Friday, December 9, 2016

Mari kita mancing

Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.


Dah lama aku tak mancing. Rasa rindu pulak. Last sekali mancing Januari 2015 dulu. Sejak tu, sejak mak tak sihat, dah tak ada geng nak pi mancing. Tapi, bila tiba2 teringat dan teringin, aku tanya maklang. Baik punya port mancing kali ni. Kat sawah mana ntah di Alor Setar nun. Macam jauh, tapi sebab alang2 hantar Angah, apa salahnya.


Budak berdua ni kalut je lebih. Bukan depa yang mancing pun. Main ja banyak. Hasil mancing banyaknya Maklang yang dapat. Aku pun banyak juga.. ikan temekong. Suka benar curi umpan.


Ini taliair seberang jalan budak2 tadi. Alhamdulillah jalan ni tak sibuk dengan kenderaan. Hasil pun boleh tahan dengan talapia yang besar2 ni. Maklang bagi 2 ekor utk kami berdua. Oklah tu. Bukan ada ramai orang pun kat rumah nak makan banyak2. Selepas hari tu, aku bawa Angah mancing sini, dapat puyu 2 ekor. Maklang kata sejak kami pi, dah ada orang mancing kat situ. Sebab nampak hasil lumayan kut.


Sebab nak cari Maklang jauh, aku minggu berikutnya aku bawa anak2 ronda2 cari kawasan. Di tali air Kg.Setol, Pinang Tunggal ni buat beberapa kali memang tak ada orang mancing. Hasil pun boleh tahan. Lama2 mungkin orang dah nampak, ada la pemancing2 lain di sini.

Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.


Lepas tu adik aku pulak nak join. Ok. Aku bawa ke Sg.Pasir, Sg.Petani. Port lama untuk memancing. Ikan ada tapi kurang menangkap.


Geng ni dari Ipoh. Balik bercuti di rumah saudara di sini. Nampak jer brutal dengan rambut berkaler tapi selepang kain kat bahu. Depa ni pancing dan lepas. Saja suka2 mancing.


Lampam yang datangnya dari Kg.Setol tadi. banyak anak2 lampam tapi bila balik dah mati. Boleh buat pekasam je la. Puyu memang banyak tapi kecil2. Pun buat pekasam juga.


Port baru la ni di Pmtg.Bogak rumah Hajar. Sini hasil puyu dan haruan lumayan dan besar2. Puas hati nak goreng atau buat asam pedas. Dan untuk pertama kalinya, dapat keli seekor. Balik goreng saja.


Hajar dan anak2 cuba menangkap pepatung utk umpan. Belalang pun boleh. Aku rasa pepatung dengan belalang lagi ikan suka berbanding dengan umpan cengkerik.


Inilah pekasam untuk pertama kali cuba. Alhamdulillah. Rasa boleh tahan. Kali kedua buat pun ok lagi, Tak ada rasa pelik2 pun. Boleh makan cukup rasa alhamdulillah. Jom kita mancing lagi. :)

Thursday, December 1, 2016

Jom mencendol!

Segala jenis makanan dahulu adalah halal bagi Bani Israil, kecuali makanan yang diharamkan oleh Israil (Nabi Yaakub) kepada dirinya sendiri sebelum diturunkan Kitab Taurat. Katakanlah (wahai Muhammad): "(Jika ada makanan yang diharamkan kepada kamu - wahai Bani Israil - sebelum Kitab Taurat diturunkan) maka bawalah kamu Kitab Taurat itu kemudian bacalah akan dia, kalau betul kamu orang-orang yang benar. (A-li'Imraan 3:93)


Sekali satu semester mesti mencendol. Untuk budak2 ni ler. Untuk aku.. kalau dah 3 kelas, tiga kali ler mencendol. Cuma cendol aku super special sebab aku tak mau cendol yang hijau tu. Cendol aku tanpa cendol... aci tak aci tak?


Ini kelas statistik pelajar Electrical Engineering. Kelas budak2 nakal yang ada 6 orang saja pelajar perempuan. Yang senyum colgate ni.. dah hujung2 semester bari aku dapat nama dia..Afiq. Yang hujung nun..Rafshan, sebab dah berapa kali dia ni belajar ngan ku itu sebab aku ingat. Dan Fadzli juga. Tak jemu ker depa masuk kelas aku? Tanya la depa.. Yang lain2, saya minta maaf.. too many students and too little memory to keep names in it.

