Friday, January 3, 2014

Wajah-wajah menara jam Makkah

A035
Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya.(Al-Hajj 22:35)

24 Zulkaedah 1434H = 30/9/2013

Memandangkan hari ni tak ada foto yg aku snap, juga tiada foto ihsan yg aku ambil dari album K.Leha, K.Has atau Min, kita layan beberapa wajah Safa Tower yg begitu mengujakan aku bila nak ambil gambar.



Menara jam waktu malam memang sangat cantik... Masyaallah... Hanya ini yg dapat Nokia X2 ambil bila bermain dengan cahaya malam. tak sempat aku nak belek setting kamera masa ni.






Eh..eh.. ada aku la..tak perasan pulak..hehehe
Safa Tower sebernarnya ada beberapa bahagian. Tak ingat pulak aku.. bila masuk ke dalam ada dua bahagain utk kita ronda. Nak makan, ada restoren Malaysia D'saji. Nak shopping? Siap sedialah dengan SR. Harga di dlm ni agak mahal... macam KLCC la kut... wallahualam


Ini wajah menara dari satu sudut yang berbeza. Pada hari terakhir aku di Makkah...huhuhu.. sedih nak babai. Tengah dok cari angle nak snap, ada makcik Indon tegur... "didongak2 gitu ibu.... sakit ya leher", lebih kurang gitulah.

Terima kasih X2 kerana sepanjang di sana ia banyak membantu.. Walau tak banyak fungsi canggih manggih, ia kecil tapi muat beratus foto gak la. La ni X2 aku dah Innalillah... dek air laut Krabi... Yg sedihnya nombor2 berharga banyak aku simpan dlm tu masa di Makkah. Diari aku pun dalam tu... huhuhu. Dan sedih kena beli hp baru... huhuhu

No comments:

Post a Comment