Tuesday, July 19, 2011

Hari Anugerah Kecemerlangan 2011

16 Julai baru2 ni SK Pauh Jaya telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan utk murid2nya. Bersemangat la Yah nak ambil hadiah. Angah pun sama selain mengambil bahagian dalam Coral Speakinh n Melodian.

Yah diapit oleh Adam Badruzzaman dan Adam Afif

Angah n geng drjh 5

Berjubah

Giliran Angah

Angah dgn persembahan melodian

Hadiah cabutan bertuah tapi bukan aku punya. Tolong ambil utk empunya Berkongsi Cerita

Hadiah Angah satu. Selebihnya Yah punya.

Tahun depan bagi dapat lagi. Cuba dapatkan kedudukan pertama. Kalau boleh ibu nak tengok Yah ambil hadiah tokoh akademik 2015. Untuk Angah ibu tahu kemapuan Angah. Dapat 5A utk kali ni Angah cukup seronok siap nazar puasa 2 hari. Semoga kekal 5A hingga thn depan.

Friday, July 15, 2011

Barangan baby

Walau jarak dgn Yah dah 8thn tapi aku tak rasa teruja pulak. Apatah lagi nak sopping barangan baby. Tambahan pulak baby boy kali ni. Yg pasti namanya telah aku sediakan bertahun2 yg lepas. Sekiranya ditakdirkan aku mengandung lagi dan mendapat baby boy..nama itu pasti diberikan padanya. Nak tahu? Carilah sendiri..kalau A=Auni, B=Busyra, C tiada sebab abahnya tak mau (walau aku dah sediakan satu), D=Dalilah, boleh agak kut boy ni pasti E=????? Apa2 pun tungguuuuuu.


Hmmm..barang2 dia memang belum beli. Yang ada:

1. Katil baby (adik aku Anis nak bagi, anak dia tak guna dah). Seingat aku dah 3 anak tak penah sorang pun tidur atas katil baby. Semua tidor atas tilam yg dihampar atas lantai. Senang, tak yah nak angkat2 lagi. Rasanya malas nak guna yg ni.

2. Baby car seat. Yang ni memang dok ada di rumah mak aku. Kak aku ngan adik aku punya. Memang aku guna yg depa utk anak2 aku. Simpan pun buat apa.

3. Stroller. Tak dak pun tak pa. Seingat aku aku utk 3 org anak aku penah guna sekali ja. Masa ke zoo taiping utk bawa Angah (10thn dulu). Itu la sekali aku guna, pengasuh Angah pinjamkan. Cukuplah sekali, lebih baik dukung je anak2. Lecehla bawa natang ni. Nak angkut masuk keluag keta. Nak buka nak lipat. So... tak dak natang ni pun aku tak kisah.

4. Besen mandi? Adik aku Pozan nak bagi anak dia punya. Bole saja.

Lain2 memang tarak. Bo liao. Bila nak beli niiii?

Friday, July 1, 2011

Bekas air

Dah lama Yah minta buatkan bekas utk letak botol air dia. Dia nak galas macam Angah juga. So, bercinta juga la aku nak buat satu utk Yah.



Tadaaa...semalam sudah siap selepas 3 hari potong jahit rehat potong jahit rehat. Seronok dia akhirnya boleh galas botol air ke kantin. Mesti kawan Yah heran katanya.

Thursday, June 23, 2011

Kenapa?Why?

Ada yg bertanya. Banyak2 tempat awat yg hang pi Yangon? Awat hang tak pi Australia ka..Turki ka..Dubai ka..China ka...? Kan tempat2 tu femes..org suka pegi..jalan2 atau sopping2.

Hmmm..kenapa ye? Why aku tak pi semua tu? Sebabnya ialah....

1. Bajet aku tak cukup. Aku cuma jutawan rupiah ja.

2. Tempat2 aku pegi nilai tukaran wang rendah dari RM..aku mampu lagi.

3. Aku punya Duit ma..aku punya suka la..

4. Tempat2 tu dekat..lam 1-3jam dah bole balik kalau apa2 hal terjadi.

5. AKu nak jln2 di ASEAN dulu.

6. Paling penting..aku belum gi HAJI lagi....HAJI wajib wei..duit dah cukup tunggu giliran je..Insyaallah 2 thn lagi. AKu nak gi HAJI dulu. Lepas tu bole la nak jln jauh2 sikit (bila mampu).

Wednesday, June 22, 2011

Bangkok

Flight dari Yangon 8.35am FD3771. Kami tiba di Bangkok around 10.30am (1 jam dari sana). Sampai je terus ada signal. Apa lagi, call Malaysia la. Lepak di epot jap then amik teksi bermeter dlm 160Baht (RM16) ke hotel.