(Jika tidak) maka sesiapa yang mereka-reka kata-kata dusta terhadap Allah sesudah yang demikian itu, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (A-li'Imraan 3:94


Ini kelas mana pulak ya? Oooo ok. Kelas matematik aku.. pelajar2 Chemical Engineering. Kelas ni balance antara lelaki dan perempuan. Eh..maaf. Kelas ni lelaki 1/3 saja. 


Yang paling tragis sekali.. aku tak ingat nama2 budak2 kelas ni. Mursyidi.. yaa.. ini pun dah hujung2 baru nak ingat. The only one budak Penang dalam kelas ni. Yang lain2 ingat2 lupa. Tengok ingat lepas tu lupa. Again... so sorry. Tak mampu nak ingat nama you all.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Benarlah (apa yang difirmankan oleh) Allah, maka ikutilah kamu akan agama Nabi Ibrahim yang ikhlas (berdasarkan Tauhid), dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik. (A-li'Imraan 3:95


Satu lagi kelas statistik Electrical engineering. Dalam kelas ni pun ada yang dah berapa kali pernah belajar ngan aku. Muslim, Affiq, Nizam,fatimah, Syafiqah, Fanisha, Izzat dan a few others.


Ohhh.. Ikhwan budak Sarawak/Sabah itu. Selalu saya konpius dengan itu Ted Aaron. Hahaha.. sorry ya. Hanya saya tau kenapa begitu. Kelas ni ramai juga dari Sabah Sarawak. Sebab muka masing2 lebih kurang, dah konpius dah.

Untuk semua pelajar2 saya, yang sekarang atau yang lepas2 atau yang dulu2: Semoga hidup anda semua berada dalam rahmat dan limpah peliharaan Allah swt. Semoga anda semua berjaya dunia dan akhirat tidak kira anda memegang jawatan apa sekalipun. Selamat maju jaya semua. Saya minta maaf tak dapat ingat semua nama tapi anda pasti ingat satu2nya pensyarah anda yang serius gila masa mengajar ni hahaha.

Wednesday, November 30, 2016

Berkelah

Sesungguhnya orang-orang yang kafir, lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka: emas sepenuh bumi, walaupun ia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun. (A-li'Imraan 3:91




Rasanya sudah lama tidak berkelah. Untuk Emad pula, berkelah pun tak pernah. Tak pernah tahu. Maka aku cerita berkelah kena bawa tikar dan makanan. Hampar tikar letak makanan dan duduk makan2.


Satu hari, selepas hantar Dalilah, kami singgah ke Hutan Lipur Sg.Buaya Nibong Tebal. Saja nak berkelah. Turun kereta, Emad dah tanya awat tak ambil tikar (baru beli). Abis diangkutnya kerepek2 dan keropok yang ada dalam kereta. Nak berkelah dia kata.

Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. (A-li'Imraan 3:92)


Tapi tak boleh lama2 sebab dah petang. Cukuplah 30 minit. Dah hampir senja. Nyamuk pun makin banyak. Kesian pulak. Baru nak berasa nikmat berkelah dah kena balik. Sebelum balik sempat singgah di sini untuk makan malam.


Tertarik dengan mee udang berasap punya pasal. Ada satu kedai di hujung sana, Kedai Mak Na. Full house. Customer memang ramai. Pasti sedap di situ.


Di sini pun sedap juga. Alhamdulillah. Suami minta mee berasap ayam. Aku ambil kuew teow kuah. Sedap sangat untuk orang yang tak suka kuew teow macam aku ni.


Ini mee berasap dia. Memang sedap. Kuew teow aku? Hihi.. dah abis, tak sempat nak amik gambar.


Ini pula burger ayam goring Emad punya. Ayam tu macam ayam goring kfc. Rasanya biasa saja tapi ok unuk bagi kenyang. Bila2 kena mai cuba di Kedai Mak Na pula. Tapi bila ya?

Tuesday, November 29, 2016

Emad - Dah 5 tahun rupanya

Sesungguhnya orang-orang yang kafir sesudah mereka beriman, kemudian mereka bertambah kufur lagi, tidak sekali-kali akan diterima taubat mereka, dan mereka itulah orang-orang yang sesat. (A-li'Imraan 3:90)


Bila kawan-kawan dia bawa kek ke sekolah, dia pun nak bawa juga. Puas kena sabarkan dan bagitau besday dia lambat lagi. Bulan 10 nun. Menghitung harilah, dalam 100 hari lebih lagi. Masa tu la.


Bila tiba masanya, aku order kek coklat gambar ultraman. Bila dapat keluar superman. Sebabnya ultraman dah abis di kedai. Berat jugak kek K.Midah ni. Superman pun tak pa la. Janji ada kek dan dia tak bebai sudah.


