Friday, January 24, 2014

Mina dan Muzdalifah

 A196
Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah; maka sekiranya kamu dikepong (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati; dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya. Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyah. Iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih Dam. Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah ia melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Kalau ia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) masjid Al-Haraam (Makkah). Dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang melanggar perintahNya). (Al-Baqarah 2:196)

Masih hari yg sama.. 6 Zulhijjah 1434H. Dalam seterusnya akan melalui Mina dan Muzdalifah. Kiri kanan  hanya gunung ganang bukit bukau berbatu.. keras. Kering. gersang. Subahanallah. Cuba kita renung kembali kisah perjalanan Rasulullah ketika baginda melaui semua kawasan ini. Menaiki unta di dlm cuaca yg panas terik.



  

Agak2 la. Kalu kita disuruh panjat bukit2 ni tengah2 panas terik mau ka? Bila tengok batu2 tu rasa macam mudah je dia nak tergolek jatuh..


Apa ni? Nampak cam stadium..
 

Ini landasan keretapi.. macam LRT yg menghubungkan Arafah, Mina dan Muzdalifah. Katanya hanya utk penduduk Saudi je.. Wallahualam


 

 

Bila mutawif tunjuk "kat sini la Muzdalifah.. nak mabit nanti". Aku tengok ada tanah kosong je dgn satu dua bangunan tandas. Camna dikatakan mabit malam tu? Kutip batu camna? Ramainya org camna? Huhuhu tak dapat aku bayangkan langsung.




Khemah2 jemaah utk hari2 tasyrik nanti. Banyakkkkk. Malah telah ditambah khemah2 ini hingga masuk ke kawasan Arafah dan diberitahu bahawa melalui perbincangan ahli2 agama mereka bersetuju tentang hal ini. Tapi ada juga yg tidak setuju memandangkan Arafah bukan tanah haram sedangkan mabit utk hari2 tasyrik mesti di tanah haram-Mina.




Khemah ini dikatakan kalis api. Insyaallah. Khemah utk Malaysia nun di belakang dan alhamdulillah masih di kawasan Mina. macamana rasanya duduk di khemah ni? Betulkah sesak? sempit? rimas? Susah mandi? dan segala yg negatif itu berlaku? Kita tunggu bila tiba masa utk mabit dan melontar nanti. Pasti terungkai segala tanda tanya.




Dua kawasan ini bas cuma lalu saja. Tak berhenti pun. Kalau berhenti nanti lambat pulang utk zohor di Haram. Dalam perjalanan, nun di atas bukit, tersergam istana raja. Satu lagi di kota Makkah tapi tak tau kat mana. Ini dekat Mina memang boleh nampak dari jalan.

 A198


Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa,"talbiah" dan tasbih) di tempat Masy'ar Al-Haraam (di Muzdalifah), dan ingatlah kepada Allah dengan menyebutnya sebagaimana Ia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah jalan ibadatnya. (Al-Baqarah 2:198)



No comments:

Post a Comment