Thursday, July 27, 2017

Berakhirnya Lawatan 2/5/2017 di Grand Bazaar

Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri. (A-li'Imraan 3:160)


Akhirnya, selepas sehari suntuk keluar masuk bangunan itu ini, masa untuk betul2 membuat pelaburan sudah tiba. Disebabkan penat sangat, aku memang malas nak meronda lama2 apatah lagi membeli. Aku dan En.Suami terus mencari WC saja. WC yang kami tuju kena lalu banyak kedai kulit. Ada mamat ni soh singgah kedai dia. Bila habag kata kami nak toilet, alahai, mamat ni ikut kami sampai ke WC! Apa kes pulak? En.Suami masuk WC dulu. Mamat ni pulak dok persuade aku soh beli barang dia. "Mama, mama. I have gf. I want to marry. Please buy. We need money."

Kredit gambar Leez. T.Kasih Leez
Ini bukan kedai mamat tu ya. Dia kan jual barang2 kulit. Bila habag kami tak guna barang kulit. Tak minat dan tak pernah beli pun. Dia pujuk soh pi kedai dia jugak. Siap tanya, "Is that your son?" Bapak hang tu anak aku! Tu laki aku la, ngok! Kan aku dah geram ni. Tapi masih boleh sabar lagi. Mamat tu memang muka terkejut badak sumbu dah. Hahaha. Padan muka hang. Dalam pada tu masih tak putus asa pujuk laki aku pulak soh beli barangan kulit kat kedai dia. Mungkin dalam keadaan ekonomi dunia la ni, jualan depa tak menguntungkan atau pun sukar mendapat pembeli. Kehidupan perlu diteruskan. Makanya pelbagai cara diguna untuk menjual barang2. Lagipun dalam GB tu banyak betul kedai yg jual barang2 yang serupa. Saingan terlalu sengit.

Kredit gambar buat Leez. T.Kasih Leez.
Ini pun bukan kedai dia. Ni kedai jual rempah dan kedai jual Turkish delights. Ok. Balik crita mamat poyo tadi. Kesian punya pasai ikut la jugak pi kedai dia. Dapat la teh epal sorang secawan. Beli tak juga, hahaha. Tapi, bole lagi dia komplen kat laki aku, "Look. She talk talk and talk. How come you can stay? Are you happy with her?" Cheeseeee! Mamat ni silap2 masa kena luku nagn aku nanti. Tapi En.Suami yang kusayang jawab, " Of course happy. That's why we have 4 children already." Amik kau! Tak abis di situ saja. Tiba2 mai pulak kawan depa dari kedai kapet soh pi tengok kapet plak. Aish.. layannnnn. Sat gi kita zassss! Penat mamat kapet tu hampag tayang and cerita. Statement aku sebelum belah (dlm tu dapat lagi sorang secawan teh hahaha), "I don like kapet, handbag, jewelery, shoes bla bla."  Mamat kapet kata, "You are lucky husband!" Hahaha.. of course la lucky sebab  tu kami happy berdua, tak gitu En.Suamiku? Hahahahahahaha. Nak gelak panjang sikit kali ni. Silap aku tak amik gambag dia ngan kawan2 dia.

 
Memang kami tak beli apa dalam GB tu. Dapat minum teh epal di 2 kedai, dapat merapu ngan mamat2 turki tadi pastu jom belah. Kita nak jalan kaki pi makan malam pulak. Lapag dah ni.

 
 
Kali ni di Restoren Suhara. Apa yang lain di sini hanya roti ini. Kembung semacam roti bom saja. Makanan lain tetap Turki. Tiada beza. Plain and no sos! Sabar je la. Esok sehari lagi pastu balik Mesia makan puas2.


Lepas makan, barulah kami naik bas semula yang sejak pagi tinggalkan kami merayau2 di sini. Baru nak pi check in hotel. Bila sampai jer, masing2 teruja sebab nak dok Pullman. Kat Mesia tak mampu. Sekali bila dah dapat kunci, laaaa. Kita tidog di Mercure Hotel yang berkembag dengan Pullman. Tak pe lah. Biliknya tetap luas dan selesa. Boleh rehat, mandi, solat dan tidog sudah cukup Alhamdulllah buat kami. Jom kita beradu dan simpan tenaga untuk hari terakhir esok. Selamat Malam Istanbul!

No comments:

Post a Comment