Cikgu dia bagi bahagian nama kat dia. Tapi budak ni mana makan kek banyak pun. Dia sendiri cakap dia tak makan pun kek tu. Bila tanya yang lebih mana, dia kata cikgu dia nak makan, haha. Alhamdullillah.


Rayyan, Zakif Iman dan Farid. Ni budak2 kelas Emad-Ibu Sina. Dia sebut ibnu cina. Cina pun cinalah. Kelas satu lagi dia tak ingat. Oooo Ibnu Batuta.. dia sebut Pajuta pulak dah. Janji ada bunyi.


Hadiah memang tak ada. Nasib baik tak dituntutnya hadiah. Tak reti lagi. Rasanya latest sekali aku beli bot biru tu. Dia nak feri, tak dak di pasaran. Bot je la gantinya. Mana nak cari feri macam feri Penang tu ntah?

P.S: Terima kasih cikgu atas gambar2 yang diambil kat sekolah.

Friday, November 18, 2016

JJMK Merdeka-Baling

Bagaimana Allah akan memberi petunjuk hidayah kepada sesuatu kaum yang kufur ingkar sesudah mereka beriman, dan juga sesudah mereka menyaksikan bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) itu adalah benar, dan telah datang pula kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk hidayahNya kepada kaum yang zalim. (A-li'Imraan 3:86)


JJMK Baling diadakan pada hari merdeka. Alhamdulillah. kali ni aku merdeka bersama JJMK, untuk pertama kalinya. Awal2 pagi rasanya kereta aku yang pertama tiba di Masjid Bukit Selambau ni, tempat berhimpun dan mengagihkan barang2. First, hahaha.


Ikut rancangan ada 6 center. Tapi cuaca petang tak mengizinkan dengan hujan yang terlalu lebat. Jadi, ada center yang tak dapat disantuni.


Ini Center 1. Tuan rumah/tuan tanah jamu dengan kuih muih, air kopi/teh panas. Buah rambutan dan langsat/dukung jenuh atas pangkin. Musim buah banyak masa ni. Memang rezeki peserta.


Dalam orang sibuk aturkan barang2 dan makan2, budak2 ni sibuk cari haiwan ternakan. Budak baju hitam tu kejar ayam yang ada. Terjumpa pulak kambing dalam kandang. Itu lebih menarik bagi mereka. Kat taman mana nak ada orang bela ayam kambing kan?

Mereka itu balasannya ialah bahawa mereka ditimpa laknat Allah dan malaikatNya sekalian orang-orang (yang beriman). (A-li'Imraan 3:87)


Center kedua kena jalan jauh sikit dari parking. Tuan rumah ni menghadapai masalah persempadanan tanah. Diharap masalah ini dapat diselesaikan dengan baik dan mudah.


Di sini juga buat pertama kalinya aku tengok sarang tempua nn sayup-sayup di hujung pelepah kelapa. Bukankah peribahasa menyebut "jikalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah". Aku ingat tempua memang bersarang rendah! Rupanya ada yang tinggi melayup. Buah2 langsat/duku/dokong yang lebat jangan ceritalah. Memang banyak sangat dan rasanya tak termakan mereka pun.


Mereka kekal di dalamnya, tidak diringankan azab seksa daripada mereka dan mereka pula tidak diberi tempoh atau perhatian; (A-li'Imraan 3:88


Lokasi seterusnya perlu melalui jalan satu lorong di tepi sungai. Jadi co-pilot ni yang bestnya boleh tengok kiri kanan apa yang ada. Buah2 langsat/duku/dokong (aku memang tak tau beza ketiga2 buah ni) merimbun. Geram rasanya. 


Di laluan ini sempat lagi aku stopkan sorang pakcik naik moto dengan bakul di belakang. Tanya dia apa ada dalam bakul. Dia kata buah lembang. Lembang? Buah apa tu? Mintk sikit hahaha.  Itulah buahnya. dan tangkai buahnya gambar kanan. Yang besar tu lembang yang kecil tu dokong kalau tak salah. Depa kata rasanya lebih kenyal dan sedap. Hmmm.. serupa ja aku rasa tapi much better dari langsat kut. Kesimpulannya kalau dah tak dok nun kampung sana memang banyak le buah2 hutan yang kita tak kenal.


Bila sampai kat rumah untuk sumbangan pula, tu diaaaa. Penuh buah. Dua raga ni sapa nak makan ambil la sebanyak mana pun. Durian tu untuk dijual. Aku pun beli jugak 3 biji. Harap2 durian kampung yang isi manis dan nipis tu. Bila balik isinya tebal2.


