Wednesday, November 27, 2013

Sebelum - 2

A027
"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.(Al-Hajj 22:27)

 Utk yg dapat tahu awal, akan terima surat dari TH kata kita diterima sbg tetamu Allah. Kita perlu jawab terima/tolak. ke Madinah/Makkah dulu (ini yg tentukan kapal awal atau hujung2), naik dari airport mana dan mahu terima subsidi RM5K (utk kali pertama) atau tidak.


Lepas kursus intensif baru tahu bila kapal/jadual kita. Sabar menunggu. Nak pohon pelepasan cuti kena tunggu surat ni. Gelang pengenalan sampai dulu lepas kita jawab terima beserta buku kesihatan. Pastikan kita pi buat pemeriksaan kesihatan pada masa yg ditetapkan.. kalau tak kita yg susah nak cari masa lain.. kena la korbankan cuti macam kami ni yg ikut negeri Kedah punya slot. suntikan wajib satu ja.. utk 2 lagi suntikan terpulang.. kami tak amik pun sebab masa depa bagi kami tak boleh pi... Insyaallah Allah ada utk jaga kita.

Kami pilih Makkah dulu. Penang ada 5 KT (kapal terbang), 3 ke Madinah, 2 ke Makkah. Berdasarkan pengalaman hari tu, kalau diberi peluang lagi aku akan pilih kapal hujung/last (means kena naik dri KL la). Sebabnya, bila org ramai dah ke Madinah, KT (kita akan direfer ikut KT) kita dok di Makkah lagi.. org dah kurang.. suasana nak tawaf pun dah kurang sesak... tu yg best! 

Total semua RM15K (utk kali kedua) dan kali pertama boleh juga nak bagi RM15K. Kami terima subsisdi RM5K jadi bayar RM10K saja. Thn2 akan datang tak tau la naik ke idak. Kalau 10K pastikan lam acct kurang2nya ada 15K (5K buat belanja di sana). Kaki soping tak cukup RM5K ni!!!

Dari masa ke masa, kita akan terima surat2 dari TH. Utk wanita 45thn ke bawah mesti ada mahram. Perlu hantar bukti. Jangan abaikan surat2 dari TH dan cuba ikut masa/jadual yg TH dah bagi utk urusan2 sebelum pergi.

Masa kami pi Madinah dok tengok kat TV langsung dari Makkah best je KT-KT yg masih di Makkah.. Jelesnya.. Tawaf pun mudah. Apa2pun rezeki masing2. Ada yg pi awal balik lambat, ada pi awal balik awal. Ada 42, 45, 47, 52 hari... ikut la KT mana kita dapat.

Dah settle semua ni baru pikiag nak beli barang2. Kami beli sebulan sebelum pi. Tiap2 Sabtu kami pi kedai yg sama ja.. jadi tak la beli semua sekaligus... siapla RM2000 juga utk barang2 keperluan. Next entry aku cerita pasai ni ok..

Monday, November 25, 2013

Sebelum - 1

A026
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membinanya, lalu Kami berfirman kepadanya): "Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun denganKu, dan bersihkanlah rumahKu (Kaabah ini) bagi orang-orang yang tawaf, dan orang-orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud (mengerjakan sembahyang).
(Al-Hajj 22:26)

 Untuk panggilan awal, awal2 thn TH akan hantar surat panggilan haji. Yg last minute pun memang ada. Apa2 pun, pastikan setahun dua sebelum tahun kita dapat pi haji kita dah mengikuti kursus2 haji. Sekali memang tak cukup. Baru nampak samar2. Dua kali belum jelas. Toga kali hampir jelas.

Sebanyak mana kursus haji yg kita hadir, belum pasti kita akan memahami sepenuhnya hinggalah kita mengalami susana dan berada di sana. Itu pasti! Jgn anggap kita dah hadir 5-6 kali kursus haji kita dah terer tahap ustaz ustazah. Memang salah tanggapan itu. 

Jika ada peluuang hadir juga kursus haji 17 siri anjuran TH. Kami tak pi sebab alpa..dan banyak kekangan lain. Kemudian Kursus Intensif Haji yg disediakan. Ini amat membantu kita. Akhir sekali Kursus Perdana Haji yang menyediakan kita dgn serba sedikit pengalaman berada di tanah suci.

Semuanya amat berguna. Belajar2lah berjalan2 banyak.. di sana memang jalan.. jalan.. jalan dan jalan. Memerlukan tenaga yang banyak dan sudah tentu kesabaran tahap tinggi. Sabar je la.. memang kena sabar... banyakkan istigfar...  Masyaallah... Kita mampu buat Insyaallah..

Thursday, November 21, 2013

Ibadah Haji.. panduan dan pedoman



A025
Sesungguhnya (amatlah zalim) orang-orang yang kafir serta menghalangi manusia dari jalan Allah (agama Islam), dan dari memasuki Masjid Al-Haraam (Makkah) yang Kami jadikan dia tempat beribadat untuk seluruh umat manusia (yang beriman) - sama ada yang tinggal menetap di situ atau yang datang berziarah; dan sesiapa yang berazam melakukan di situ sebarang perbuatan yang di larang dengan cara yang zalim, Kami akan merasakannya azab yang tidak terperi sakitnya.
(Al-Hajj 22:25)

Alhamdulillah.. semuanya selamat dan perjalanan memenuhi tuntutan rukun Islam kelima ini dipermudahkan. terima kasih Ya Allah.. terima kasih juga keluarga dan kawan2 yang mendoakan kami.