Turun dari flight, bas A.Asia dah tunggu. Nak ke terminal check out jauh gila..about 15 min lam bas. Kena berdiri. Masa tu lak hujan renyai2. Semua passenger lam FD3771 muat satu bas.

Book tru internet better n murah. Masa kami register dia minta deposit 500Baht n bayaran 1970baht. Nasib baik aku bawa print out booking n payment 1600baht(RM160) utk 2 mlm. Selamattttt. Ini Regent Ramkhamhaeng Hotel Apt.

Biliknya luas dan selesa. Cuma dpt complimentary drinks 2 botol. Teh n coffee ada tapi kena bayar. Yg bawah tu restoren dia. Hotel ni milik Muslim. Ada 3 hotel Regent ni di Thailand. Food dijamin halal. Sini la kami bfast, lunch n dinner. Staf ada yg bole cakap Melayu. Nak tukar USD ke baht pun bole di sini tapi kalau nak price better pegi bank la. Dekat je.

Petangnya, drebar bawa kami ke shopping mall sini. Besar juga. Dekat luar shopping mall tu ada bazar. Kat bazar tu la aku shopping..biasa la..cari keychain n fridge magnet tapi tak dak.

Ini view dlm mall. cantik fountain dan sungai dia. Kalau duk kat bawah rasa relax ja. Dlm mall ni banyak bank. Kami tukag duit kat sini. Bagus la kalau mall2 kat Sbrg Perai ada bank kat dlm. Kan senang...tak yah nak keluag cari parking lain. Ronda sikit2, beli barang sikit2 balik hotel. Letih la.


Esoknya, lepas bfast 7.30am kami terus ke floating market. Perjalanan patutnya 2 jam tapi sebab time tu org pi keja so jam la atas highway. Pi balik dia charge 2400baht sebab di luar Bangkok. Singgah kat stesen minyak ni, buang air la...tandas mak aiiii...bersih n selesa. Air pun ada tak yah risau.

Drebar bawa kami ke point ownernya muslim juga. Charge boat 1500baht. Wahhhh..teruja aku..selalu dok tengok kat tv je..now rasa betul2.

Robot dari besi. bekas dari tempurung. Kreatif betul. Tak beli sebab agak mahal lagipun nak buat apa? Omputeh suka la benda2 camni. Dah jumpa keychain n magnet yg aku cari, apa lagi balik la. On the way balik singgah beli buah lychee yg dijual sepanjang jln.

Sampan yg digantung kat rumah2. Sempoi. Bawah tu makcik juag pisang bakar pastu pisang tu ditekan bagi lembut.

Balik dari market, kami dibawa makan di restoren ni. Area ni namanya Pratunum. Then jln2 jap kat bazar n mall dia. Di sini kalau nak shopping memang bagus. Foreigner pun ramai ke sini esp Blacks n Indians.

Our Muslim driver, called Mr.Sumsue. Pakistan born married to Thai. Depa dua order briyani ikan. Biasa je aku rasa.

Ni aku punya. Nasi goreng seafood. Banyak kauuuu. Ingat kan tak abis..lapar punya pasal.

Ni yg aku beli kat Pratunum. RM28 n RM10. Ok la tu sebab beg aku pun dah koyak. Kami tak ronda lama sebab aku tak larat, perut lak tak sedap. Balik hotel rehat n tido. Malam2 kami keluar ronda2 kat gerai2 jualan tepi jln. Dalam 2 min je naik jejantas. Abis ronda balik. Malam kedua tu aku pi urut kaki (pun around the conner hotel je) RM16 satu jam. Best gila..kat sini mana mau dpt RM16? Laki aku tunggu tengok je la.

Malam tu jam 3 am perut aku buat hal. Sampai jam 10am ayik memulas je...berulang-alik ke tandas. Alamak...sabar la baby..tunggu balik Mesia dulu. Flight 1.55ptg sampai Penang 4.30pm. Punya besar epot dia, terminal A.asia nun di hujung sekaliiiiiiiiiii....jauhnya aku nak berjln. Errr..abang, saya duk atas troli u tolak boleh?

Nota:
The day b4 jiran call tanya kucing hitam aku tinggalkan lam rumah ke? Hah!!! sudah..bila lak aku letak meow lam rumah? Ini mesti meow tu tido bawah sofa masa kami keluag. Ni yg maleh bela ni tapi kesian kat anak2...meow..meow. Jenuh la balik nak mencuci. ALhamdulillah key ada pada K.Pah. Idah n Zaimah tolong keluarkan meow n buang najis dia. K.Pah n MCik Aini tolong cuci next day. Terima kasih jiran2ku. Aku balik jemur sofa 4H4M sampai hilang bau.