Dalam orang ramai2 tu, anak2 peserta yang agak perak ni terpegun dengan susu getah yang keluar dari pokok. Susu ni untuk apa? Nak buat apa? bla..bla..bla..

Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah (ingkar) itu, serta memperbaiki keburukan mereka, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (A-li'Imraan 3:89)




Semangat kerjasama begini yang sangat2 dinanti. Masing2 tahu apa nak buat. Tak perlu nak bagitau masuk dalam barisan bagai. Ddengan sendirinya ia terbentuk untuk memudahkan penghantaran barang ke muka pintu.



Selesai 4 center, kami dijamu makan tengahari di rumah Paklong Mat Zin, Kg.Nami. Ikan masak merah yang sedap. Kerabu paku rawan yang pertama kali aku makan, rasa2nyalah. Dan gulai buah ara lempong. Mak aku kata buah ni orang tak makan tapi di kawasan ini ia jadi kebiasaan. Cuma kena tahu cara memasaknya dengan betul supaya boleh dimakan. Pertama kali juga aku makan ara lempong ni.


Sebelum persinggahan terakhir kami solat di masjid Mukim Sok. Dua center tak dapat dikunjungi kerana hujan terlalu lebat. Tapi barang2 tetap sampai pada tuannya. Ini rumah terakhir yang terletak nun ke dalam hutan getah. Tiada api tiada air. Hanya mengharap air tadahan hujan dan sungai berhampiran. Negara kita dikatakan maju tapi masih ramai rakyat yang terpaksa hidup dalam kedaifan. Moga hari ke hadapan keluarga ini mendapat pembelaan  dan pertolongan yang sewajarnya.

Wednesday, November 16, 2016

Jerai Hill Resort

Katakanlah (wahai Muhammad): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi: Ibrahim, dan lsmail, dan Ishak, dan Yaakub, dan keturunannya, dan kepada apa yang telah diberikan kepada Nabi-nabi: Musa dan Isa, dan sekalian Nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah jualah kami berserah diri (Islam)". (A-li'Imraan 3:84


Rasanya ini kali ke 3 aku ke Gunung Jerai. Kali pertama, satu ketika 31 tahun dahulu bersama rombongan kelab sekolah. 8 tahun kemudian aku ke atas lagi bersama 2-3 orang kawan aku. Sekadar menikmati panorama dari atas gunung. Awal tahun ini ada sekali aku naik satu family dengan mak dan abah sekadar melihat2 apa yang ada di sana.


Tetapi kali ini, aku naik untuk meninap 3H2M sebab kena hadir bengkel kat puncak Jerai. Alhamdulillah. Akhirnya merasa untuk menginap di resortnya. Suasana yang tenang, nyaman, damai dan cantik memang sangat best. Rasa macam nak menginap lagi nanti.



Budak kecil yang sangat untung sebab dia boleh ikut. Kakak2nya sekadar mendengar cerita Emad naik gunung. Sejukkkk. Bestttttt.


Buka pintu bilik tengok taman yang penuh dengan bunga2. Memang hati pun berbunga2 rasanya. Alangkah bestnya kalau depan rumah aku macam ni. Hahaha. Berangan je la.


Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (A-li'Imraan 3:85)


Nampak tak? Ada orang ke dalam dua2 gambar ni? Macam tak de orang pun. Yang ada budak kecik sorang tu je la.. Memang seronok gila sebab boleh main sorang2 tak perlu berebut2 dengan sesiapa.


Taman bunga pun tak ramai orang. Sakan menunjukkan aksi2 terbang yang sempat aku snap. Macam ironman dia kata utk gambar kiri bawah. Yang satu lagi tu spiderman.


Mula2 tak ada. Dok tengok di tepi muka dah monyok semacam sebab ibu bergambar ngan abah saja. Lepas tu kena adakan dia dalam gambar. Dan kompem la dia dok tengah2.


Antara makanan yang boleh diorder di restoren Jerai. Makanan dia memang sedap2 biarpun mahal. Padanlah dengan tempatnya. Daging salai masak lemak ni pun sedap. Boleh datang lagi nanti untuk makan2 saja.


Pemandangan pagi dan senja dari puncak Jerai memang sangat cantik. Kalau nak junggle trekking pun ada (aku tak ikut aktivii ini). Boleh sampai je satu jeram dan mandi manda di situ. Boleh juga ke Muzium Perhutanan Jerai (Emad pi dgn abah saja) yang masuk percuma! Insyaallah, ada rezeki akan datang lagi bawa anak2 yang lain pula biar mereka juga dapat merasa.

