Wednesday, January 15, 2014

Baitullah.. Aku Rindu Padamu

A127
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;

29 Zulkaedah 1434H = 5/10/2013

Allahuakbar... Subhanallah.. Setelah beberapa ketika di bumi Makkah baru terasa. Inilah yang aku selalu lihat di media cetak dan elektronik. Inilah rupanya.


Manusia berjuta2 tapi ruang tawaf tetap dapat memuatkan jumlah yang tiba.. Allahuakbar.


Mereka mencuba sedaya upaya untuk mencium HajarulAswad... walau ditindih dipijak. Masyaallah. Aku tidak berani nak dekat ke situ walau ada sekali terasa ruang yg cerah semasa tawaf. Alhamdulillah En.Suami berpeluang.

 

 Hijir Ismail juga menjadi tumpuan. Manusia2 yg masuk ada yg tidak mahu keluar seolah2 kawasan itu utk mereka sahaja. Mereka berlama2 di situ. Begitu juga di Makam Ibrahim. Berlama2 hingga orang lain yg berkeinginan tidak berpeluang. Aku... anak panah itu menandakan tempat aku dapat berada di dalam Hijir utk pertama kalinya. Alhamdulillah. Bukan kudrat aku nak tolak2 manusia besar2 di dalam tu. Habis berdoa aku keluar. Tiada ruang utk aku solat. (Aku mesti mai lagi ke sini.. berumrah bersama keluarga dan cari ruang utk solat di dalam Hijir..)

T.Kasih K.leha atas semua foto2 Baitullah ni.

No comments:

Post a Comment