Wednesday, July 12, 2017

Anitkabir, Mausoleum of Kamal Antartuk

(Janganlah kamu taatkan mereka!) Bahkan (taatlah kepada) Allah Pelindung kamu, dan Dia lah sebaik-baik Penolong. (A-li'Imraan 3:150)


Setakat makan Mado (klik sini) satu saja mana nak kenyang kan? Kena jugak makan tengahari. Tempatnya macam kedai tapi kat dalam ada restorennya. Mungkin tak perasan kalau setakat lalu saja.

 

Hari ni lauk ayam. Nasi semangkuk sederhana. Alhamdulillah ada bilis goreng dibawa oleh ahli jemaah. Tersa sedikit kepedasan Malaysia. Sup lentil setiap kali dihidang memang licin. Aku suka sebab sedap. Kena pula cicah dengan roti. Terangkat!


Keluar dari kedai makan, ada pulak mamat kebab ni. Terpegun dok tengok cara dia susun daging kebab utk dibakar. Jadi perhatian la pulak mamat ni sampai ada beberapa jemaah masuk bergambar dengan dia, hahaha. Nasib baik toke situ sporting bagi masuk tengok dengan teliti. Dah kenyang dah semua, jom kita ke Ankara.

 

Anıtkabir merupakan  Mausoleum of Kemal Antartuk terletak nun di atas bukit di tengah2 bandar Ankara. Kemal Antartuk dikatakan sebagai pengasas dan presiden pertama Republik Turki. Lebih dirujuk sebagai 'Father' bila Omer bercerita.    

 

Kawasaan bangunan Anitkabir ini memang luas. Punya satu dataran perhimpunan dan dikelilingi bangunan berbentuk segi4 di kelilingnya. Maaf, peta kawasan di atas kurang jelas. Di sebelah kiri bangunan, muzium menyimpan koleksi peribadi dan memorabilia Antartuk termasuk beberapa kenderaan rasmi beliau (tak nampak pulak aku kereta ni.)

Kami akan isikan hati orang-orang kafir itu dengan perasaan gerun, disebabkan mereka mempersekutukan Allah dengan benda-benda (yang mereka sembah) yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan yang membenarkannya. Dan (dengan yang demikian) tempat kembali mereka ialah neraka, dan itulah seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang-orang zalim. (A-li'Imraan 3:151)

 

Penat tawaf satu pusingan bangunan kiri dan kanan. Bahagian bangunan yang mengadap bangunan utama dah tak larat nak masuk. Penat. Bila masuk bahagian muzium, keluarnya pintu lain. Jauh gila.





Terpacak keras macam patung. Satu shif dalam 2 jam rasanya. Gila penat wei. Dalam kita dok usik amik gambar dan macam2 lagi, sikit pun tak tergugat mamat ni. Memang jiwa kental ni.


Lukisan peperangan yang berlaku. Ini jer pun yang boleh ambil gambar. Yang lain dilarang. Dah peraturan ada, kita ikut je la.


Biasa tengok kan ketulan marmar seketul ni? Inilah yang dikatankan makan Kamal Antartuk. Manusi yang tak diterima bumi. Wallahuaklam. Tapi, mengikut cerita, marmar yang dipotong drpd seketul batu ini hanya sebagai tanda. Makam sebenar berada di bawahnya. Bawah berapa kaki, berapa meter pun hanya yang terlibat saja yang tahu.


Keluar dari situ, ada pulak orang jual stoberi dan ceri. Beli stoberi saja la. Sebekas 5 lira. Cerinya kurang enak :)

Dan demi sesungguhnya, Allah telah menepati janjiNya (memberikan pertolongan) kepada kamu ketika kamu (berjaya) membunuh mereka (beramai-ramai) dengan izinNya, sehingga ke masa kamu lemah (hilang semangat untuk meneruskan perjuangan) dan kamu berbalah dalam urusan (perang) itu, serta kamu pula menderhaka (melanggar perintah Rasulullah) sesudah Allah perlihatkan kepada kamu akan apa yang kamu sukai (kemenangan dan harta rampasan perang). Di antara kamu ada yang menghendaki keuntungan dunia semata-mata, dan di antara kamu ada yang menghendaki akhirat, kemudian Allah memalingkan kamu daripada menewaskan mereka untuk menguji (iman dan kesabaran) kamu; dan sesungguhnya Allah telah memaafkan kamu, (semata-mata dengan limpah kurniaNya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melimpahkan kurniaNya kepada orang-orang yang beriman. (A-li'Imraan 3:152)


Dah selesai semua. Bergerak lagi. Letih atas jalan je la sepanjang hari. Kali ini pemandangan kiri kanan..kulihat hijauuuuu.

 

Belum tiba Bolu. Kena stop lagi sebab panggilan alam. Toilet mana..toilet mana? Itu belum lagi yang nak perasap sebatang dua. Tasik di belakang restoren ni pula sangat menenangkan. Kalau musim salji, di sini pasti ada salji. Tapi tak pe. Ini sudah memadai. How I wish we could stay here a bit longer. Tapi nak buat apa ye lama2 pun.

 

Akhirnya, ketika mentari hampir menyembunyikan diri. Ketika unggas2 pulang ke sarangnya. Destinasi dituju di depan mata. Vonresort bersedia menerima kehadiran. Nun di tengah rimba ia menjanjikan keselesaan.


Jadilah sebagai santapan malam sebelum beradu menanti mentari pagi munculkan diri. Bertemankan sos cili Hj.Mad menambah kesedapan makanan malam ini. Alhamdulillah.


Terima kasih Hj.Mad banyak membantu jemaah dalam menentukan waktu solat kami. Insyaallah malam ni bole tidur lena ditemani kesejukan malam di Bolu. Bilik pulak siap disediakan heater sebab di sini adalah kawasan bersalji. Cuma bukan rezeki kami sebab salji dah mencair dua minggu sebelum itu.



No comments:

Post a Comment