Tuesday, November 8, 2016

Selamat Tinggal Banda Acheh

Kemudian sesiapa yang berpaling ingkar sesudah mengakui perjanjian setia itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik. (A-li'Imraan 3:82


Pagi2 lepas subuh dah kena keluar menuju airport. Jalan dilalui lengang sahaja. Terasa tenang laluan ini sebab dipayungi pokok2 rimbun yang kelihatan seperti gerbang sepanjang jalan.


Airportnya memang kecil.. seperti Medan dan juga Yangon. Keluar masuk pintu yang sama. Urusannya pun mudah. Hanya satu laluan. Tidak perlu berebut2.


Inilah Cikgu Mazlita (cikgu biology ni) yang mengiringi pelajar2 SM Sains Selangor. Kami breakfast sama2 di sini. Penerbangan balik juga yang sama sebab memang tak ada yang lain dah. Cerita pi cerita mai rupanya Kak Mazlita ni orang Pendang. Hahaha.. tau sangat la aku tempat dia cerita tu.



Beberapa tempat menarik dipaparkan pada papan tanda di ruang menunggu ini. Masjid Baiturrahman, Museum Acheh, PLTD Apung 1, Kapal atas rumah dan Rumah Acheh sudah kami lawati. Gunongan yang berwarna putih tu acapkali dilihat bila melalui jalan yang sama.

Ia dipersembahkan Sultan Iskandar Muda kepada permaisurinya Putri Kamaliah dari Negeri Pahang, Malaysia. Putri Kamaliah atau lebih dikenal dengan Putroe Phang diboyong Sultan Iskandar Muda ke Aceh setelah menaklukkan Pahang, Malaysia. Saking cintanya pada permaisuri dari Pahang, Sultan Iskandar Muda memenuhi permintaan Putroe Phang dan membuatkan baginya taman sari. Lokasi taman sari itu ada di belakang istana tempat permaisuri menyepi dan menghibur diri kala kerinduan akan negerinya menghampiri. Di Taman Ghairah, taman yang berada di belakang kompleks Kesultanan Darud Donya inilah sebuah gunongan menjadi perwujudan bebukitan negeri Pahang dibangun. (http://www.thearoengbinangproject.com/gunongan-banda-aceh/)

 Sabang, Pulau Weh pula sangat terkenal untuk snorkling. Manakala Pulau Simeulue terkenal untuk surfing. Kalau mahu ke sini, kurang2nya kena tambah lagi 2-3 hari di Banda Acheh.
 

Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari agama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNya lah mereka dikembalikan.(A-li'Imraan 3:83




23 kabupaten (daerah? wilayah?) yang ada di Aceh. Banda Acheh nun di hujung atas sekali.




Dalam perjalanan ke airport tadi pemandu sudah maklumkan nama gunung ini. La ni aku dah lupa hihihi. Dan gunung ini jelas kelihatan ketika nak boarding. Kalau tak salah gunung ini gunung berapi yang masih hidup! 




Hahaha. Saja nak try nak buggy ni di KLIA. Penat la jalan jauh nak exit ke penerbangan domestik ke Penang. Naik buggy ni lega la sikit. Beg aku bos tolong bawak hihihi.




Hasil belian di Banda Acheh? Ini saja yang aku beli. Coklat bar gajus dua ketul (sedap la pulak), kue abon daging (bos punya) dan badareutek (bungkus hijau). Ia sebenarnya ada cucur kacang (atau kuih kasturi) yang dipotong kecil2 dan dijadikan kering seperti keropok. memang sedap. Silap tak beli banyak2. 

Yang kuning tu kerepek nangka (sedap tapi keras), buah salak Acheh yang manis, dan ikan kayu Acheh (dalam kotak). Ikan kayu acheh ini ikan kayu yang telah dikeringkan. Untuk masak perlu rendam 4 jam! Kemudian diadun dengan cabai merah, bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dimesin dan ditumis.  Yang ditengah2 itu hasil yang telah siap, dibeli masa di lokasi kapal atas rumah. Lebih sedap daripada yang aku buat dari dalam kotak tu huhuhu.


Apa2 pun perjalanan ke Banda Acheh merupakan satu pengalaman yang sangat menarik dan tak jemu bagi aku. Andai ada peluang boleh saja ke sini lagi. Alaudin juga ada menjemput untuk ke sini lebih lama supaya dia boleh bawa ke kampungnya yang beberapa jam perjalanan. Serta menziarahi tinggalan sejarah tamadun Islam di Palembang (10 jam perjalanan). Insyaallah jika umur panjang dan ada rezeki, mungkin akan sampai lagi.