Insyaallah.. aku akan cuba memutar kembali ingatan yg ada untuk catat apa2 saja yg terlintas tentang perjalanan ibadah haji aku bersama suami 27sept2013-12Nov2013. Aku tau kat pasaran banyak buku2 mengenai ibadah umrah dan haji, tips, motivasi, panduan dll utk bacaan kita. Aku pun tak mau nak tambah bilangan buku2 tu sebab sapa la aku.. nak tulis pun merangkak2 lagi.

Apa yg cuba aku nak catat hanya pengalaman yg ada sebagai pedoman dan panduan utk mereka yg akan menjadi tetamu Allah kelak. Semoga ianya bermanfaat walau pun sedikit. Masalahnya... bagaimana harus bermula langkah pertama ini... huhuhu....

Thursday, September 12, 2013

Oh my bunga...

Petang semalam cuaca nyaman je.. balik gheja aku lepak depan TV.. bukan sesaja ya.. aku layan Seruan Haji RTM1. Setiap 6.30pm.. Selalunya aku miss/lupa/balik lambat. Semalam Alhamdulillah.. sempat tengok.

SI Emad lak di luar. al-maklum..petang2 ja hujan.. semlm cuaca nyaman.. tenang.. angin sepoi2... dia layan apa ntah di luar sambil teman abah cabut rumput yg dah macam hutan... Sebab apa aku tak panggil orang mesin? Nak jimat duit sebab minyak dah naik dua kupang? Salahhhhh. Sebab aku tak tau sapa yg leh potong rumput? Salahhhh. Sebabnya aku nak sediakan ruang utk exercise... aktiviti cabut rumput utk keluarkan peluh... ok apa...

Itu di laman sebelah umah aku.. di laman kecik kat gate aku ni ada la aku taburkan benih2 bunga yg dah berwarna-warni. memang suka la.. balik keja tengok laman ni.. pi keja tengok lagi...




Rupa2nya petang semalam dah ada orang kerjakan pokok2 bunga aku ni... Digetunya bunga2 tu macam cabut itu rumput jugak... Pagi ni beginilah rupanya bunga2 yg telah disunting si Emad.. Oh my Emad... banyak2 rumput apsal bunga ibu Emad getu? Huhuhu...

Tuesday, September 10, 2013

Bila mereka berkumpul

Cerita dah lama..kisah bulan posa lepas.. ex-student aku semester lepas nak mai berbuka di rumah. Boleh..boleh.. tapi kena mai tolong masak.. saya sorang mana cukup kakitangan. Bila ada depa memang riuh.. dlm kelas dulu pun macam tu..  yg mai ni satu geng la ni. yang tak geng tak mai la.

Asyik nak posing ja budak2 ni.. tak kira masa... posing sana sini macam pi jalan2.. padahal lam rumah aku ja pun..

Perasan tak? yang sorang tu asyik muka dia jaaa lam gambag... orang comel n fotogenik (ke fotogedik? hahaha..jgn marah ya Adwa ...) Nak nyelit ja...

 Ni yang nak menolong... Si Massuwan dok pantau Afiq.. bila kena time dia, hah amik kau... pijau biji mata.

 Ayam goreng utk dibuat Ayam masak Santan (bukan masak lemak ya...) dan burger daginng utk sambal tumis burger kering..( camna tu hah? kena berguru la..)

 Alhamdulillah... ada juga bakal2 menantu utk yg sedang mencari di luar sana... Sapa tu ya.. Megat kan? Semoga terus menjadi anak2 soleh...

Mana gambag semua orang? Hah? Takdak? Ni kamera si Haja la ni... Si adwa belum tunjuk2 gambag dia lagi.. mana dia pi..



Monday, September 9, 2013

Emad sayang

7 Sept 2013..genap 16 tahun... tarikh ini juga Emad 23 bulan..sebulan lagi menghampiri usia 2 tahun.. di mana kami tiada utntuk meraikannya.. tinggallah sayang dengan kakak2 utk sambut besday Emad ya... Ibu pergi tak lama...

 Hari ni juga Emad dibotakkan... Ibu minta maaf ya...

 Sebabnya ibu kesian tengok Emad dok garu2..sampai berdarah... nanti kita pi kinik amik ubat..

Apa2 pun Emad tetap hensem..tetap comel.. siap nyanyi2 Yahanana dgn mikropon di lagi..

Sib baik anak lelaki..boleh juga botak2 ni..kalu pompuan? Tak ke haru..

Friday, September 6, 2013

Hujungggggg Syawal

Hari ni 30 Syawal... Esok dah Zulkaedah weii... Sempena hari akhir Syawal ni PEWANI amik kesempatan la pulak.. bukan kesempatan apa...amik peluang buat jamuan ghaya utk ahli2 PEWANI.
Nak cerita banyak pun tak guna..dah jamuan ghaya..makan makan dan makan... tu agenda utama.

 
 Kuih2 pot luck dari ahli2

Tapai, rojak buah dan tembikai
 
 Lontong goreng air tgn bos PEWANI, K.Nani

 Orang kanan bos, K.Shima mengaminkan doa oleh K.Pah(ungu)

 Pinggan orang. Pinggan aku cam biasa la..dah abis makan baru aku teringat nak amik gambag (menikmati rezeki..hehehe)

 Nasi yang datang kemudian.. dah kenyang laaa

 Tetamu khas..siap posing utk aku

 Atas tu muka2 awal..kata jam 10 mula.. termasuk la aku..hehehe
Pastu makin bertambah la rakyat..

 Alhamdulillah.. hari ni rezeki kita.... tak perlu susah2 keluar cari makan

Huh.. dah pukul 12... sudah kenyang.. Alhamdulillah.. petang nanti ada meeting pulak.. Insyaallah ada makan lagi. Rezeki Allah yang Maha Pemurah..