Monday, July 31, 2017

Dah penat jalan? Jom naik cruise dan shopping sakan!

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (A-li'Imraan 3:164



Masa yang sangat ditunggu-tunggu. Nak naik kapal menyusuri Selat Bosphorus. Tak payah nak berangan menikmati cruise sambil dihidangkan makanan lazat2 atas ni. Tu semua mimpi jer. Dapat naik sejam pun Alhamdulillah sambil rehat2 dan tengok pemandangan. Kalau nak minum kopi boleh oder tapi kena bayag 5 lira secawan kecil.



Haaa. Kalau naik yang ni boleh la makan2 sambil bergoyang2 ikut alunan air. Tapi tak thrill la sebab bot ni tak bergerak. Ia hanya restoren atas air.

 

Dari atas kapal ni boleh nampak kenderaan yang melalui jampatan merentasi selat. Jambatan yg kami lalui hari pertama tiba. Lagi jauh dari jambatan dah nampak macam semut meniti :).

 

Kalau tak salah aku, menara yang tinggi tu namanya, alamak.. lupa la pulak apa yang Omer bagitau. Sapa yang ingat memang power la.

Istanbul Virgin Tower
https://www.shutterstock.com/image-photo/istanbul-virgin-tower-44771554
Ini Maiden's Tower. Terletak kat pulau kecil di Selat Bosphorus. Aku rasa ada satu gambag aku ambil tapi tak tau letak kat album mana. Hari mula semasa dlm perjalanan dari Tulips Garden ke Bursa, Omer dah tunjuk tower ni. NAk tahu lanjut bole Google jer.

(Patutkah kamu melanggar perintah Rasulullah)? dan (kemudiannya) apabila kamu ditimpa kemalangan (dalam peperangan Uhud), yang kamu telahpun memenangi seperti itu sebanyak dua kali ganda (dengan menimpakan kemalangan kepada musuh dalam peperangan Badar), kamu berkata: "Dari mana datangnya (kemalangan) ini? "Katakanlah (wahai Muhammad): "Kemalangan) itu ialah dari kesalahan diri kamu sendiri (melanggar perintah Rasulullah)". Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (A-li'Imraan 3:165


Dan ini? Four Seasons Hotel Istanbul. Nak menginap sini? Hmmm.. alamatnya tak makan seminggu la. Rate dari Euro375 ke atas tu!


Bangunan kekuningan di puncak bukit tu pula ialah istana Presiden Recep Tayyip Erdogan Katanya isteri Erdogen minum menggunakan gelas yang dibuat dari emas! Sabar je la. Duit sapa dia guna tak tau la. 


Welfie atas cruise bersama Hj.Mat. Memang best cruise ni sebab boleh relax. Siap ada lagu Hindustan lagi! Sayangnya gambar2 yang K.Naz ambil atas ni hilang tanpa kesan. Kalau tak sure mantop lagi.

 

Dah puas ambil angin laut? Jom kita cuci poket lagi untuk kali terakhir di Spice Bazaar. Ini yang aku dok nanti2 nak cuci mata dan cuci poket sekali. Banyak lagi lira ni nak perabih.

 

Cuba tengok corak pada silingnya dan bandingkan dengan Grand Bazaar. Hampir2 sama. Barangan di sini sama saja dengan Grand Bazaar cuma lebih murah. Kak aku pun dah pesan soh beli barang kat dia di sini. Siap bagi nama kedai lagi.


Inilah Turkish delight yang kak aku pesan. Empat lima bekas juga aku beli kat sini. Utk kak aku, opis aku, opis suami, adik beradik aku. Kena bagi gak merasa. Serta sedikit manisan turki yang dibuat dari kunafa. Sebut kunafa.. yang aku jumpa kat sini tak sedap huhuhu. Manis sangat dan melekit. Yang dekat Madinah juga sedap. Buat sendiri pun tak jadi2 lagi.

Dan apa yang telah menimpa kamu pada hari bertemu dua kumpulan (angkatan tentera - di medan perang Uhud) itu, maka (adalah ia) dengan izin Allah, dan dengan tujuan Allah hendak melahirkan dengan nyata akan orang-orang yang (sebenar-benarnya) beriman. (A-li'Imraan 3:166

Kredit gambar jemaah Al Ilmi. T.Kasih
Sakan aih depa ni shopping. Berbeg2 tu ha. Suraini siap beli beg besar kaler merah. Banyak betul shopping nih kalau dah luggage pun membesar begitu sekali :). 6.30 pm, semua dah ada, jom kita gerak pi makan.


Kita nak pi makan special kat situ. Tapi..rasa macam ada tak kena je ngan kumpulan kita ni. Khairul mana? Khairul dengan mak dia, K.Faridah mana? Hj.Matttttt, tak cukup korum ni. Khairul ngan mak dia hilang. Rasanya gelabah juga Hj.Mat ngan Omer. Kami pun risau kut2 ada awek2 Turki culik sebab berkenan kat anak dengan maknya sekali diangkut, hahaha.


Dalam dok risau tu.. kami makan dulu na First time jumpa ikan. Ni pun dah last day baru dapat ikan. Tapi as usual la, tak de kuah. Siap ada yang minta sapa tak mau ikan bagi kat dia, dia nak (sape tu ye?). Khairul dan K.Faridah. Insyaallah akan dijumpai juga nanti. Istanbul ni kecik saja hahahaha. Macam Kolumpo gak. Rupa2nya, depa berdua dah keluag dari bazaar. Tapi sbb awai sgt dan tak dak ahli yang lain, depa masuk balik dgn anggapan berkumpul 7.30pm! Jam 6.30pm la kumpul Khairul. Syukur alhamdulillah. Semuanya selamat.


Sambil makan sambil tengok matahari terbenam. Subhanallah. Cantik sangat view masa ni. Detik 7.39mlm.

 

Bidikan detik 7.44, 7.48, 7.50 malam.
 

Tepat jam 7.50, 7.51 dan 7.51 malam. Syukur alhamdulillah. Hari ini ditamatkan dengan sesuatu yang sangat indah utk dikenang seumur hidup. Esok dah nak balik. Rasa macam nak dok lagi tapi nak balik juga sebab teringat anak2 dan juga makanan kita yang lebih sedap. Jumpa lagi dalam entri terakhir.

 

No comments:

Post a Comment