Bidayuh, Kadazan, errr.. dan lain2 lagilah. Aku sudah lupa. Ini yang utama rasanya. Ada dewan persembahan.


Setiap rumah yang dimasuki ada yang menjaganya. pakcik di atas tu menerangkan tentang kerjatangan ukiran patung2 daripada kayu. Yang di bawah pulah dari rumah lain. Terpegun aku tengok dia menyulam benang. Camna dia susun jadi corak memang aku tak boleh nak faham.


Ini rupanya yang aku dok nampak dalam gambar2 mereka yang pernah ke sini. Seronokkan Emad jalan atas ni. Boleh tahan jauhnya sampai kena dukunglah awang kecik tu bila dah separuh jalan.
A019
Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. (A-li'Imraan 3:19)


Pitstop utk dapat cap pasport tadi dari setiap rumah yang dilawati. Seronok pulak si Emad memenuhkan pasport rumah2 yang ada. Ada rumah yang kita cap sendiri saja. Memang diletakkan disitu, 'Sila cap sendiri pasport anda".
 

Adoii.. tinggi ooo tangga rumah ni. Kena pulak nak dukung budak kecik tu. Nehe nehe nehe. Aku tunggu tengok saja. Kosong pun kat atas tu. Rumah2 mereka memang tangganya daripada batang pokok yang ditarah menjadi begini. Kena hati-hati.


Rumah terakhir sebelum ke rumah Cina dan rumah Melayu. Memang tinggiiiii. Tapi sejuk nyaman saja. Tangga tepi tu tengok saja la. Aku turun tangga lain yang kurang sikit tingginya. Bukan gayat tapi takut jatuh hahaha. Hujan dah mula turun masa ni. Lebat jugak la.


Sebelum itu, sempat tengok persembahan jam 3.30. Di bahagian luar dewan ada kucing macam Doraemon ni. Comel bangat.. hihi. Persembahan di dalam tahan. Penuh dengan tarian tapi agak mengujakan. Terutama bila encik berbulu kenyalang di kepala ini buat persembahan memburu di hutan. Nak menari bersama2 pun boleh di hujung acara. Memang ramai la naik pentas masa tu.
A020
Oleh sebab itu jika mereka berhujah (menyangkal dan) membantahmu (Wahai Muhammad), maka katakanlah: "Aku telah berserah diriku kepada Allah dan demikian juga orang-orang yang mengikutku". Dan bertanyalah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab, dan orang-orang yang "Ummi" (orang-orang musyrik Arab): "Sudahkah kamu mematuhi dan menurut (agama Islam yang aku bawa itu)?" Kemudian jika mereka memeluk Islam, maka sebenarnya mereka telah memperoleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (tidak mahu menerima Islam), maka sesungguhnya kewajipanmu hanyalah menyampaikan (dakwah Islam itu). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat (tingkah laku) sekalian hambaNya. (A-li'Imraan 3:20)


Destinasi setgerusnya dalam hujan lebat tadi, ke Muzium Kucing! Ini pun wajib ni. Nak tengok ada kucing macamana.


Hahaha... puas dia paksa kakak2 dia untuk posing kat kucing2 ni. Nasib baik tak paksa aku sekali. Dalam muzium ni macam2 tentang kucing ada termasuklah si Doraemon tu. Poster, cenderahati, pakaian, souviner dan segala macam lagilah yang bertemakan kucing.


Akhir sekali untuk hari ini, nak pi tengok orang utanlah konon. Sampai sini dah pukul 5 petang. Aku tanya kerani kaunter. Katanya tutup pukul 4 sebab orang utan dah masuk tidur kul 4 tadi. Di Matang ni seperti sekolah rendah la untuk orang utan tu. Sekolah menengahnya di tempat lain.  Lagipun katanya musim buah ni orang utan jarang mau keluar tunjuk diri. Hmmm.. tak dapat hari ni esok kita pi tengok di tempat lain.


Dalam perjalanan balik, sempat lagi singgah makan durian. Dalam hujan ni. Budak2 tidog dalam keta. Kami berdua saja. 4 biji durian yang kecil2 RM9. Isi semua memang superb. Tebal-tebal. Dah kenyang, jom balik. Dalam kereta Angah tanya "makan durian ka?" Yang tadi orang ajak tak mau ikut, nak tidur.. hah.. melepaslah.

No comments:

Post a Comment