Yangon, Myammar

Balik dari Jakarta hari Selasa. Hari Sabtu kami berdua terbang lagi. Dari Penang at 2pm ke KL. Then terus check in for Yangon flight at 5.05pm = 3.35pm waktu Yangon. Sekali lagi kami tiba magrib sebab cuma ada one flight saja. Dah kena masa ke Jakarta, this time kami order dua bekal atas AirAsia utk buat bekal dinner di hotel nanti. Jadi, tak perlu nak cari kedai makan halal malam2 nanti.

Yangon dari cermin AK850 yg dipenuhi warga Myammar. Foreigners like us hanya beberapa kerat saja. Hanya sawah padi yang luas. Rumah2 letaknya berjauhan. Rasanya bukan musim padi sebab tak nampak hijauuuuu.

Yangon International Airport. Kecil saja. Maybe macam epot kat negeri2 di Mesia kut. Di dlmnya lengang dan tak sibuk. Sat saja selesai check in. Hanya ada satu kaunter foreign bank of Myammar tapi tak bole tukar duit di situ. Tiada gerai2 jualan. Hanya kaunter imegresen.


Bilik hotel yg agak selesa kecuali tidak disediakan teh atau kopi. Tiada boiling kettle (kena minta dr room service). Katilnya mudah bergerak silap2 leh jatuh tergolek. Hero aku tengah posing masa baru sampai. So mlm tu kami makan bekal nasi yg beli on flight tadi.

Inilah Thamada Hotel n kafenya (pork saja2..minum teh n oren je la). Kat bilik tadi dah makan maggi, buah n maruku yg dibawa. Masa check in semlm we met 3 men (veteran) dr Selangor. Depa baru lepas bercuti di Jkta, Jogja etc one week. Now in Myammar for one week. Tapi rasanya depa ni Siamese kut bila tengok nama so tak risau on food like us. Oh ya. Depa kena pay USD44 utk another room. Aku dah book tru Agoda.com for one room 2 nights utk USD54 (about rm164). Lebih untung.

Kehidupan org sini ringkas dan mudah. Lihatlah pakaian mereka. Beginilah mereka bekerja. Bagi lelaki, kain pelekat (ikat cam org pompuan kita), kemeja/t-shirt n sandal. Di mana2 begitu. Wanitanya pula kain batik/sarung dan blouse/t-shirt. Simple. Mekap? Susah nak jumpa wanita2 yg bermekap dgn pakaian ranggi or up to date.

Yang ada ramai bermekap begini. Bahan dari sejenis pokok utk diletakkan dimuka dan dahi (wanita dan kanak2 L/P). Utk kecantikan kata drebar kami Mr.Than Htay. Oh ya. Ni di kedai kamera nak beli cleaner camcoder. 6000Kyat (bunyi macam chiat). Tak terima USD. So drebar guna duit dia dulu. Nanti ganti.

Sedang tukar USD ke Kyat. Hanya ulat2 duit yg drebar kenal. Katanya kalau di tpt tertentu kita bole ditipu. Pastikan USD berkeadaan baik. Rosak sikit pun akan direject (tapi Kyat yg koyak rabak masih diterima). USD kurang laku kerana nilai sudah jatuh. 750Kyat=1USD. So lebih kurang RM1=250Kyat.

Seterusnya dia bawa kami ke Sg Yangon. Org ramai dari dan ke seberang naik bot/kapal. Di depan jeti tempat kargo2.

Menjual sirih di tepi jeti. Warga Myammar suka makan sireh termasuk drebar kami. Kalau jln sambil tunduk boleh nampak atas koridor jln dipenuhi bekas ludahan sireh depa. Merah bertompok2.

Lokasi seterusnya National Museum . Hanya gambar ini yg boleh. Tak dibenarkan bawa masuk kamera, hp dan camcoder. USD5/person utk tiket. Kalau guna khidmat staf dia sbg pemandu di dlm utk explain macam2 6000Kyat (x mau USD). Kami guna khidmat ni sebab boleh tahu cerita dan sejarah depa. Dia pun good in English n buat kajian banyak tentang sejarah Myammar. Menarik tapi aku penat sebab dok bawa baby 5 bln.

Then yg wajib cari masjid. Jumpa budak kat kedai gems tepi masjid. Tanya dia waktu2 solat. Masjid tak buka lagi. Perhatikan frame2 gambar tu. Semuanya dibuat dari batu permata. Myammar terkenal dgn Land of Gems. Murah atau mahal aku tak tahu sebab aku tak minat. Lapar tak? Belum lagi..so kita ke tempat lain pulak.

Di Karaweik lake . Klik link utk lebih info. Nak masuk kena bayar. Bawa kamera n camcoder kena bayar. Tentu dalam Kyat. Tapi kami tak masuk dlm hall n restoren dia. Tak larat dah aku. Sat gi nak shopping kena simpan tenaga.

