Tuesday, July 11, 2017

Kita santai-santai sekejap

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taatkan orang-orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuran, lalu menjadilah kamu orang-orang yang rugi. (A-li'Imraan 3:149)


Perjalanan disambung lagi. Bolu belum kenampakan. Singgah di sini utk yang nak cucuk duit. Belanja sakan depa. Siapa yang nak ke toilet..silakan. Ini agenda paling penting.
 

WC ladies ada topi. Men kat sebelah kiri. Masuk dalam pulak, masyaallah. Luas dan bersih. Selesa 100%! Sebenarnya aku nak snap pompuan depan cermin tu. Ntah apa yang asyik tenung cermin pastu posing2. Dah memang awak tu cantik. Jangan risau. Ini bukan jemaah kita. Minah Turki mana ntah. Hahaha.

 

Ini sebenarnya tujuan berhenti di sini, selain cucuk duit dan ke toilet. Depa nak makan aiskrim Moda. Eh! MADO! Sorry. Omer kata sedap sangat sebab guna susu kambing. Aku rasa sikit ja. Sedap lagi aiskrim kat Mina dan Mekah huhuhu. Tapi tak pe la. Sekali seumur hidup nak merasa. SIla enjoy diri sendiri.


Melayang juga duit utk 3 kenderaan ni. Yang kuning kakak dah book utk anak dia. Dua lagi utk Emad. Itu pun kalau dia mau. Paling kurang jadi pameran.


Selesai berMADO, sambung perjalanan semula. Kali ni singgah di Salt Lake pula. Tasik Tuzgolu ini adalah yang kedua terbesar di Turki selepas Tasik Van.  Juga merupakan tasik garam terbesar di Turki. Diberitahu, tasik garam ini adalah yang ke dua tertinggi dari segi ketumpatan garamnya selepas Laut Mati, iaitu 32.4% kandungan garam. Ekonomi utama bandar kecil di sini bergantung kepada hasil daripada tasik garam ini.


Atas, pandangan dari tasik mengadap bangunan kedai yang menjadi pintu masuk. Bawah, pandangan mengadap tasik. Tak dapat nak mencemar duli memijak lumpur2 sebab masa diberi 15 minit saja! Mana sempat. Ini pun semua nak cepat. At last, rupa2nya aku paling last naik bas.


Kraftangan mainan yang berwarna warni ni sangat menarik. Awat yang aku tak beli satu ye? Yang dibelinya, krim utk mata. Satu pagi satu malam. Yang malam baunya menyenangkan Yang pagi kurang enak baunya. Pakai je la. Harap2 ada sedikit kesannya.

No comments:

Post a Comment