Memasuki muzium yang ada di situ amat menarik sekali. Dalilah terutamanya..amat teruja dengan Mahsuri. Tak habis-habis memuji dan mahu memiliki gambar Mahsuri. Aku suruh dia simpan tiket masuk dalam album (ada gambar Mahsuri di situ). Tapi katanya tak sama dengan yang ada di muzium. Pada Dalilah, Mahsuri sangat cantik..dengan CT Nurhaliza? Mahsuri lagi cantik. Dengan artis itu ini yg diketahuinya cantik? Tak..Mahsuri lagi cantik...Yah suka Mahsuri..Dia cantik sangat ibu... Agaknya bagaimana ya rupa Mahsuri sehingga namanya menjadi lagenda? Langkawi tidak aman 7 keturunan? Hanya Allah yang Maha Mengetahui rahsia di sebalik kejadian.Thursday, September 30, 2010
Mahsuri
Memasuki muzium yang ada di situ amat menarik sekali. Dalilah terutamanya..amat teruja dengan Mahsuri. Tak habis-habis memuji dan mahu memiliki gambar Mahsuri. Aku suruh dia simpan tiket masuk dalam album (ada gambar Mahsuri di situ). Tapi katanya tak sama dengan yang ada di muzium. Pada Dalilah, Mahsuri sangat cantik..dengan CT Nurhaliza? Mahsuri lagi cantik. Dengan artis itu ini yg diketahuinya cantik? Tak..Mahsuri lagi cantik...Yah suka Mahsuri..Dia cantik sangat ibu... Agaknya bagaimana ya rupa Mahsuri sehingga namanya menjadi lagenda? Langkawi tidak aman 7 keturunan? Hanya Allah yang Maha Mengetahui rahsia di sebalik kejadian.Tuesday, September 28, 2010
Langkawi
From top view boleh tengok airport Langkawi
Tuesday, September 21, 2010
Teman
Sunday, September 19, 2010
Kawan lama
Nape ye Pah pejam mata? Rindu sangat kut kat aku. Before magrib depa dah balik. Tak dapat cerita banyak. Nak update latest stories pasal kawan-kawan pun tak sempat. Lain kali kita gather lagi. Tambah korum biar meriah.
Testing
Friday, September 17, 2010
6 Syawal
Sambutan 6 Syawal kami di Perlis Indera Kayangan. Mula-mula kami (aku & family + MIL, adik & family, Kakak & family, parents) ke Mata Ayer dulu. Di Perlis ni ramai saudara mara abah sebab abah lahir dan dibesarkan di sini. Then kami ke Pauh melilau cari rumah sepupu abah. round ke-3 baru jumpa. Dah jumpa cucunya pula bawa kami ke kedai di mana sepupu abah ada. Mak dah tension sebab asal trip tak masuk lam senarai ke Pauh.
Seterusnya kami ke Arau rumah PakSu Jamil sepupu abah juga. Masuk jalan yang biasa...dead end. Jalan keretapi tengah diupgrade. Masuk lorong lain...jalan mati juga. masuk yang ketiga pun jalan mati. Kami buntu.
At last kami masuk jalan yang aku biasa dari kecil. Parking kereta bawah pokok dan kena berjalan melintasi lantasan keretapi macam pelarian. Macam kat atas ni.
Sakit lutut mak aku nak naik. Akhirnya kami semua sampai tapi anak cucu seronok sebab tak penah lintas landasan. Masa tu pukul 11 lebih. 12.30tghari dari rumah Paksu kami dengar bunyi keretapi lalu. Alhamdulillah semua selamat.
Tuesday, September 14, 2010
Nurah
Pilihan Nurah untuk perkahwinannya, purple and silver black. Aku suka yang di kepala katil ni. Simple and sweet.
Hantaran, pelamin dan Nurah & Fendi. Semoga Dr. Nurah dan Fendi bahagia ke akhir hayat dan diberkati Allah selalu.Raya ke 3
Lepas amik daun palas, kami pi rumah tokcik (adik aruah tok). Ni depan rumah dia.Nampak kepala Dalilah? Dulu, kat situ ada batas/ban untuk ke hujung sawah sana. La ni dah tak dak. Ban tu kami guna untuk ke sungai sana untuk mandi. Aku penah jatuh lam sungai tu tapi tak tenggelam la (kat tepi ja). Sungai ni sungai yang sama ke arah rumah paklang tadi. Bestnya kalau leh pi sungai tu tapi laluan batas/ban dah hilang.Lengkinang
Dulu pokok ni banyak kat rumah mak aku. Kami panggil lenkinang. Aku ambil gambar ni Raya ke 3 masa ziarah kubur tok aku di Kg Gelam. Buah dia oren kemerahan. Boleh makan mentah. Rasanya ok la bagi aku. Selalunya mak aku ambil bahagian dalam batangnya yang lembut untuk buat ulam. Untuk ganti lengkuas besar tak biasa la pula. Aku google jumpa http://juariahhjyunus.fotopages.com/?entry=1138806 Dipanggil lengkuas geting. Aku rasa pokoknya sama.