Kami di bawa ke sini utk shopping. Tourist attraction. Memang ya pun..ramai sgt dan jumpa Chinese family dr Malaysia yg dah one week di sana. Aku nak cari key-chain (anak2 suka collect) dan fridge magnet (koleksi aku). Kain ela juga ada tapi satu ela RM15. Beli juga utk baju raya anak2 n utk mak. Taraf hidup rakyatnya rendah tapi kos hidup mak aik...tinggi. Kalau convert duit kita barang dia memang mahal2.

Masjid yg femes katanya. Dah buka utk solat zohor. Jam menunjukkan waktu utk solat bukan waktu masuk solat. Waktu masuk solat lebih awal dari jam tersebut.

Dekat dgn masjid ni ada kedai makan Halal Shin Thant. Ownernya pandai cakap Melayu sebab penah keja di sini utk beberapa tahun. Family dia pun ramai tinggal dan kahwin org sini. Kedainya sgt bersih. Tandas pun bersih. Tu si drebar tgh bercerita. Oooppp Kyat tak cukup. Bagi drebar USD50 utk dia pi tukar. Kami tunggu di kedai.
Kami order sayur campur, udang sweet sour dan siakap. Drebar minta mee goreng. Semuanya abour RM51 kut. Lebih kurang macam sini gak. Ikan ni tak abis, jadi kami tapau bersama nasi kosong utk makan malam di hotel nanti. Selamat satu bab. Oh ya..minuman air kosong..dia tak jual jus or teh tarik etc.

Last place to go. Dah letih. Shedagon Temple. Ada empat pintu masuk. Kami went tru south door. Luas gila. Sekali lagi khidmat pemandu pelancong di dlm 5000Kyat. No USD. Itu emas tulen tu. Setiap 4 thn ia ditukar. Gila kaya tapi tak dak pulak org nak kikis emas tu. Boleh baca lanjut di link. Myammar memang banyak pagoda. Tak kuasa aku nak tengok semua tu. Balik dari sini hujan macam masa ke Jakarta juga. Musim monsun kut.

Aku dah letih sgt. Jom balik hotel la (baru jam 3.30pm). Boleh rehat. Esok flight ke Bangkok kul 8.35am. Jam 6 am dah kena keluar.


Panduan:

1. Khidmat teksi dr epot ke hotel kami USD10. Ambil resit di terminal.

2. Utk ronda2 9am-5pm USD60 cajnya.

3.Bawa USD cash n tukar di sini. No bank to withdraw. No ATM there. Semua cash termasuk hotel (unless book online yg lebih mudah n murah).

4. Pastikan USD berkeadaan elok sprt baru amik dr bank. Masa nak tukar depa belek habis-habisan. Kaler berubah pun depa reject.

5. Kredit card tak laku sini.

6.Kereta/teksi dah berusia 20th lebih. Mereka dikawal kerajaan. So kereta susah masuk (kalau ada pun bisenes people). Harga Toyota Crown yg 20th pun dah USD22000. Gila mahal ooo.

7.Keselamatan Insyallah terjamin. Tinggal barang lam kereta tak sapa peduli. Tapi jgn la buat.

8.Kalau nak ke other places like Mandalay dan Bagan kena amik flight dari Yangon le jawabnya. Jauh sgt..kalau by cars dlm 12jam lebih. (ini mau seminggu di Myammar macam 3 veteran tadi)

9. Nak halal food cari masjid, pasti ada halal restoren berdekatan.

10. Aku buat roaming tapi hampeh. Tiada signal. So carilah cyber cafe yg bole buat international call. Itu pun call guna line internet...line tak clear. Ianya sangat murah.

11. Bawa bekal sebagai spare bila terdesak.

12. Lupa lak. Visa RM80 di embassy kat Ampang. Epot tax USD10/person.

Khidmat Mr.Than Thay (kebetulan kami naik teksi dia)
Oversea call:00959-5128003
thanhtaycarservices@gmail.com

Tuesday, June 21, 2011

Diari Yah

Mari kita baca apa Yah tulis utk trip ke Jakarta.















Tulisan Jawi tu Tokwan tambah.


Nota: Masa lepak di hotel kami nonton channel yg ada.

1. Crita Indon tak dak pulak..ada satu je tu pun mlm rasanya (kita lagi banyak tayang cita indon dari indon sendiri..ntah apa2).

2. Crita Melayu confirm tak dak langsung.

3. Ada Upin Ipin cakap BM. Tapi..apasal aku tak penah tgk siri tu kat TV9? Asyik ulang siri sama ja kat TV9. Cemuih aku. Kat indon lak tayang yg baru2.